Bleeding Heart by Shabbyblog

Wednesday 29 May 2013

Pilihan suai-padan yang Cantik Berseri

...itulah yang saya fikirkan saat memasuki halaman rumah seorang kenalan saya. Kakak ni baru pindah ke rumah baru dia ni.Sebelum ni masa saya bertandang, kerja-kerja renovation baru selesai dan di porchnya belum ada apa-apa penyeri laman lagi.Kali ni saya tengok, porchnya sangat berseri-seri :)


Sempat pulak saya snap sekeping gambar setelah salam diberi.Kakak tuan rumah kehairanan kenapa orang yang memberi salam tak masuk-masuk walaupun dah dijemput. Bila dia jenguk keluar pintu nampakla tetamunya terbongkok-bongkok membelek bunga-bunganya,haha. Kat rumah orang pun buat perangai gila bunga :D

Alamak Ops Potong!

~ Salam Alaik ~

Hari ni nasib baik la saya tengah bercuti sebab jaga anak demam,jadi saya ada kat rumah.Tengah syok-syok layan anak sambil tengok tv,tetiba telinga terdengar bunyi yang selama ni saya bimbangi.Bunyi mesin rumput!!Saya jenguk dari tingkap atas bilik tidur,sah pekerja majlis bandaran tengah buat "ops potong".Saya panik!Sebab saya tahu tanah rizab depan rumah-rumah kat taman ni pun dorang tolong clearkan.Tak pikir panjang,saya sarung tudung dan baju cardigan lengan panjang,kemudian berlari-lari turun tangga dan gopoh-gapah buka kunci gril dan pintu pagar.Terus terkam area tiang letrik TNB.Dah terlupa langsung kat si kecik yang tengah demam,hee :D

Tapi terkejutnya saya, pokok bunga telang 3 beradik yang baru cecah 10cm tu,terselamat dari mata mesin pemotong rumput :O

Ada kesan sedikit daripada rumput-rampai dipotong,tapi pokok bunga telang saya selamat walaupun pucuk salah satu dari 3 beradik tu kena pancung sikit.

Nampaknya,kehadiran 3 beradik dekat tiang letrik tu disedari oleh pekerja majlis bandaran tu.Saya tersenyum lebarrrr,alhamdulillah anak-anak pokok saya yang baru nak membesar ni selamat dari malapetaka.

Saya betul-betul respek kat tukang potong rumput tu.Anak-anak pokok ni masih kecik lagi dan rumput-rampai dah mula ceroboh sempadan pokok bunga telang.Tapi dia boleh perasan malah dengan hormatnya amik keputusan taknak kacau area tiang letrik TNB.Saya nak ucapkan terima kasih tapi bila saya tengok ke arah bunyi mesin potong rumput,ada dua pekerja kat situ tengah tekun buat kerja.Jadi saya ucapkan terima kasih dalam hati aje lah taknak kacau mereka.

Saya memang dah lama terfikir yang suatu hari nanti kalau ada "ops potong" macam mana la nasib anak pokok bunga telang 3 beradik tu.Tapi duk pikir je la...tindakan tak terambik.Nasib baik laa kali ni umur dorang masih panjang lagi.

Tapi pisang mungkin tak kan berbuah dua kali.

Takleh jadi gak ni,nampaknya ibu kena buat sesuatu supaya korang takkan kena kacau lagi dah.

Gambar 10 hari yang lepas.Masa ni yang ke-3 tak bercambah lagi.Lupa nak amik gambar masa kejadian tadi.

Friday 17 May 2013

Selamat Menyambut Minggu Penghargaan Guru 2013

First time anak-anak sambut minggu penghargaan guru,ibunya pulak yang terlebih excited nak kasi penghargaan pada cikgu-cikgi.Niatnya nak mendidik anak-anak hormati dan hargai jasa cikgu walaupun cikgu tadika/nursery =)


Ucapan ditulis oleh murid teacher sendiri tau (si abang).Ibunya tolong decorate aje("jurus" printout-paste)

Belakang kad. Print out template dari internet kemudian tampal aje,hihi


Coklat ditempah khas untuk cikgu-cikgu.Plannya nak buat sendiri tapi skill tak cukop.Coklat ditempah dari junechocolate.Terima kasih atas coklat yang menarik pada harga yang berpatutan walaupun saya order last minute :)

Complete set.Yeay~!

Kad dan coklat diserahkan sendiri oleh anak-anak kepada teachers.
Terima kasih Guru dan warga kerja Nuri Bukit Dahlia.
Kami ibu bapa turut menghargai jasa teachers =)

Saturday 4 May 2013

Zinnia & penyakit lecuh anak benih

Petang semalam sampai aje ke rumah ingatkan nak terus sambung kerja-kerja menanam.Tapi ada orang main kereta lumba remote control yang self-assemble,yang siap ada bunyi enjin dan tayarnya pun berasap-asap bila keretanya berpusing-pusing.Kereta lumba macam kat grandprix tu pusing-pusing atas jalan depan rumah saya,jadi anak lelaki saya excited nak jadi penonton.Adik perempuannya pun terjenguk-jenguk dari tingkap kereta nak tengok juga,terpaksalah saya layan mereka dulu.Saya pastikan mereka berdiri di tepi jalan betul-betul depan pagar rumah supaya senang saya nak perhatikan.Tapi mulut saya ni tak boleh diamlah,kena selalu berbunyi supaya mereka tahu mereka selalu diperhatikan :D

Dalam pada macam tu pun,mereka berdua tetap curi-curi nak merayap ke arah orang yang control kereta lumba tu,ataupun mundar-mandir atas jalan.Jadi saya tak senang nak concentrate pada anak-anak benih saya...mujurlah tak lama kemudian ayah mereka sampai(aik,awal pula balik hari ni?) jadi ayahnya ambil alih giliran melayan anak-anak tengok kereta lumba.Seronokla saya dapat tumpukan pada tanaman aje.Plan saya petang tu,cuma untuk periksa anak benih zinnia dan pak choy memandangkah hari dah terlalu lewat dan makin gelap.Saya dah tahu apa yang tak kena dengan anak-anak benih zinnia saya.Setelah puas menggugel,baru saya tau rupa-rupanya anak-anak benih tu kena penyakit lecuh anak benih.Bila saya tengok gambar di laman yang ada paparan mengenai lecuh anak benih,memang sama dengan anak-anak benih zinnia saya.Rupa-rupanya zinnia saya kena jangkitan kulat,patutlah...kesian mereka.

Bila saya check anak-anak benih zinnia,dah lebih 50% tumbang dan mati...sedih sangat.Jadi saya ambil keputusan untuk transfer yang tinggal tu ke pot lain.Saya tak tahu keputusan saya ni betul atau tidak tapi saya memang berazam taknak mengalah.Saya rasa memang pot yang lama tu terlebih siram sehingga terlalu lembap menyebabkan anak-anak benih tu terkena penyakit lecuh anak benih.Saya terlupa pesanan expert gardeners supaya tidak terlalu kerap atau banyak siram anak-anak benih zinnia.

Gambar sebahagian dari anak-anak benih Zinnia yang tumbang & mati...
Dalam pasu yang saliran tanahnya tak bagus, ada anak benih Zinnia yang "sesat" bercambah :)
Dah besar sikit nanti baru nak alih
 
Anak-anak benih Zinnia yang siap dialih ke dalam pasu baru 
 
Selesai transfer,lega sikit hati saya dan pemandangan di pot pun lebih cantik dan menyenangkan hati.Jadi saya beralih kepada anak-anak benih pak choy pula.Wahhh..mereka lebih meriah.Jadi makin tinggi dan tegap sebab hari sebelumnya saya transfer bekas semaian pak choy berhampiran sliding door,jauh dari depan pagar yang banyak terima cahaya matahari.Saya ada terbaca sayur-sayuran berdaun macam ni lebih sesuai tempat yang teduh.

Kebetulan saya dah sediakan bekas tanaman kekal untuk pak choy,jadi saya transfer pak choy juga.Masa cuba alihkan anak-anak benih pak choy,baru saya perasan,rupa-rupanya pak choy saya bukan lagi anak benih tapi dah nak jadi anak pokok.Akar-akarnya dan menerjah lubang pada tapak bekas semaian cuba nak menjalar keluar untuk cari lebih banyak nutrien.Ada yang dah berakar banyak walaupun pokoknya tak tinggi sangat.Berselirat di dalam tanah seolah-olah cuba masuk ke area anak-anak benih yang lain juga.Terpaksa saya berhempas pulas untuk tarik anak-anak pokok tu perlahan-lahan dan hati-hati,sehingga berpeluh-peluh dahi saya dibuatnya dek kerana saspen takut ada akar-akar yang terputus.Dan saya rasa memang ada pun...huhu.Minta maaf sangat pak choy sekalian...ibu dah cuba sebaik mungkin.Lain kali saya akan direct sowing aje benih-benih dalam bekas tanaman.Harap-harapnya walaupun ada beberapa pokok yang dah tercedera akarnya tetap akan kuat dan bersemangat untuk tumbuh membesar :)

Anak-anak Pak Choy siap dialih

Benih adalah jenama Serbajadi dibeli di pasaraya Econsave

Semasa saya siap transfer semua, azan maghrib dah berkumandang dan sekitar sudah sangat gelap.Satu badan saya berpeluh macam baru lepas jogging kat hutan bandar,haha.Mana taknya,saya baru siap transfer 21 batang anak pokok pak choy.Kena buat satu-satu dan slow-slow tapi penuh concentration pulak tu.Patutla orang kata berkebun ni aktiviti yang menyihatkan.Macam ni tak payah pergi aerobik pun takpe,hehe.

Wednesday 1 May 2013

Anak Pokok Limau Kasturi Tambah Seri di Laman Kami

Wahh title dah macam pantun tak siap,haha.

Anak pokok limau kasturi ni saya beli di nursery yang sama saya beli tanah compost tu.Terpengaruh dengan iklan mbak yang jual pada saya dengan harga Rm7 aje i/o RM8.Ok lah tu dapat diskaun seringgit aje pun pembeli dah cukup happy :)

Tambah lagi saya memang nak juga ada pokok-pokok berhasil macam ni tapi boleh ditanam dalam pasu(kata mbak nursery tu la).Boleh ke tak sebenarnya tanam dalam pasu ni?Takpe lah,kita cuba dulu.

Terfikir juga nanti macam mana nak menempis serangan ulat daun
Siap berbuah 2 biji lagi walaupun kecil,patut saya petik sekarang atau biarkan aje?
Jiran sebelah saya pun ada "membela" juga,hehe.Ada dua pasu pokok,satu pokok hiasan dan satu pokok bunga.Mana saya tau?Sebab pokok bunganya tengah rancak berbunga sekarang dan "peeping" masuk ke halaman saya kot celah pagar dawai.Comel bunganya warna putih kecik-kecik.Tapi saya tak tahu namanya,huhu.


Mengintai bunga kecil dari pasu jiran sebelah yang mekar berjuntai ke dalam pagar kami :) tak tau bunga apa ni



Tanah Multi-purpose Compost

Hari ahad lepas, saya ke nursery berdekatan rumah untuk beli tanah yang sesuai bagi menyemai.Mbak kat nursery tu kata,tanah mix ni subur dah digaul baja dan organik.28 liter sepeket besar harga RM18.Masa tu tak ada contoh untuk tengok tanah bagaimana sebelum beli,jadi saya tawakkal saje lah..

Description di peket tanah yang dibeli dari nursery
Pagi ni baru buka untuk prepare bekas tanaman kekal bagi pak choy.Hmm..kalau ikutkan blog tanamsendiri.com,tanah ni tak sesuai untuk menyemai sebab macam bergambut sangat..pastu baru perasan ada tulis "charcoal".risaunya nak menanam dalam tanah ni.
Tapi mana lagi boleh saya dapatkan tanah yang subur,sesuai dan berpatutan di sini?
Tekstur dan warna tanah..siap ada batu lagi 3 biji
 

Apa jadi Zinnia?

Pada masa yang sama,ada sesuatu telah terjadi pada anak-anak benih zinnia semaian pertama saya.
Saya tak faham apa yang dah terjadi dan apa yang perlu saya buat untuk selamatkannya..
jadi saya hanya mampu tengok hari demi hari,sejak disemai pada 22/4/13 yang lalu sehingga
hari ini 1/5/13,anak-anak benih zinnia saya tumbang satu demi satu..
Mengapa??

Saya cuba blog walking mencari jawapan,tapi buntu..gardener-gardener lain berjaya membesarkan zinnia mereka,malah sepatutnya senang untuk menanam bunga-bunga comel ni.
Cuba lihat gambar anak benih zinnia saya ni.Batangnya jadi kecut dan lembik di tengah atau berhampiran pangkal akar.Satu misteri bagi saya buat masa sekarang..




Tidak disangka

Kecewa dengan progress semaian carrot, weekend yang lepas (27/4/13) saya semai benih sawi pula.
Saya dah belajar dari kesilapan.Saya ikut advise dari blog-blog expert berkebun.Kali ni,saya semai dalam bekas telur yang direcycle sendiri pula.Cuma mediumnya masih sama..sebab masa ni saya tak tahu lagi pasal medium yang mesti kena sesuai dengan penyemaian benih.Jadi masih guna tanah yang dibeli dari kedai jimat.Kat peket tu ditulis tanah organik sesuai untuk menanam.Saya langsung takde was-was.

Keesokannya hari Ahad,selepas settlekan makan pagi anak-anak(tapi sendiri belum jamah lagi),terus saya keluar ke porch.Sangat rindu nak tengok semaian-semaian sambil nak siram seawal pagi yang mungkin.Alangkah terkejutnya kerana tak sangka langsung,benih sawi yang disemai pagi semalam dah bercambah!Dah keluar mata akar yang putih kehijauan tu dari biji benih.Macam tak percaya.Saya semai dalam 20 bijibenih semuanya,dan yang sudah mula bercambah adalah hampir separuh.Dalam lapan anak benih.

Anak benih pak choy dalam bekas telur recycle,di background anak-anak benih zinnia semaian ke-2
Malam saya menyemai,saya blog walking lagi dan terbaca tentang penyemaian dan faktor-faktor
benih tak bercambah,jadi saya sangka sawi Pak Choy saya pun akan jadi macam carrot juga lah.
Sangat gembira rasanya,hati memang berbunga-bunga~*~*

Cepatlah membesar harapnya,janganlah kalah dengan tanah hitam ni.Doa hati saya.

29/4/13..nampaknya semua benih bercambah.Siap ada extra 2 anak benih lagi :)
Tapi bila petangnya saya tengok,daun-daunnya jadi kekuning-kuningan.nampak sakit dan tidak sihat...saya mula susah hati dan bercakap-cakap dengan anak-anak benih pak choy.Esoknya,anak-anak benih makin besar dan tinggi,agak-agak makin sihat tapi saya tetap susah hati..

Tak apa sabar..menanam memang perlu sabar.

Hari ni,saya kurang semangat nak menjenguk anak-anak benih di porch..Saya termimpi-mimpi semua mati kekeringan dan tak menjadi.Tapi saya keluar juga,terfikir untuk sediakan bekas menanam kekal untuk pindahkan anak-anak benih manatau nanti mereka kembali sihat dan cukup besar.Lagipun saya ada beli tanah campuran dari nursery berdekatan rumah.Tak mau give up lagi.Jadi bila jenguk anak-anak benih pak choy dan tengok mereka makin tinggi hampir 3,4 cm dan daun lebih hijau dan batang lebih tegak,saya kembali gembira :)

Bagus pak choy,kamu semua memang kuat!

Si kecil pun nak belajar bertanam juga

Kesian Carrot..

Setelah Zinnia bercambah dan membesar dengan giatnya, saya tabur benih carrot F1 serbajadi pula dalam sebiji pasu yang lain.Tapi lebih 5 hari menunggu tak ada tanda-tanda nak bercambah pun.Bila saya blog walking, ada banyak post atau komen tentang medium penyemaian yang sesuai.Saya sangat sedih sebab rasa macam dah buat silap dan buat aniaya kat benih-benih carrot ni,tapi saya tetap setia menyiram pasu tu hari-hari.Minta maaf ye carrot-carrot sekalian..

Teringin makan carrot yang ditanam sendiri...Carrot adalah salah satu sayur kegemaran saya.pinjam gambar dari sini sket.

Mulanya Bertanam

Semasa melalui rak DIY di pasaraya, sebaik sahaja terpandang peket biji benih yang dijual,tiba-tiba hati jadi sangat rindu kepada tanam-tanaman..terus nostalgia semasa kecil dan tinggal di kampung dengan nenek menerjah minda.Teringat sangat pada pokok-pokok yang pernah ditanam sendiri dengan tangan ini.Jadi,setelah suami kasi green light,terus saya pantas memilih 3 jenis benih,set alat berkebun yang asas,satu pasu dan sepeket tanah.Kemudian pada 2 minggu lepas,balik sahaja dari kerja dan ambil anak-anak dari nursery,terus saya menyemai benih-benih saya yang pertama : Zinnia Elegan SPP..

Saya tak familiar dengan bunga Zinnia,tapi semasa kali pertama tengok gambar bunganya di peket benih,hati terus jatuh cinta..hehe.Tak sabar nak tengok pasu dipenuhi kembang-kembang Zinnia,jadi saya tanam benih-benihnya dulu.Cara menanam pun pandai-pandai sendiri.Dah semai,besoknya baru sibuk cari info kat internet,haha.Tapi harap-harapnya menjadilah...amiiin.

Pinjam gambar bunga dari sini dulu :)