Saya dah belajar dari kesilapan.Saya ikut advise dari blog-blog expert berkebun.Kali ni,saya semai dalam bekas telur yang direcycle sendiri pula.Cuma mediumnya masih sama..sebab masa ni saya tak tahu lagi pasal medium yang mesti kena sesuai dengan penyemaian benih.Jadi masih guna tanah yang dibeli dari kedai jimat.Kat peket tu ditulis tanah organik sesuai untuk menanam.Saya langsung takde was-was.
Keesokannya hari Ahad,selepas settlekan makan pagi anak-anak(tapi sendiri belum jamah lagi),terus saya keluar ke porch.Sangat rindu nak tengok semaian-semaian sambil nak siram seawal pagi yang mungkin.Alangkah terkejutnya kerana tak sangka langsung,benih sawi yang disemai pagi semalam dah bercambah!Dah keluar mata akar yang putih kehijauan tu dari biji benih.Macam tak percaya.Saya semai dalam 20 bijibenih semuanya,dan yang sudah mula bercambah adalah hampir separuh.Dalam lapan anak benih.
Anak benih pak choy dalam bekas telur recycle,di background anak-anak benih zinnia semaian ke-2 |
benih tak bercambah,jadi saya sangka sawi Pak Choy saya pun akan jadi macam carrot juga lah.
Sangat gembira rasanya,hati memang berbunga-bunga~*~*
Cepatlah membesar harapnya,janganlah kalah dengan tanah hitam ni.Doa hati saya.
29/4/13..nampaknya semua benih bercambah.Siap ada extra 2 anak benih lagi :)
Tapi bila petangnya saya tengok,daun-daunnya jadi kekuning-kuningan.nampak sakit dan tidak sihat...saya mula susah hati dan bercakap-cakap dengan anak-anak benih pak choy.Esoknya,anak-anak benih makin besar dan tinggi,agak-agak makin sihat tapi saya tetap susah hati..
Tak apa sabar..menanam memang perlu sabar.
Hari ni,saya kurang semangat nak menjenguk anak-anak benih di porch..Saya termimpi-mimpi semua mati kekeringan dan tak menjadi.Tapi saya keluar juga,terfikir untuk sediakan bekas menanam kekal untuk pindahkan anak-anak benih manatau nanti mereka kembali sihat dan cukup besar.Lagipun saya ada beli tanah campuran dari nursery berdekatan rumah.Tak mau give up lagi.Jadi bila jenguk anak-anak benih pak choy dan tengok mereka makin tinggi hampir 3,4 cm dan daun lebih hijau dan batang lebih tegak,saya kembali gembira :)
Bagus pak choy,kamu semua memang kuat!
Si kecil pun nak belajar bertanam juga
No comments:
Post a Comment
Harap dapat beri tunjuk ajar dan berkongsi ilmu dengan saya :)