Bleeding Heart by Shabbyblog

Sunday 30 June 2013

Pertama kali ke Nurseri Gajah!

~ Salam alaik ~

Dah lama saya berangan nak melawat satu nurseri ni yang tak jauh sangat dari rumah saya.Kira-kira 15 minit memandu aje.Nurseri ni unik..dihiasi dengan patung gajah dan kuda yang sangat besar di kiri dan kanan pintu masuknya.Masa keja kat tempat lama dulu pagi-pagi akan lalu depan nurseri dengan gajah besar ni kat depan pintu masuknya,jadi memang dah lama saya tahu kewujudannya.Cuma sejak mula bertanam ni belum ada kesempatan menjengahnya.Saya panggil aje nurseri ni Nurseri Gajah ye :)

Friday 21 June 2013

Kudup bunga Zinnia!

Pokok Zinnia yang saya ada sekarang adalah batch kedua yang disemai pada Hari Pekerja 1 Mei yang lepas.Batch pertama gagal sepenuhnya akibat lecuh anak benih..

Sejak disemai hampir 2 bulan yang lepas, dari lebih 10 anak pokok dalam pasu yang sama hanya dua pokok ini je yang berjaya membesar.Tak tahu mana silapnya, tapi saya memang kena bekerja keras membesarkan 2 pokok yang selamat ni sebab dah beberapa kali hampir menyusul kawan-kawannya juga.Padahal dari pembacaan kat internet dan majalah,Zinnia terkenal sebagai pokok bunga yang senang tumbuh dan "low maintenance.Masa tu dah terfikir yang bukan-bukan.Mungkin saya ni memang jenis "tangan panas" dan takde bakat menanam,dulu masa kecik-kecik apa yang ditanam senang tumbuh dan besar tu bukan sebab saya yang tanam tapi sebab tanah tu subur,hohoho.

Namun harini, dua pokok Zinnia kesayangan saya seolah-olah cuba membuktikan sebaliknya.
Biarlah gambar mereka yang berkata-kata menceritakan tentang kisah mereka berdua sehingga akhirnya hampir berjaya berbunga.


kudup yang paling besar


kudup kedua yang baru berputik

Hilang rasa lelah.Tak sabar nak tengok kembangnya pula.Warna apa agaknya.Gambar pada paket benih adalah bunga Zinnia warna merah.

Sunday 16 June 2013

Cosmos Caudatus tu Ulam Raja rupanya

Baru kutahu.. :)
Ilmu botani masih cetek sangat ye.
Tengok gambar pada peket benih yang Kak Lynn kasi,comel bunganya.
Terus assume cosmos caudatus ni pokok bunga cosmos yang ornamental.
Nasib baik en gugel bagitau saya tadi,kalau tak...berpucuk rimbun nanti pun alamatnya kubiarkan ajela jadi daun-daun tua sebab tatau sebenarnya boleh makan.haha,melampau betul,macam la tak penah tengok daun ulam raja (kaver diri sendiri balik)

Namun syukur Alhamdulillah...sebab benih ulam raja pun memang ada dalam wishlist.
Semalam baru "ngecek" kakak kat tempat kerja,dia rajin menanam dan selalu supply ulam raja pada kawan-kawan.Tak disangka,sebenarnya dah ada dalam genggaman saya rupanya.Dah bercambah dah pun :)

Bunga Cosmos Caudatus a.k.a Ulam Raja.Gambar dipinjam dari sini

Saturday 15 June 2013

Progress 14/6/13

Sengkuang, 5 minggu
Zinnia, dah 6 minggu kot.Yang kecik-kecik kat pangkalnya tu belum
 
Zinnia,tanam lebih kurang timing sama dengan zinnia kat atas.Tapi tak besar-besar macam bantut.Tanah yang digunakan tak sama dengan zinnia kat atas.Ada semaian baru tengah tumbuh tak sampai seminggu lagi.
 


Ni tak ingat dah sayur apa,tabur benih kat pasu panjang ni tapi terlupa sebab tak tanda,bila ingat balik masa tu dah tanam sengkuang & bawang putih kat sini.Ingatkan benih-benih tu takkan hidup,tapi dalam 2 @ 3 minggu selepas ditabur,bercambah pula dan cepat membesar.Tak sempat nak alih lagi.Suspek utama adalah sayur salad atau cabbage sugarloaf.



Ni pun sama.dalam pasu panjang,sebelah bawang putih.penah kena kacau dengan kucing,tapi hidup dan membesar.



Sama juga dengan yang kat atas tadi.Dalam pasu panjang sebelah bawang merah saiz besar yang malu-malu tak bertunas.



Ni pun kes sama.Tapi yang ni paling subur membesar,bandingkan saiznya dengan yang lain.Agaknya sebab dia tumbuh kat tengah-tengah pasu antara 2 biji bawang merah saiz besar tu,tempat strategik.yang lain kat ceruk-ceruk...kesian.nak kena transplant gak nih yang lain-lain tu.Yang ni saya buat self watering system untuk dia memandangkan sekarang setiap hari cuaca panas terik.Pilih kasih ek?



Cambahan bunga butang biru yang menjadi kesayangan sekarang :) petang semalam dah sujud ke bumi,nak nangis saya tengok.tapi berkat kesabaran menyiram,hari ni tegak berdiri semula.kental semangat si kecik ni,sebab tu ibu sayang :D



 Benih herba Garden Watercress Curled pun macam dah bercambah.nampak tak cinonet jek sepasang daun hijau tuh?harap cambahan 9 biji benih yang lain pun akan tunjukkan muka juga :)


Cambahan Cosmos Caudatus(4 batang di belakang) dan Zinnia profusion mix (6 batang di depan).Asalnya semai dalam kotak tisu,esoknya kena hujan lebat,kotak tisu terus terbarai masa cuba dialihkan.takut nanti benih-benih jatuh atau hilang atau rosak,saya biarkan aje sampai bercambah.Nanti esok lusa nak transplant dalam pasu :)

Setakat ni itu eje...kot.tapi bila pikir-pikir balik,macam terlupakan sesuatu..oopsss..mana pokok bunga telang 3 bersaudara dan ros jepun 5 sekawan?terlupa daaaa.Maafkan ibu f('-';

Friday 14 June 2013

Yang Diidamkan Dalam Genggaman Akhirnya

Sejak mula bertanam ni,puas saya cari anak pokok/benihnya.Saya cari kat gugel,baru tahu rupanya propagation/pembiakannya adalah dari keratan daun.Tapi tak ada pulak saya jumpa seeds online shop yang jual keratan daunnya.Masa bercerita dengan ibu dan angah saya,angah ada cakap MIL dia ada tanam kat rumahnya di Muar.Haishh...nak tunggu angah balik Muar dan kerat untuk saya tu,entah bila la agaknya.Saya dah tak sabar ni!

Namun Allah Maha Mengetahui isi hati =)
Asalnya saya gugel pasal bunga HSM a.k.a sedap malam, bila chekidaut satu blog yang cerita pasal HSM ditakdirkan tuan tanah pun ada bercerita pasal bunga idaman saya juga...Saya sangat tak tahan masa baca blognya.Tak tahan dari menebalkan muka key in komen untuk "ngecek" keratan daun dari tuan tanah!awwww...

Ingatkan tuan tanah tak perasan komen tu sebab entrinya berkenaan bunga idaman saya adalah bertarikh setahun yang lalu.Tak disangka,malam yang sama tuan tanah hantar email dan memberi persetujuannya untuk menjual keratan daun bunga idaman pada saya!Dahla tu, selang 2,3 hari dari first contact kami,tuan tanah dah siap-siap poskan keratan daun bunga tu pada saya...bayaran pun belum saya buat lagi!Katanya..kalau masa saya receive tu keadaan keratan daun masih elok dan boleh tanam,barulah kira dia jual.Alhamdulillah...Allah ketemukan saya dengan insan yang baik hati =')

Hari ni,bungkusan yang ditunggu sampai sehari selepas dipos.Yeay~!

Inilah dia keratan daun bunga idaman saya!

Sape boleh teka keratan daun pokok bunga apakah ini ;)
Terima kasih Kak Yus Ai no Tegaki <3

Thursday 13 June 2013

Mushroom fantasy

Masa tengah belajar dulu (sampai sekarang pun) memang sangat suka makan cendawan.Sehinggakan masa tengah belajar di tanah matahari terbit dulu pun,pernah terfikir habis belajar nak balik bukak ladang cendawan.Macam dah tersalah amik bidang pulak untuk sambung study (mode menyesal 30 saat).

Sekarang pun minat dan impian tu masih ada lagi.Pernah utarakan kat en. suami masa mula-mula kawen dulu.Dia angguk-angguk setuju ja tapi dorongan belum kasi lagi.Saya simpan kemas-kemas impian tu mana tau dah tua nak pencen esok ada rezeki betul-betul dapat jadi tokey kulat cendawan :)

Hari ni kat office terkeluar la pulak kisah cita-cita nak tanam cendawan ni.Terus gugel pasal tanam cendawan.Jumpa pasal kursus cendawan ni. Dah terlepas tarikh akhir!!!waaaa...terpendam lagi impianku :'(

Ada masa terluang nanti nak gugel tentang tanam cendawan at home!Nak try gak mana tau boleh makan cendawan organik tanamsendiri tanam sendiri :)
Kalau ada sesapa yang penah cuba, boleh kongsikan cerita & pengalaman barang seperenggan dua?

Pokok ini tiada kena mengena dengan kulat
Ni tak tau la pokok apa,tapi yang pastinya bukan cendawan atau kulat sebab takde spora yang dijumpai,hehe.Saya jumpa hidup berkelompok(ada induknya,besar dan sihat) ATAS simen di area company tempat saya kerja.Mula-mula tengok induknya,ingatkan pokok setawar.Tapi bila perati dekat-dekat,lain macam pula pokok ni.Nak ambik induk,besar sangat.Gerun pulak saya tengok.Saya "kutil" amik anaknya aje,hehe.Rendam dalam air dan letak atas meja kat ofis.Nanti nak bawak balik tanam.

Wednesday 12 June 2013

Candid tanaman orang

Tadi masa ambil anak-anak dari nursery, ter"usha" la pulak tanaman rumah sebelah nursery tu.Bukannya kali pertama parking dekat dengan rumah ni,tapi semenjak mula bertanam hari ni terperasan pulak akan pokok-pokok hiasannya :) apa lagi,keluarkan henfon dan candid...candid..

Binga raya pink baru nak kembang,saiz bunga macam kecil dari biasa kita tengok.Chumel =)

Pokok kaktus giant(gelaran yang saya beri) ni pun macam nak berbunga...banyak pula tu kudupnya.Macam mana agaknya rupa bunga-bunganya nanti.Sama macam bakawali tak?

Tuesday 11 June 2013

Halau Kucing


Sakit hati dekat kucing yang buat pasu baru saya jadi jamban semalam,tak abis lagi.kalau saya dapat,siap dia saya sunatkan!Bila tengok ada juga tuan tanah blog lain hadapi masalah yang sama letak resepi
homemade cat repellent,saya pun nak try gak.Cuma banyak bahan-bahan yang takde kat rumah.Jadi saya gugel lagi untuk cari cara lain yang boleh terus dipraktikkan.Kebetulan jumpa info ni yang ada mention pasal serbuk kopi dan ni, pasal semburan chamomile.On the way balik rumah dari tempat kerja,cuma berjaya mendapatkan serbuk kopi,teh uncang chamomile tak jumpa :( Boleh la ni,kita try dulu.

Sampai rumah dah lewat,takde apa-apa sangat dapat dibuat.Lagipun harini puasa ganti,nak kena standby berbuka lagi.Jadi saya cuma siram pokok yang masih kenit-kenit semua tu.Sambil-sambil tu check bekas semaian anak-anak benih(disemai pada 7hb hampir tengah malam).Gembiranya hati tengok anak benih cornflower blue bottle blue diadem dah bercambah!

Cambahan bunga butang biru.Yeay~!


Tengok bekas tempat rendam ros jepun, nampaknya ada 2 kuntum bunga kembang hari ni tapi dah
kuncup.Saya pindahkan ke tanah area tiang letrik TNB,biar jadi kawan pokok bunga telang 3 beradik
tu.Lagipun kesian ros jepun 5 sekawan terendam lama-lama dalam air dari hari selasa lepas lagi,banyak daunnya dah jadi coklat dan gugur dalam air.Walaupun terabai,tetap kembangkan bunga (tapi time waktu  keje tak dapat ibu tengok) so kena la sayang-sayang sikit :)


Nampak tak ros jepun 5 sekawan?Area ni baru diclearkan 2 hari lepas (2/3 area sahaja)
 

Sunday 9 June 2013

Kembang sulung yang benar-benar sulung

Keratan bunga ros jepun yang diterima dari En Iskandar TanamSendiri beberapa hari lalu, tiba-tiba memberikan saya kembang sulung yang julung kali sejak saya bertanam ni,walhal saya rendam dalam air je tak sempat lagi tanam dalam tanah. Ye la,mana penah pokok yang saya tanam berbunga apatah lagi kembang setakat ni. Zinnia dan bawang merah(tu pun kalau ada bunga) masih anak dara,yang lain level "tadika"lagi :D

Ni la gambar kak long,hehe.

Cantik baka ros jepun dari TanamSendiri ni.
Menurut catatan pada packagingnya,ada dua warna iaitu pink & merah.
Yang ni pink la kot.Cuma tak tahu ada berapa variasi dalam 1 set(5 keratan) yang dibeli tu.
Tak sabar nak tunggu yang kudup-kudup ros jepun yang lain kembang juga.

Semai Benih 7/6/2013

<Catatan ini adalah nota untuk rujukan peribadi>


Benih-benih yang disemai pada malam ini (hampir tengah malam) :

1. Bunga,Cornflower Blue Bottle Double Blue : 6 biji. Dijangka bercambah : tak tau
2. Bunga,Sweet Pea Fragrantissima : 3 biji. Dijangka bercambah selepas 10 ~ 21 hari.
3. Bunga,Sweet William Double Mixed : =<10 biji. Dijangka bercambah selepas 7 ~ 14 hari.
4. Buah,Capegooseberry : 3 biji?tak ingat. Dijangka bercambah selepas 21 hari.
5. Herba,Majoram Medicinal : 10 biji. Dijangka bercambah : lambat.
6. Herba,Garden Watercress Curled : 10 biji. Dijangka bercambah selepas 3 ~ 4 minggu.
* Biji benih didapati dari Miruku's Garden , blog jual benih yang sangat lovely =)
Benih Sweet William Double Mixed (Dianthus) adalah benih percuma untuk belian 5 paket benih.
Benih percuma adalah pilihan pembeli sendiri, that's the reason why I highly recommend Miruku's Garden.
Terima kasih Miruku san <3

Benih dari Miruku's Garden


7. Bunga,Cosmos Caudatus : 5 biji. Dijangka bercambah selepas 7 ~ 14 hari.
8. Bunga,Zinnia Profusion Mix : <10 biji. Dijangka bercambah : selepas 2 ~3 hari atau secepat mungkin.
9. Bunga,Zinnia Profusion Yellow : tak ingat(random). Dijangka bercambah : selepas 2 ~3 hari atau secepat mungkin.
10. Sayur,Red Capsicum : 3 biji. Dijangka bercambah : tak tau.
* Biji benih adalah benih kongsi dari Kak Lynn , senior gardener yang sangat murah hati dan selalu share benih-benih pokoknya.
Saya sangat bertuah sebab Kak Lynn sudi berkongsi dengan saya walau pertama kali berkenalan =)
Terima kasih Kak Lynn <3


Benih dari Kak Lynn "Growing and Being"

Wednesday 5 June 2013

Hadiah Istimewa di hari lahir

Minggu ni dapat 2 penghantaran biji benih. Satu dari Miruku's Garden, ada 6 paket benih semuanya termasuk satu paket benih percuma. Satu lagi adalah penghantaran yang ditunggu-tunggu..benih kongsi dari Kak Lynn tuan tanah blog Growing & Being :)

Benih kongsi dari Kak Lynn sangat istimewa kerana tiba ke tangan saya pada hari saya menyambut hari lahir saya :)

Walaupun kak Lynn tidak menyedarinya, tapi saya anggap benih-benih kiriman dari Kak Lynn adalah hadiah hari lahir yang istimewa kali ini. Terima kasih kak Lynn,semoga Allah mengurniakan rezeki yang melimpah ruah pada akak, dan diiringi kesihatan yang baik :)

"birthday present" dari Kak Lynn :)



benih dari Miruku's Garden