Bleeding Heart by Shabbyblog

Friday, 14 June 2013

Yang Diidamkan Dalam Genggaman Akhirnya

Sejak mula bertanam ni,puas saya cari anak pokok/benihnya.Saya cari kat gugel,baru tahu rupanya propagation/pembiakannya adalah dari keratan daun.Tapi tak ada pulak saya jumpa seeds online shop yang jual keratan daunnya.Masa bercerita dengan ibu dan angah saya,angah ada cakap MIL dia ada tanam kat rumahnya di Muar.Haishh...nak tunggu angah balik Muar dan kerat untuk saya tu,entah bila la agaknya.Saya dah tak sabar ni!

Namun Allah Maha Mengetahui isi hati =)
Asalnya saya gugel pasal bunga HSM a.k.a sedap malam, bila chekidaut satu blog yang cerita pasal HSM ditakdirkan tuan tanah pun ada bercerita pasal bunga idaman saya juga...Saya sangat tak tahan masa baca blognya.Tak tahan dari menebalkan muka key in komen untuk "ngecek" keratan daun dari tuan tanah!awwww...

Ingatkan tuan tanah tak perasan komen tu sebab entrinya berkenaan bunga idaman saya adalah bertarikh setahun yang lalu.Tak disangka,malam yang sama tuan tanah hantar email dan memberi persetujuannya untuk menjual keratan daun bunga idaman pada saya!Dahla tu, selang 2,3 hari dari first contact kami,tuan tanah dah siap-siap poskan keratan daun bunga tu pada saya...bayaran pun belum saya buat lagi!Katanya..kalau masa saya receive tu keadaan keratan daun masih elok dan boleh tanam,barulah kira dia jual.Alhamdulillah...Allah ketemukan saya dengan insan yang baik hati =')

Hari ni,bungkusan yang ditunggu sampai sehari selepas dipos.Yeay~!

Inilah dia keratan daun bunga idaman saya!

Sape boleh teka keratan daun pokok bunga apakah ini ;)
Terima kasih Kak Yus Ai no Tegaki <3

No comments:

Post a Comment

Harap dapat beri tunjuk ajar dan berkongsi ilmu dengan saya :)