3 hari lepas, saya beli sejenis racun organik jenama Baba dari kedai hardware berdekatan rumah saya yang kebetulan tengah buat sale.
2 hari lepas, saya sembur pada pokok limau kasturi saya apabila saya mendapati telur-telur ulat yang saya sembur dengan cecair campuran sabun dan minyak masak, telah menetaskan ulat-ulat kecik yang sihat :(
Ulat-ulat tu mungkin baru sahaja menetas sebab belum ada lagi kesan daun yang dimakan.
Tapi semalam, ulat-ulat kecik tu telah jadi semakin besar dan daun-daun limau kasturi yang saya sayang dan belai setiap hari sehingga galak berpucuk hijau muda segar, telah rompong di sana sini akibat di"kenduri"kan oleh makhluk-makhluk bertanduk ni.
Saya menjadi sangat marah seperti Otomen ketika menghadapi resaksa yang menyerang bumi Jepun >:(
Lalu, saya capai botol cecair campuran sabun dan minyak masak,
Dan kemudian saya tersenyum puas melihat akibat perbuatan ganas saya tu :D
Jom sama-sama senyum ganas dengan saya setelah tengok gambar-gambar "crime scene" berikut >:D
Gambar bukti A
Gambar bukti B
Kemudian baru teringat, lupa nak amik gambar "before".
Nanti kalau bukti tak lengkap, kes tak cukup kukuh pula.
(tiba-tiba tukar mode dari Otomen ke CSI)
Nasib baik jumpa seekor yang masih tengah rilek-rilek macam takde pa pe yang dah berlaku.
Kekenyangan makan pucuk pokok limau kasturi I la tu! Eiii bebulu mata I tengok ulat bulu nih >:(
Jadi saksikanlah akibatnya :
Before
Ulat : Burpppp!!Alhamdulillah...la la la la laaaaa
After
Ulat : Erk..!!tak sempat mengucap...
Ni satu lagi contoh tauladan kepada ulat-ulat lain. Ingatlah orang yang tersayang yang menanti kepulangan anda :D
Jangan lupa yang di bawah daun juga :) (pesan En Iskandar TanamSendiri.com)
Akhir kata, terima kasih buat en. Adry Dedaun Alam dan En. Iskandar TanamSendiri.com atas perkongsian resepi "organic pest repellent" yang berkesan ini.
ulat daun nih mmg suke sgt serang pokok limau kasturi...agaknye sbb baunye yg wangi....pokok akak jadi tongel pon angkara perbuatan depa...last2 mati...sedey betul
ReplyDeleteIyer kak memang betul tu.Sampai ke hari ni hampir tiap-tiap hari saya masih kena "tembak-tembak" dorang ni,hoho.Tak tahu la sampai bila pokok saya dapat bertahan tapi setakat ni banyak lagi daunnya.Kena makan aje,saya cantas biar pucuk baru tumbuh ganti yang dah rosak.
DeleteBTW,terima kasih singgah sini :)