17 Ramadhan menjelma, dan kita pun mengimbau peristiwa yang besar maknanya bagi umat Islam zaman berzaman.Peristiwa Al-Quran dinuzulkan kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w.Sayangnya negeri Johor tak ambil tarikh ni sebagai cuti umum,jadi kena kerja macam biasa.Tadi dalam perjalanan dari tempat kerja ke nursery,sempat dengar perkongsian ilmu mengenai kebesaran mukjizat al-Quranul qarim ni.Alhamdulillah,jadi terapi minda dalam keserabutan yang melanda hati.
Sepatutnya hari ni saya dedicate untuk entri Warna-warni hari Jumaat.Minggu lepas terlupa snap gambar,hari ni tergendala lagi.Ada cerita disebaliknya yang saya ingin kongsi..
Sejak dari beberapa,ujian demi ujian didatangkan pada saya.Saya harap ini adalah salah satu jalan maghfirah yang Allah mahu tunjukkan pada saya,kalau saya sabar dan redha :)
Alaaa...bukan dugaan yang besar sangat pun.Cuma mengguris hati saya jugala..
Sekadar flash back semula(bukan nak merungut atau mengomel dah macam semalam ye,minta maaf sangat-sangat semalam tu "angin" sikit...)
Masuk je bulan Ramadhan,ada makhluk perosak berkaki empat mula cari pasal nak start perang dengan saya.Memandangkan bulan puasa memang kita kesuntukan masa dan terkejar-kejar nak buat macam-macam kalau hari bekerja,tambah lagi tak banyak kederat sangat ni sejak dah agak tua hehe,kalau hari-hari kena jadi mbak cuci najis mereka memang naik angin la.Macam-macam ikhtiar dibuat nak halang makhluk-makhluk perosak ni.Minggu lepas dah melampau sangat saya "isytihar perang",cool down jugaklah lepas tu beberapa hari.Gembira la saya tak perlu jadi mbak cuci "jamban" dorang lagi.
Tapi semalam kerenah makhluk perosak ni memang bikin hati saya panas.Sebab dah masuk tahap "saje-saje mengacau" bila tetap buat onar kat tempat yang dah dihalang dan ditutup,malah atas simen carporch juga..
Hari ni,pasu semaian keratan batang pokok ati-ati yang telah ditutup dengan surat khabar pun dikerjakannya...namun Alhamdulillah,kerosakan tak banyak dan setakat itu je.
Tapi...rupa-rupanya ada MAKHLUK PEROSAK lain yang lagi merosakkan dari kucing-kucing.
Balik dari kerja dan ambil anak-anak dari nursery tadi,sampai saje ke rumah sebaik saje parking kereta kat luar pagar carporch kami,dah jadi tabiat saya sambil buka lock pagar mata akan jeling-jeling ke arah kanan...ke arah "penyejuk mata" saya yang ditanam dan dipamer.
Dan saya menyedari ada sesuatu yang tak kena.
Berderau darah saya.Percaya atau tidak,pasu pokok bunga Angel's trumpet saya dengan pokoknya dan self watering system DIY nya sekali satu set hilang!!!
Takde kat tempatnya!!
(saya letak antara pokok limau kasturi dan pokok bunga zinnia Elegan SPP,kalau perati gambar-gambar Zinnia Elegan SPP saya yang tengah galak berbunga tu mesti perasan akan pokoknya)
Ya Allah..!Jatuh dalam longkang kah??
Saya terus jenguk ke dalam longkang.
(terbantut keja buka lock pagar)
Takde.
Tak mungkin hanyut sebab air tak dalam dan pasu tu berat.At least,patut ada kesan-kesan pokok tu kalau la jatuh sebenarnya.
Saya merenung kosong ke arah tempat asal pasu pokok bunga trumpet yang anggun tu berada...
Saya bukan nak menuduh,tapi saya dah tak dapat memikirkan kemungkinan lain lagi dah.
Di bulan Ramadhan yang mulia ini, ada insan berjiwa hitam yang sanggup buat dosa tempah tiket masuk neraka dengan mencuri sepasu pokok bunga kepunyaan orang lain yang diletakkan di depan pagar rumahnya...
Tak terkata saya beberapa minit.Terlupa pula anak-anak masih di dalam kereta,barang-barang belum diangkut ke dalam rumah,kunci pun belum saya buka lagi.
Dalam diam,rupanya ada yang memerhati dan meminati pokok bunga ni..tengok dan minatlah,saya tak kisah.Nak datang amik gambar dekat-dekat pun takpe.Tapi janganlah sampai diangkut balik macam ni...saya beli tau,bukannya dapat free.Kalau dapat free dihadiahkan oleh sesiapa sekalipun,pokok tu tetap adalah sesuatu yang berharga dan bermakna bagi saya.Jadi,kepada insan itu yang mungkin tak sempat nak berfikir waras masa berkenankan pokok bunga Angel's Trumpet saya,anda tetap TIADA HAK untuk mengambilnya.
Bila myKanda balik,mengadulah sang isteri sambil menitik jugak setitis dua air mata di bahu sang suami!
Sedih wooo...rasa macam anak kena culik ngan penjahat,uhuhuhuuuu :'(
Minta myKanda pujuk saya,tolong gantikan balik pokok yang dicuri.MyKanda tanya harganya dan beli di mana.Saya jawab jujur,beli kat nursery Gajah dengan harga RM18.
Mahal!kata myKanda dan terus tak jadi nak berjanji untuk tolong ganti,sobsobsobssss.
Mana saya tak sayang,sejak saya bawak balik dan walaupun setelah saya tahu kemungkinan pokoknya beracun dan bahaya pada kami semua,tapi saya belai hari-hari siap set up self watering DIY lagi kot-kot tak sempat nak siram pagi-pagi nak gi kerja.
Hari-hari perhatikan perkembangannya.Pruning daunlah,letak baja lah..bercakap-cakap dengan dia minta maaf sebab macam abaikan dia bila sibuk dengan pokok-pokok lain.Minta dia berbunga lagi..then dia start keluarkan kudup-kudup bunga bergugus-gugus.Daun pun jadi cantik balik.Pastu yang saya paling perasan,pokoknya jadi lagi tinggi dan gemuk dari masa mula-mula beli.Saya dah berkira-kira nak transplant ke taman mini Sejambak,nak kasi dia lagi subur dan gembira.
Tak ku sangka...jodoh kami tak panjang :'(
Saat entri ni ditulis, sedih masih terasa dan ada kesalan di hati dengan perbuatan insan yang tak bertanggungjawab yang tak ketahuan siapa dan di mana tempat tinggalnya tu.
Takpe lah,saya redha dengan kehilangan ni dan terima sebagai ujian dari Allah untuk mengingatkan saya.Pasti ada hikmah yang belum saya sedari lagi.
Namun ketahui lah,jangan disangka bila kita menganiaya orang kita ingat kita boleh harapkan kemaafan daripadanya sesenang itu.Huhuhu...saya cuma insan biasa :'(
nampak macam bunga alamanda... beracun ya! tak tahu pula.. memang cantik bila berbunga... sesame sedih bila baca entri ni.. akak pun sedih juga sebelum puasa hari tu.. pokok pecah beling cantik berbunga kering mering sebab overhaul kebun oleh insan tersayang..
ReplyDeleteSalam kak Mar,
DeleteBentuk bunga macam alamanda,tapi daunnya macam angel's trumpet.
En Pakis supervisor nurseri tu panggil pokok bunga Angalima
(ke angelina,dah try gugel dua-dua tapi no info).
Sepatutnya saya guna istilah bertoksik bukan beracun,baru
tepat kot hehe.
Kita sama-sama bersabar ye Kak Mar...tengok pokok kat laman
orang lain subur bahagia je tumbuh hidup,tapi bila sendiri
jadi tukang tanam rupa-rupanya mencabar sangat hobi ni,
banyak halangan dari banyak jenis faktor,huhu..patutla
Diana KBB tulis kat header dia,any form of gardening,patience
is the virtue =)