Bleeding Heart by Shabbyblog

Tuesday, 23 July 2013

Terbelit sulur sendiri


~ Assalamualaikum ~

Menjelma sudah Ramadhan hari ke-14...pantas sungguh dirasakan hari-hari yang berlalu di bulan yang mulia ini.Tup tup,dah separuh perjalanan....sedangkan diri ini masih belum buat apa-apa "resetting" lagi..  :(

Tadi keluar sekejap ada hal,dalam perjalanan nampak bulan mengambang penuh cerah berseri-seri,sangat kontra dengan dada langit yang gelap pekat.Entah mengapa,tiap-tiap kali saya merenung bulan purnama,hati akan diterjah rasa rindu yang aaaaaaaamat sangat.Sampai boleh menangis teresak-esak akibat menanggung rindu yang tak ketahuan pada siapa itu (kisah benar berlaku pada saya masa remaja,sehinggakan disangka saya telah histeria).
Tapi tadi,semasa merenung lagi bulan 14 Ramadhan,baru saya mengerti erti rindu yang dirasakan selama ini...rupa-rupanya,saya merindui Pencipta saya dan alam saat mengagumi keindahan bulan,salah satu ciptaan-Nya yang sangat akur dan patuh.Rupa-rupanya,saya merindui Allah s.w.t...

Syahdunya rasa saat menatap bulan penuh itu.Jauh lebih syahdu daripada menanggung rasa kasih dan rindu pada si dia buah hati.Tak terbanding.

Subhanallah...

Mungkin saya perlu lebih bijak menyusun masa di bulan ini supaya ada ruang untuk saya "bercinta"dengan-Nya yang dirindui.Dia pun sudah mengingatkan saya dengan menghadirkan bulan purnama yang sempurna tak dilitupi awan pun malam ni.

Allahuakbar.

Panjang mukaddimah malam ni :)
Sekali sekala tak apa kan jadi jujur dengan perasaan sendiri.Ini juga sebahagian dari muhasabah dan motivasi diri.

Lagipun hari-hari biasa di bulan ni tak larat sangat nak bercerita panjang-panjang...sekarang pun kelopak mata dah memberat asyik teringat bantal bucukkk aje,nak tido dah.haha :D

Petang tadi seperti biasa melayan "anak-anak" yang ditanam dan dijaga,diikuti dengan rutin mengutip bunga telang yang mekar.Pagi-pagi nak kutip pun selalu terkejar-kejar waktu nak ke ofis,tambah lagi kalau pagi sangat bunganya ada yang belum mekar lagi.

Dan saya terjumpa si biru yang kesian ni.

Lemas terbelit !
Saya terperanjat mulanya,lepas tu heran.Boleh pula dia cuba kembang walaupun dah dibelit kudup bunganya.Ye la, bila saya cuba longgarkan belitan tu memang tak dapat tanpa cederakan bunga atau batang,jadi saya agak kudup bunganya memang asal-asalnya dah terbelit masa sulurnya mula melilit kayu pancang tu.

Sayang rasanya nak tinggalkan macam tu aje,saya usahakan pisahkan "tapak" bunga dari batang,hadang sikit batang yang melilit dengan jari pastu tarik slow-slow bunga tu ke bawah.Bila tapaknya dah bercerai dari batangnya,bunga tu pun dah jadi longgar tak tersepit sangat,so senang la keje saya.


Pokok bunga telang merimbun habis dililit apa yang dapat dicapai termasuk longan ping pong si tinggi lampai, umpama beraja di mata bersultan di hati dalam area taman mini :D
Gambar ni diambil atas permintaan Kak L deskmate kat tempat keje,dia nak tengok perkembangan pokok bunga telang saya tanam.Tadi pun dia ada tanyakan bunganya.Insya Allah saya akan usahakan nanti,jadi sama-samalah doakan pokok-pokok ni subur dan lebat berbunga ye :)

Saya tak cantas lagi ranting-rantingnya sebab tengah seronok tengok pokok-pokoknya galak dan berlumba-lumba berbunga.Pastu suka sangat belit apa saja termasukla daun rumput rain lily yang kurus dan renek tu.Kesian rain lily kan.Saya cuba train sulur pokok bunga telang ni memanjat tiang letrik TNB tu.Memang tu plan asal saya masa tanam kat sini 2 bulan lepas.Tapi dorang taknak pulak.Harini halakan atau rapatkan sulur kat tiang letrik,esok tengok dah melencong ke arah lain.Panas agaknya tiang letrik ni kalau tengah hari,tu yang telang-telang tak berkenan sangat tu.

 Daun rumpun rain lily yang jadi mangsa "jenayah" cekik si telang :p

Pokok longan ping pong walaupun mungkin rimas kena kacau dengan si telang bertiga tu,tapi alhamdulillah dia pun dapat manfaat duk dekat si telang tu.Daun menghijau segar je walaupun saya tak baja lagi,mungkin banyak nitrogen yang telang bertiga tu hasilkan dalam tanah.Anak-anak pokok zinnia pun senang je bercambah benihnya dan membesar,nampak hepiii je berlumba-lumba nak jadi gemuk-gemuk.Bunga ros jepun toksah cakap la..gembira saya sebab ros jepun membesar dan membiak dengan cepat sekali.Rain lily tak tau la hepi ke tak kena usik dengan sulur telang,haha.

No comments:

Post a Comment

Harap dapat beri tunjuk ajar dan berkongsi ilmu dengan saya :)