Bleeding Heart by Shabbyblog

Sunday, 30 June 2013

Pertama kali ke Nurseri Gajah!

~ Salam alaik ~

Dah lama saya berangan nak melawat satu nurseri ni yang tak jauh sangat dari rumah saya.Kira-kira 15 minit memandu aje.Nurseri ni unik..dihiasi dengan patung gajah dan kuda yang sangat besar di kiri dan kanan pintu masuknya.Masa keja kat tempat lama dulu pagi-pagi akan lalu depan nurseri dengan gajah besar ni kat depan pintu masuknya,jadi memang dah lama saya tahu kewujudannya.Cuma sejak mula bertanam ni belum ada kesempatan menjengahnya.Saya panggil aje nurseri ni Nurseri Gajah ye :)

Supervisor kat sini adalah En.Pakis (sekadar nama gelaran,hehe),orangnya ramah dan banyak membantu.Saya datang dengan cek mek molek saya tapi dia tidur dalam perjalanan,jadi saya biarkan saje dalam kereta dengan enjin dan aircond terpasang.

Saya round-round nurseri ni,banyak tanaman dan hiasan lanskap yang dijual.Kalau banyak duit memang teringin jugak nak beli "wakaf" kayu atau water feature!Apakan daya,kalau ada duit pun ruang di laman takde :)

Saya nak beli tanah sebenarnya,tapi tanah yang dijual harganya lebih mahal dari tanah dari nurseri berdekatan rumah.Saya ambil juga sebab dia offer 4 kampit RM10,harga asal RM3 sekampit.Kemudian pusing-pusing lagi sambil tanya soalan itu ini,en. Pakis layannn je pertanyaan saya.Tak puas hati sebenarnya ni sebab rasa macam "tangkapan" saya kurang padahal saya harapkan lebih hasil dari nurseri sebesar ini.

Last-last,sebab mata selalu tertarik dengan warnanya yang menyerlah,saya beli sepokok bunga hiasan lanskap yang saya tak tahu namanya.En. Pakis cakap senang jaga tak cerewet,saya pun suka lah.Bila saya tunjuk ros jepun tanya warna apa bunganya dalam satu polibeg,dia terus capai dan hadiahkan pada saya :O !
selepas ditanam di area tiang letrik TNB,harap dapat jadi penyeri tanah gersang ni :)


Gambar sehari selepas ditanam,gugusan bunganya sangat menarik
Gugusan bunga dari dekat.Warna purplenya cantik.Agaknya apakah nama pokok bunga ni ye?

No comments:

Post a Comment

Harap dapat beri tunjuk ajar dan berkongsi ilmu dengan saya :)