Bleeding Heart by Shabbyblog

Showing posts with label Cat repellent. Show all posts
Showing posts with label Cat repellent. Show all posts

Friday, 19 July 2013

Isytihar Perang

Minggu ni saya "isytihar perang" pada kucing atau kucing-kucing perosak suasana laman saya >:(


Siap korang!!
*gambar diambil dari gugel

Tuesday, 11 June 2013

Halau Kucing


Sakit hati dekat kucing yang buat pasu baru saya jadi jamban semalam,tak abis lagi.kalau saya dapat,siap dia saya sunatkan!Bila tengok ada juga tuan tanah blog lain hadapi masalah yang sama letak resepi
homemade cat repellent,saya pun nak try gak.Cuma banyak bahan-bahan yang takde kat rumah.Jadi saya gugel lagi untuk cari cara lain yang boleh terus dipraktikkan.Kebetulan jumpa info ni yang ada mention pasal serbuk kopi dan ni, pasal semburan chamomile.On the way balik rumah dari tempat kerja,cuma berjaya mendapatkan serbuk kopi,teh uncang chamomile tak jumpa :( Boleh la ni,kita try dulu.

Sampai rumah dah lewat,takde apa-apa sangat dapat dibuat.Lagipun harini puasa ganti,nak kena standby berbuka lagi.Jadi saya cuma siram pokok yang masih kenit-kenit semua tu.Sambil-sambil tu check bekas semaian anak-anak benih(disemai pada 7hb hampir tengah malam).Gembiranya hati tengok anak benih cornflower blue bottle blue diadem dah bercambah!

Cambahan bunga butang biru.Yeay~!


Tengok bekas tempat rendam ros jepun, nampaknya ada 2 kuntum bunga kembang hari ni tapi dah
kuncup.Saya pindahkan ke tanah area tiang letrik TNB,biar jadi kawan pokok bunga telang 3 beradik
tu.Lagipun kesian ros jepun 5 sekawan terendam lama-lama dalam air dari hari selasa lepas lagi,banyak daunnya dah jadi coklat dan gugur dalam air.Walaupun terabai,tetap kembangkan bunga (tapi time waktu  keje tak dapat ibu tengok) so kena la sayang-sayang sikit :)


Nampak tak ros jepun 5 sekawan?Area ni baru diclearkan 2 hari lepas (2/3 area sahaja)