Keratan bunga ros jepun yang diterima dari
En Iskandar TanamSendiri beberapa hari lalu, tiba-tiba memberikan saya kembang sulung yang julung kali sejak saya bertanam ni,walhal saya rendam dalam air je tak sempat lagi tanam dalam tanah. Ye la,mana penah pokok yang saya tanam berbunga apatah lagi kembang setakat ni. Zinnia dan bawang merah(tu pun kalau ada bunga) masih anak dara,yang lain level "tadika"lagi :D
Ni la gambar kak long,hehe.
Cantik baka ros jepun dari
TanamSendiri ni.
Menurut catatan pada packagingnya,ada dua warna iaitu pink & merah.
Yang ni pink la kot.Cuma tak tahu ada berapa variasi dalam 1 set(5 keratan) yang dibeli tu.
Tak sabar nak tunggu yang kudup-kudup ros jepun yang lain kembang juga.
No comments:
Post a Comment
Harap dapat beri tunjuk ajar dan berkongsi ilmu dengan saya :)