Bleeding Heart by Shabbyblog

Saturday, 4 May 2013

Zinnia & penyakit lecuh anak benih

Petang semalam sampai aje ke rumah ingatkan nak terus sambung kerja-kerja menanam.Tapi ada orang main kereta lumba remote control yang self-assemble,yang siap ada bunyi enjin dan tayarnya pun berasap-asap bila keretanya berpusing-pusing.Kereta lumba macam kat grandprix tu pusing-pusing atas jalan depan rumah saya,jadi anak lelaki saya excited nak jadi penonton.Adik perempuannya pun terjenguk-jenguk dari tingkap kereta nak tengok juga,terpaksalah saya layan mereka dulu.Saya pastikan mereka berdiri di tepi jalan betul-betul depan pagar rumah supaya senang saya nak perhatikan.Tapi mulut saya ni tak boleh diamlah,kena selalu berbunyi supaya mereka tahu mereka selalu diperhatikan :D

Dalam pada macam tu pun,mereka berdua tetap curi-curi nak merayap ke arah orang yang control kereta lumba tu,ataupun mundar-mandir atas jalan.Jadi saya tak senang nak concentrate pada anak-anak benih saya...mujurlah tak lama kemudian ayah mereka sampai(aik,awal pula balik hari ni?) jadi ayahnya ambil alih giliran melayan anak-anak tengok kereta lumba.Seronokla saya dapat tumpukan pada tanaman aje.Plan saya petang tu,cuma untuk periksa anak benih zinnia dan pak choy memandangkah hari dah terlalu lewat dan makin gelap.Saya dah tahu apa yang tak kena dengan anak-anak benih zinnia saya.Setelah puas menggugel,baru saya tau rupa-rupanya anak-anak benih tu kena penyakit lecuh anak benih.Bila saya tengok gambar di laman yang ada paparan mengenai lecuh anak benih,memang sama dengan anak-anak benih zinnia saya.Rupa-rupanya zinnia saya kena jangkitan kulat,patutlah...kesian mereka.

Bila saya check anak-anak benih zinnia,dah lebih 50% tumbang dan mati...sedih sangat.Jadi saya ambil keputusan untuk transfer yang tinggal tu ke pot lain.Saya tak tahu keputusan saya ni betul atau tidak tapi saya memang berazam taknak mengalah.Saya rasa memang pot yang lama tu terlebih siram sehingga terlalu lembap menyebabkan anak-anak benih tu terkena penyakit lecuh anak benih.Saya terlupa pesanan expert gardeners supaya tidak terlalu kerap atau banyak siram anak-anak benih zinnia.

Gambar sebahagian dari anak-anak benih Zinnia yang tumbang & mati...
Dalam pasu yang saliran tanahnya tak bagus, ada anak benih Zinnia yang "sesat" bercambah :)
Dah besar sikit nanti baru nak alih
 
Anak-anak benih Zinnia yang siap dialih ke dalam pasu baru 
 
Selesai transfer,lega sikit hati saya dan pemandangan di pot pun lebih cantik dan menyenangkan hati.Jadi saya beralih kepada anak-anak benih pak choy pula.Wahhh..mereka lebih meriah.Jadi makin tinggi dan tegap sebab hari sebelumnya saya transfer bekas semaian pak choy berhampiran sliding door,jauh dari depan pagar yang banyak terima cahaya matahari.Saya ada terbaca sayur-sayuran berdaun macam ni lebih sesuai tempat yang teduh.

Kebetulan saya dah sediakan bekas tanaman kekal untuk pak choy,jadi saya transfer pak choy juga.Masa cuba alihkan anak-anak benih pak choy,baru saya perasan,rupa-rupanya pak choy saya bukan lagi anak benih tapi dah nak jadi anak pokok.Akar-akarnya dan menerjah lubang pada tapak bekas semaian cuba nak menjalar keluar untuk cari lebih banyak nutrien.Ada yang dah berakar banyak walaupun pokoknya tak tinggi sangat.Berselirat di dalam tanah seolah-olah cuba masuk ke area anak-anak benih yang lain juga.Terpaksa saya berhempas pulas untuk tarik anak-anak pokok tu perlahan-lahan dan hati-hati,sehingga berpeluh-peluh dahi saya dibuatnya dek kerana saspen takut ada akar-akar yang terputus.Dan saya rasa memang ada pun...huhu.Minta maaf sangat pak choy sekalian...ibu dah cuba sebaik mungkin.Lain kali saya akan direct sowing aje benih-benih dalam bekas tanaman.Harap-harapnya walaupun ada beberapa pokok yang dah tercedera akarnya tetap akan kuat dan bersemangat untuk tumbuh membesar :)

Anak-anak Pak Choy siap dialih

Benih adalah jenama Serbajadi dibeli di pasaraya Econsave

Semasa saya siap transfer semua, azan maghrib dah berkumandang dan sekitar sudah sangat gelap.Satu badan saya berpeluh macam baru lepas jogging kat hutan bandar,haha.Mana taknya,saya baru siap transfer 21 batang anak pokok pak choy.Kena buat satu-satu dan slow-slow tapi penuh concentration pulak tu.Patutla orang kata berkebun ni aktiviti yang menyihatkan.Macam ni tak payah pergi aerobik pun takpe,hehe.

No comments:

Post a Comment

Harap dapat beri tunjuk ajar dan berkongsi ilmu dengan saya :)