Bleeding Heart by Shabbyblog

Wednesday, 1 May 2013

Mulanya Bertanam

Semasa melalui rak DIY di pasaraya, sebaik sahaja terpandang peket biji benih yang dijual,tiba-tiba hati jadi sangat rindu kepada tanam-tanaman..terus nostalgia semasa kecil dan tinggal di kampung dengan nenek menerjah minda.Teringat sangat pada pokok-pokok yang pernah ditanam sendiri dengan tangan ini.Jadi,setelah suami kasi green light,terus saya pantas memilih 3 jenis benih,set alat berkebun yang asas,satu pasu dan sepeket tanah.Kemudian pada 2 minggu lepas,balik sahaja dari kerja dan ambil anak-anak dari nursery,terus saya menyemai benih-benih saya yang pertama : Zinnia Elegan SPP..

Saya tak familiar dengan bunga Zinnia,tapi semasa kali pertama tengok gambar bunganya di peket benih,hati terus jatuh cinta..hehe.Tak sabar nak tengok pasu dipenuhi kembang-kembang Zinnia,jadi saya tanam benih-benihnya dulu.Cara menanam pun pandai-pandai sendiri.Dah semai,besoknya baru sibuk cari info kat internet,haha.Tapi harap-harapnya menjadilah...amiiin.

Pinjam gambar bunga dari sini dulu :)

No comments:

Post a Comment

Harap dapat beri tunjuk ajar dan berkongsi ilmu dengan saya :)