Bleeding Heart by Shabbyblog

Wednesday 4 September 2013

Masih terkial-kial

~ Assalamualaikum ~

Akhirnya...dapat juga saya selesaikan misteri kenapakah ada blog yang saya follow tapi updatenya tak ditunjukkan kat side panel...fenin saya mikirkan kat mana silapnya.Dah banyak kali saya miss latest update blog yang saya follow.Rupa-rupanya..saya kena bukak "Configure Blog List" dan select blog yang saya nak showkan kat side panel dari list blog yang difollow ("Blogs I'm following") ataupun direct key in URL blog tersebut kalau saya tak follow.


Awat berbelit-belit sangat methodnya?huhuhu...please be more user friendly..kalau terus letak option ni kat Reading List panel(kat dashboard) tu kan senang!
eh mengkomplen pulak =p padahal awak tu yang kelam IT cik kak oiiii


Wednesday 28 August 2013

Walaupun terlambat

~ Salam Syawal buat semua ~

Rasanya macam janggal pula nak wish Selamat Hari Raya Aidilfitri bila tengok kalendar.Dah hujung-hujung betul ni..tinggal berapa hari lagi je Syawal akan diganti dengan Zulkaedah.Demam open house pun mesti dah makin memuncak ni kan.

Mohon ampun dan maaf pada pelawat-pelawat blog ni kalau ada,sebab terlambat ucap selamat hari raya dan menyepi tanpa berita sejak lebih kurang 2 minggu sebelum raya aritu lagi.Terutama pada Diana Kebun Bahagia Bersama dan Kak Mar Suka Suka,yang sudi ziarah laman ni dan tinggalkan jejak tapi tak terbalas lagi oleh saya...terharu dan gembira sangat =)


Monday 29 July 2013

Zinnia Kelainan Genetik?

~ Assalamualaikum ~

Beberapa hari lepas saya ada bercerita tentang "keajaiban" yang sedang berlaku di taman mini Sejambak tiang letrik TNB kami.

Hari ni ada perkembangan yang menakjubkan :)

Sunday 28 July 2013

Koleksi Foto Perkembagan Terkini : Tanaman Semaian Part 2



Salah satu bulb gladioli yang dibeli dari Kebun Bahagia Bersama.Percambahan bulb yang saya semai tak sepantas semaian orang lain walaupun saya follow cara menanam yang dikongsi di Jualjualbenih.Mungkin ada kesilapan yang saya buat.Walaubagaimanapun ni adalah bulb ke-3 yang bercambah dari 5 bulb,saya rasa satu pencapaian yang baik bagi seseorang yang pertama kali menanam gladioli dan amatur macam saya :) Cuma sejak tunasnya kelihatan tiada perkembangan terbaru lagi setakat ini.Nak siram takut pula bulbnya mereput.



Koleksi Foto Perkembagan Terkini : Tanaman Semaian Part 1

Sambungan dari entri sebelumnya...versi tanaman yang disemai sendiri dari benih yang dibeli.Sama juga seperti sebelumnya,many photos!

Ni anak pokok bendi emas,benih dibeli dari TanamSendiri.com.Walaupun pertumbuhan sedikit lambat dipercayai kurang nutrien dan tak dapat matahari pagi yang pokok sayuran sukai,tapi pokoknya sihat dan ada perkembangan baik.Cuma hari ni tengok daunnya ada sehelai yang macam diserang perosak.Serangga perosak tak dapat dipastikan.Suspecting leaf miner dari kesan yang ditinggalkan pada daun.Ada dua pokok dalam polibeg ni.

Saturday 27 July 2013

Koleksi Foto Perkembagan Terkini : Tanaman Belaan

~ Assalamualaikum ~

Selalu sangat dah membebel kat blog, hari ni cuci mata je la sambil catat jurnal tanaman di laman seciput kami.

(ada sangat banyak gambar)


Friday 26 July 2013

Tragedi 17 Ramadhan...

~ Assalamualaikum ~

17 Ramadhan menjelma, dan kita pun mengimbau peristiwa yang besar maknanya bagi umat Islam zaman berzaman.Peristiwa Al-Quran dinuzulkan kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w.Sayangnya negeri Johor tak ambil tarikh ni sebagai cuti umum,jadi kena kerja macam biasa.Tadi dalam perjalanan dari tempat kerja ke nursery,sempat dengar perkongsian ilmu mengenai kebesaran mukjizat al-Quranul qarim ni.Alhamdulillah,jadi terapi minda dalam keserabutan yang melanda hati.

Sepatutnya hari ni saya dedicate untuk entri Warna-warni hari Jumaat.Minggu lepas terlupa snap gambar,hari ni tergendala lagi.Ada cerita disebaliknya yang saya ingin kongsi..

Sejak dari beberapa,ujian demi ujian didatangkan pada saya.Saya harap ini adalah salah satu jalan maghfirah yang Allah mahu tunjukkan pada saya,kalau saya sabar dan redha :)

Alaaa...bukan dugaan yang besar sangat pun.Cuma mengguris hati saya jugala..sebut aje pun da nak nangis dah ni

Sekadar flash back semula(bukan nak merungut atau mengomel dah macam semalam ye,minta maaf sangat-sangat semalam tu "angin" sikit...)

Thursday 25 July 2013

Bunga yang menambat hati


Sebenarnya walaupun hati panas,tapi bila tengok tanaman kita sihat-sihat,segar bugar,malah ada hasil,senyum akan menguntum semula di bibir kan?

Pada saya yang baru berkecimpung secara aktif dalam bertanam ni,bunga yang biasa-biasa pun dan cukup menggembirakan hati :)

Nanti agaknya kalau tanam sawi menjadi,tanam bendi berbuah,tanam tomato lebat cantik,maunya melompat sakan saya bersorak-sorak kot.

Hari Perosak Bermaharajalela?

~ Assalamualaikum ~

Balik dari keja je terus rasa macam nak meraung..

Kali ni kesabaran betul-betul teruji.Saya rasa kalau binatang tu lalu depan saya maunya kena jurus otomen saya sedas dua.

Memang la dasar binatang tak reti bahasa.Tapi bila dia buat macam ni,rasa nak meroyan jugak sikit-sikit.

Tuesday 23 July 2013

Terbelit sulur sendiri


~ Assalamualaikum ~

Menjelma sudah Ramadhan hari ke-14...pantas sungguh dirasakan hari-hari yang berlalu di bulan yang mulia ini.Tup tup,dah separuh perjalanan....sedangkan diri ini masih belum buat apa-apa "resetting" lagi..  :(

Tadi keluar sekejap ada hal,dalam perjalanan nampak bulan mengambang penuh cerah berseri-seri,sangat kontra dengan dada langit yang gelap pekat.Entah mengapa,tiap-tiap kali saya merenung bulan purnama,hati akan diterjah rasa rindu yang aaaaaaaamat sangat.Sampai boleh menangis teresak-esak akibat menanggung rindu yang tak ketahuan pada siapa itu (kisah benar berlaku pada saya masa remaja,sehinggakan disangka saya telah histeria).

Monday 22 July 2013

Kesedihan melanda

~ Assalamualaikum ~

Sungguh takde mood nak tulis entri blog hari ni...

Bukan sebab Monday blues ye.

Tapi banyak sangat perkara tak menyeronokkan berlaku minggu lepas sampai ke hari ni :(

Bukan nak merungut ye.

Nak cerita kat sini je..nanti besok-besok time senang dan bahagia boleh flashback ke time susah macam sekarang supaya tak lupa diri bila baca entri macam ni :p

Cuma sekarang ni rasa penat sangat...nak gi layan mood muram ni dulu :(

Kita cerita kendian. Wassalam...

p/s : rinduuuu sangat kat nenek di kampung.Kalau susah hati macam sekarang,selalu terasa nak balik kampung duduk celah ketiak dia cam dolu-dolu :p



Warna orange cosmos yang sangat ceria buat pengubat hati

Sunday 21 July 2013

Rupa-rupanya Bangun-bangun

~ Assalamualaikum ~

Jumaat lepas masa saya balik dari amik parcel kat pejabat pos laju, saya terperasan ada keratan batang sejenis tanaman yang nampak menarik,agak panjang juga tersadai tepi bangunan yang menempatkan pusat pos laju tu.Saya perhatikan sekeliling takut orang nampak kalau saya amik untuk kesan induknya.Nampak induknya tumbuh subur dan tinggi dalam pasu,tapi takde bunga.

Saya cuba pegang keratan batang tu.Tak lembik walaupun dah kena potong dan matahari tengah terik waktu tengahari.Saya pun apalagi...dipenuhi perasaan ingin tahu,potong sedikit hujungnya.Raba-raba daunnya rasa berduri-duri dan pejal.Kemudian..

Saturday 20 July 2013

Ros Jepun warna Peach!

~ Assalamualaikum ~

Entri untuk hari ni dimulakan dengan si jelita yang baru saya jumpa tadi, ros jepun kaler peach!

Sangat excited bila ternampak si peach ni tengah mekar comel mendongak matahari.Mula-mula ingat salah tengok.Tengah sibuk menyiram pagi tadi kat taman mini tiang letrik TNB,terpaku sejenak usha si jelita nih.Biar betul...kaler yang saya idam-idamkan!Alhamdulillah..tak sangka dah ada di genggaman saya.Sukanyaaa!

Friday 19 July 2013

Isytihar Perang

Minggu ni saya "isytihar perang" pada kucing atau kucing-kucing perosak suasana laman saya >:(


Siap korang!!
*gambar diambil dari gugel

Tuesday 16 July 2013

Keratan Kemboja Bali

~ Assalamualaikum ~

Saya ada beli keratan batang bunga kemboja bali kuning putih dari Diana KBB lebih kurang sebulan yang lepas.

Diana bagi panduan seperti berikut yang saya praktikkan :

Ole-ole dari Mersing

~ Assalamualaikum ~

Kalau hari Isnin memang mudah nak kena Monday Blues..pagi-pagi celik mata dah fikirkan macam-macam hal yang tak sempat setelkan pada hujung minggu dan keje-keje yang mesti disetelkan pagi tu jugak.Buat mood jadi tak berapa ceria dan mudah tertekan.Malasnya nak pegi keje kan,kan kannnn.

Alhamdulillah sampai juga ke tempat kerja,dan ada surprise kat atas meja saya.Kakak satu ofis yang juga minat menanam telah bawakan saya ole-ole dari kampungnya di Mersing :)

Monday 15 July 2013

Bulan Ramadhan..rezeki Bunga Telang makin bertambah

Alhamdulillah...syukur kepada Allah yang Maha Menciptakan.

 Hari Sabtu ada 5 kuntum, saya try buat teh telang limau nipis ais.Perghhhh!

Hari Ahad ada 4 kuntum,tapi tak ambil gambar.Dapat minum teh telang limau nipis ais lagi :)

Tampaka ku Juga Berbunga!

~ Assalamualaikum ~

Semalam, semasa kalut-kalut menyiram tanaman sebelum ke bazar Ramadhan, saya terperasan semaian tampaka dalam bekas recycle yang bebawangnya dibeli dari Diana KBB bulan lepas, ada putik bunga.

Putik bunga yang mula-mula saya perasan

Wahhh..excitednyaaaa.

[Off Topic] Menghargai Tika Masih Ada

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui isi-isi hati...

Sekadar berkongsi sedikit peringatan,terutama untuk diri sendiri.

Sudah banyak kali,sekiranya diri ini lalai akan datang peringatan untuk diri ini dalam pelbagai bentuk.Pasti ada.Cuma terpulang pada hati ini untuk menyedari,mengakui dan menerimanya.

Kali ni pun sama.

Sunday 14 July 2013

Rain Lily Lilac Yang Menawan

~ Assalamualaikum ~

Walaupun berpuasa ku gagahkan juga kederat ni untuk setelkan hal-hal tanamanku.

Minggu ni banyak pulak keja-keja menanam yang mesti disetelkan secepat mungkin,so nak tak nak kena kerahkan jugaklaa tenaga yang tak berapa ada sebab asyik miss sahur aja.

Namun penat tu seakan-akan hilang bila Rain Lily warna lilac menghadiahkan muka comel kepada saya.

Saturday 13 July 2013

Gara-gara aphid

Saya benci aphid.Sampai hati dorang pakat serang pokok ros jepun gantung saya ramai-ramai.Patut la saya tengok ros jepun tu sejak balik dari Sg. Buloh cam tak berapa sihat aje.Ingatkan sebab ros jepun homesick kat Sg. Buloh.Ingatkan sebab belum dapat sesuaikan diri dengan local climate kat laman kami lagi.

Kebetulan,time cuba petik sekuntum nak kasi kat baby girl saya yang berkenan kat ros jepun tu,saya perasan ada makhluk itam-itam lekat kat jari saya dan kelopak bunga.Apa ni?Saya tengok dekat-dekat,rupanya aphid!Kensel kasi hadiah bunga kat baby girl saya.Terus saya capai botol racun organik saya dan sembur satu pasu!

Perkembangan Zinnia Elegan SPP

Zinnia yang saya tanam ni adalah Zinnia Elegan SPP berdasarkan description kat peket benih.Gambar kat peket benih adalah zinnia merah sahaja,tapi bila berbunga ada warna fuschia/pink juga.Saya suka je tak kisah pasal warnanya.Macam-macam mana pun saya sayang zinnia saya sebab ni lah tanaman yang mula-mula berhasil dari benih yang saya semai sendiri :)

Zinnia ke-3 sejak zinnia saya berbunga.Ada kudup bunga yang lain juga :)

Ros Jepun dari TanamSendiri.com

Masa kembang yang mula-mula dulu tak perasan lagi.Tapi makin lama makin ketara saiznya.Dah la spesisnya pun macam tak sama dengan ros jepun yang lain yang ada di laman saya ni.Kalau perati betul-betul,kelopaknya macam bentuk "love" :D

Tiap-tiap kali "terserempak" dengan ros jepun ni tengah mekar bahagia,pasti saya terpegun dan terpesona.Warnanya biasa-biasa saja,tapi saiznya tu...magnificient!Masa ambik gambar ni saya tak terpikir nak comparekan,tapi saya rasa sama atau lebih kurang saiz syiling 50sen.

Taman mini tiang letrik TNB

~ Assalamualaikum ~

Bermula dari awal pertengahan bulan May,saya mula cuba "mengerjakan" area tanah rizab tiang letrik TNB.Selama ni sangat bersemak-samun.Dah lama mata saya berbulu melihatnya.Dah la laman saya tak bertanah,tanah sekangkang kera ni pun kena konker ngan tiang letrik dan rumput-rampai.Sejak memulakan aktiviti bertanam hujung April aritu,jiwa "tukang kebun" saya tak dapat memaafkan situasi ni,hehe.

Maka saya pun mulakan "pencerobohan" saya :D

Friday 12 July 2013

Warna-warni Jumaat Minggu ini 12/7/2013

Kak L officemate saya adalah orang yang suka melayan saya bercerita hal berkebun.Dia ada request saya ambik gambar terbaru pokok-pokok yang ada di laman saya.Teringatkan hal tersebut,sebelum pulang ke office semula saya snap beberapa gambar pokok yang ada berdekatan.Boleh buat sebagai entri warna-warni Jumaat minggu ni :D


Bunga Raya saiz XXL warna kuning-red "throat" saya mekar sekuntum hari ni,gorgeous! :D

 Ros jepun dalam pasu gantung,sangkut kat pagar :p
Close up sikit :D
Meriah!Jarang dapat kesempatan jamu mata macam ni




Cantik!Terfikir...kalau ada warna putih menyelit-nyelit pasti tambah seri :)



Kuntuman ke-3 Zinnia yang mekar sejak pandai berbunga.Warna merah pula :)


Oppss!Pokok bunga kuning kecik saya hampir garing!Terlupa nak siram pagi tadi :'(

Harapnya tak mati laa...adusss cemana leh terlupa nih.Saya siram sikit air sebelum balik ke ofis,nak siram lebih-lebih takut mati terkejut pula...

Kiriman 1 Ramadhan..Jom Tanam Bunga!

~ Assalamualaikum ~

Sebenarnya semalam ada kiriman anak pokok dan keratan melalui pos laju sampai ke rumah.My mistake.Sepatutnya saya kasi alamat tempat kerja tapi tak sangka pulak, dipos hari Rabu hari Khamis dah boleh sampai sini.Biasanya delivery dari Diana KBB atau En.Is Tanamsendiri.com pun akan ambil masa lebih kurang 2 hari via poslaju.

So hari ni kena pegi amik kat pusat Poslaju lah.Nasib baik la Jumaat,tengah hari rehat lama jadi dapat la beratur dengan tenang kat Poslaju.Poslaju kat sini memang banyak pengguna tapi tempatnya kecik,tak padan sebagai pusat Poslaju bagi daerah sini.Dah la 2 kaunter aje,pekerjanya pulak selalu ada seorang ah-kak ni je so kaunter satu lagi kiranya tak digunakan sangat.Patutnya ada 1 kaunter untuk delivery 1 kaunter untuk pick up kan?Huh belasah aje lah.Masa saya sampai memang dah penuh lah dengan orang ramai,saya ni ngam-ngam jek depan pintu kat bahagian dalam kalau tak memang kena berpanas beratur kat luar ler.Bayangkan dari kaunter tak sampai 10 orang beratur dah cecah pintu masuk,hoho.

Akhirnya dapat jugak saya pick up parcel saya.Cuba buka sikit kat dalam kereta.Tu dia..berterabur tanah jatuh atas seat,haha.Panik saya bila tengok kat dalam tu,anak-anak pokok dah agak kecut!Saya raba-raba,takde bekas membaluti bahagian akar pokok-pokok tu macam Diana KBB buat kalau hantar anak pokok.Biasa Diana KBB akan guna bekas recycle seperti kotak minuman yang dipotong dua,masukkan sedikit tanah tutup bahagian akar pokok dan kasi lembap tanah tu,kemudian bahagian bawah kotak Diana akan cover dengan tisu basah lagi.Jadi,pokok akan tetap segar bila sampai ke destinasi.

Ingat nak rushing balik rumah kejap,tapi saya singgah ke kedai jimat beli pasu-pasu untuk anak pokok dan keratan batang yang baru dapat ni.Beli pasu plastik je sebab murah dan ringan untuk alih-alih :)
Esok confirm tak sempat nak beli,kalau tak beli sekarang nanti tertangguh kerja-kerja menanam.Pasu kat kedai jimat ni lagi murah dari beli kat nurseri,setakat ni saya puas hati dengan kualitinya.

Sampai rumah dah dekat pukul 2,lagi setengah jam kena masuk ofis balik.Cepat-cepat isi air dalam baldi kecik dan rendam keratan-keratan dan pokok.Bila dibuka semua,rupanya banyakkk sangat isi kat dalam!Subhanallah...baiknya hati Kak Yah..hati saya tersentuh.Keratan ros jepun juga hampir secekak.Banyak tuh!Kalau dikira,tak padan dengan harga yang saya bayar sebanyak tu cuma..saya betul-betul tak sangka Kak Yah begitu bermurah hati.

(sorry,lupa nak ambil gambar..)

Ya,kali ni saya order dari Kak Yah Jom Tanam Bunga.Ceritanya begini..sejak saya terpandangkan gambar bunga susun kelapa kat blog Jom Tanam Bunga,hati saya dah tertawan.Tambah lagi bila dapat tahu bunganya wangiiiiii!Mula-mula saya tangguhkan hasrat nak membeli dah dua bulan,tapi sejak beberapa hari ni dah macam angau pula.Teringat-ingat sampai termimpi-mimpi.2 hari lepas saya tak tahan menanggung rindu lagi(chewahhh) terus saya order (^-^ v

Baru tenang rasa hati,hihi.

Sepatutnya ada anak pokok bunga susun kelapa,anak pokok bunga YTT,keratan bunga raya besar berlapis warna peach dan keratan ros jepun,tapi Kak Yah sertakan juga anak pokok ati-ati,keratan ati-ati 3 jenis berlainan,keratan Desert Petunia dan mungkin ada lagi yang saya belum cam.Keratan ros jepun pun bukan sejenis atau satu warna tapi pelbagai.

Terima kasih banyak-banyak Kak Yah...saya mendoakan setulus hati semoga Kak Yah dilimpahi rezeki,rahmat dan berkat yang tak putus-putus.

ni gambar pagi sabtu esoknya.keratan desert petunia siap berbunga lagi :D

Wednesday 10 July 2013

Marhaban Ya Ramadhan 1434H

~ Salam Alaik ~

Entri ni mungkin akan appear lambat kerana masalah teknikal pada komputer office tempat saya post entri ni.

Saya ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada diri sendiri dan semua umat Islam khususnya yang minat menanam sendiri di rumah, semoga Ramadhan tahun ni membawa seribu keberkatan buat kita,insyaAllah...

Walaupun menjalani ibadah berpuasa, saya berazam tidak akan mengabaikan tanaman-tanaman saya :)
InsyaAllah.

Saturday 6 July 2013

Penghapus Serangga Organik Nyata Berkesan

~ Salam Alaik ~

3 hari lepas, saya beli sejenis racun organik jenama Baba dari kedai hardware berdekatan rumah saya yang kebetulan tengah buat sale.

2 hari lepas, saya sembur pada pokok limau kasturi saya apabila saya mendapati telur-telur ulat yang saya sembur dengan cecair campuran sabun dan minyak masak, telah menetaskan ulat-ulat kecik yang sihat :(
Ulat-ulat tu mungkin baru sahaja menetas sebab belum ada lagi kesan daun yang dimakan.

Tapi semalam, ulat-ulat kecik tu telah jadi semakin besar dan daun-daun limau kasturi yang saya sayang dan belai setiap hari sehingga galak berpucuk hijau muda segar, telah rompong di sana sini akibat di"kenduri"kan oleh makhluk-makhluk bertanduk ni.

Saya menjadi sangat marah seperti Otomen ketika menghadapi resaksa yang menyerang bumi Jepun >:(

Lalu, saya capai botol cecair campuran sabun dan minyak masak, menyilangkan kedua-dua tangan di dada gaya Otomen dan... FIRE!!!!!!shoot shoot shooooootttt

Dan kemudian saya tersenyum puas melihat akibat perbuatan ganas saya tu :D

Jom sama-sama senyum ganas dengan saya setelah tengok gambar-gambar "crime scene" berikut >:D

Gambar bukti A
 
Gambar bukti B

Kemudian baru teringat, lupa nak amik gambar "before".
Nanti kalau bukti tak lengkap, kes tak cukup kukuh pula.
(tiba-tiba tukar mode dari Otomen ke CSI)

Nasib baik jumpa seekor yang masih tengah rilek-rilek macam takde pa pe yang dah berlaku.
Kekenyangan makan pucuk pokok limau kasturi I la tu! Eiii bebulu mata I tengok ulat bulu nih >:(

Jadi saksikanlah akibatnya :

Before
Ulat : Burpppp!!Alhamdulillah...la la la la laaaaa

After
Ulat : Erk..!!tak sempat mengucap...

Ni satu lagi contoh tauladan kepada ulat-ulat lain. Ingatlah orang yang tersayang yang menanti kepulangan anda :D

Jangan lupa yang di bawah daun juga :) (pesan En Iskandar TanamSendiri.com)

Akhir kata, terima kasih buat en. Adry Dedaun Alam dan En. Iskandar TanamSendiri.com atas perkongsian resepi "organic pest repellent" yang berkesan ini.


Friday 5 July 2013

Kemboja Idaman di laman Orang

~ Assalamualaikum ~

Kalau pegi ambil atau hantar anak-anak ke Nuri, kadang-kadang akan melalui satu kawasan ni.Dan setiap kali lalu, pasti mata saya akan terpaku pada pohon kemboja yang ditanam di tepi sebuah rumah corner lot,betul-betul tepi jalan yang saya lalu. Saya memang suka "cuci mata" tengok tanaman di halaman rumah orang..ye la,rumah sendiri takde halaman bertanah.Nak tanam pokok-pokok besar rimbun macam ni mana boleh. Tanah rizab tiang letrik TNB tu mana muat nak tanam semua pokok idaman saya,huhuhu.

Saya memang minat betullah dengan kemboja ni :)

Ada dua warna, fuschia dan pink-orange "throat"
Saya sempat juga "terintai" laman dalam pagar,siap ada water feature lagi.Sejukkk sangat mata memandang,dan saya rasa kalau benar-benar berada di lamannya memang terasa nyaman lah sebab redup aje dengan rimbunan pokok dan bunga.Harap-harap tuan rumah tak perasan ada orang tengah terhendap-hendap candid gambar pokok kemboja dia,hihi.

Keratan kemboja yang saya beli dari Diana KBB sebenarnya nak tanam dalam pasu..tapi kalau ikutkan kemboja ni pokoknya besar jugak dan rendang.Hmmm...tengah fikir lagi ni..

Warna-warni Petang Jumaat

~ Salam alaik ~

Damainya hati apabila kepulangan disambut warna-warna ceria bunga-bungaan yang kembang di laman setelah seharian berjauhan dari baiti jannati(rumahku syurgaku).

Penat dan stress pun berkurangan dan menjauh, kegembiraan bertambah dan ketenangan menjengah ke kamar hati :) wah wah wahhh cam berpuisi lak.

Sekadar coretan kenangan sementara bunga-bunga kesayangan masih subur, sihat dan gembira.

Bunga raya size M warna putih "red throat", beli kat nursery di Sg. Buloh hari tu :)
Yang warna kuning tak de yang mekar hari ni.

Berikut adalah warna-warna Dianthus dari 2 pasu kecil yang dibeli dari nurseri kat Sg. Buloh.









 

 Bunga HSM
 

Rupa-rupanya si Melur a.k.a Jasmine ada dua kuntum yang kembang hari ni,tapi dah gugur ke daun mungkin sebab hujan lebat yang turun petang tadi

Saya masih tak tahu nama bunga ni lagi. Kembang yang pertama semenjak dibawa pulang dari nursery di Sg. Buloh

Zinnia pink yang masih mekar :) 

Zinnia merah yang makin menguncup.Lama mekarnya, sejak minggu lepas lagi :) 

Bunga Angel's Trumpet tinggal sekuntum ni je kat pokok,yang lain dah gugur. Kalau yang ni gugur nanti, entah bila baru dapat tengok bunganya yang baru. Mekarnya cuma sebentar.

 Cosmos oren terang, kultivarnya masih belom sempat check :D
Tinggal yang ni je tengah mekar, yang lain macam yang interframe kat background tu dah layu.
Nak kena check cara kumpul benihnya pula, sayang nanti bunga yang dah layu jadi sia-sia.

 Cosmos warna oren "two-tone",hehe. Perhatikan yang kat tengah-tengah tu pun lain dari Cosmos oren terang kat atas,padahal kedua-dua bunga dari pokok dalam polybeg yang sama. Mungkin ada 2 pokok dalam satu polybeg tapi saya tak perasan. Bila ambil gambar macam ni baru perasan :) Bagus juga amalan merekod dengan gambar ni kan.

 Satu-satunya bunga telang yang kembang hari ni. Pokok bunga telang saya masih sedang belajar berbunga. Tiap-tiap kali berbunga saya kutip pada petangnya sebab ikut petua Diana KBB agar pokoknya makin galak berbunga.

Akhir sekali, warna yang "rustic" sikit dari bunga melur yang sudah layu di pokoknya.Bunga melur yang berlapis-lapis macam bunga ros ni, yang kembang pada malam saya "angkut" pulang dari nursery di Sg. Buloh. Haruman semerbaknya pada malam tu tak kalah dengan bunga HSM dari dua pokok yang tengah kembang juga. Saya petik bunga yang makin layu ini, mungkin amalan "dead heading" akan membantu dan menggalakkan ia terus berbunga.

Thursday 4 July 2013

Ros Jepun di laman kami

Warna : Pink
Kelopak : Selapis, terbelah?
Asal : TanamSendiri.com


Warna : Pink
Kelopak : Berlapis, kembang
Asal : Hospital Sultanah Aminah

Warna : Pink, Putih
Kelopak : Berlapis, kembang
Asal : Nursery Gajah


Warna : Kuning krim
Kelopak : Berlapis, "cupped"
Asal : Hospital Sultanah Aminah? Nursery Gajah?

Warna : Oren kekuningan
Kelopak : Berlapis, "cupped"
Asal : Nursery Gajah

Warna : Kuning krim
Kelopak : Berlapis, kembang
Asal : Nursery Gajah

Warna : Putih
Kelopak : Berlapis, "cupped"
Asal : Nursery Gajah

Warna : Peach terang
Kelopak : Selapis
Asal : Nursery Sg. Buloh

Warna : Kuning
Kelopak : Selapis
Asal : Nursery Sg. Buloh


Warna : Merah
Kelopak : Berlapis, kembang
Asal : Nursery Sg. Buloh


Sebenarnya mungkin ada lagi warna dan bentuk yang belum dapat saya capture sebab kembangnya time kita kat tempat kerja :)
Yang saya sempat ambil gambar ni semua pada hari tidak bekerja.Kalau ditanya yang mana paling saya gemar dan sayang, jawapannya ALL sebab mereka berlainan dan masing-masing ada keunikan dan keistimewaan tersendiri :)
Sama la macam sayang kita kat anak-anak sendiri kan?

*Entri ini ditulis sebagai nota bagi tukang tanam