Sebenarnya walaupun hati panas,tapi bila tengok tanaman kita sihat-sihat,segar bugar,malah ada hasil,senyum akan menguntum semula di bibir kan?Pada saya yang baru berkecimpung secara aktif dalam bertanam ni,bunga yang biasa-biasa pun dan cukup menggembirakan hati :)
Nanti agaknya kalau tanam sawi menjadi,tanam bendi berbuah,tanam tomato lebat cantik,maunya melompat sakan saya bersorak-sorak kot.
Sekarang kat laman seciput saya ni Zinnia Elegan SPP tengah galak berbunga.Dari semalam lagi saya dah perasan,cerianyaaa bunga-bungaan ni mekar depan pagar carporch kami.Cuma semalam tak sempat snap gambar hari dah gelap.
Hari ni apalagi,layan cuci mata sepuas-puas hati laa :D
| bunga-bunga Zinnia yang menceriakan suasana |
| Warna terang yang menarik |
Kat dalam taman mini Sejambak tiang letrik TNB tu (eh,dah combine pulak),ada sesuatu yang agak menakjubkan sedang "work in progress".
| Adakah saya salah tengok,atau memang pokok Zinnia cilik tak sampai 7cm pun ni dah mula mengeluarkan kudup bunga?Gambar bertarikh 20 Julai lepas. |
| Perkembangan hari ni 25 Julai..macam dah mula mekar?? |
Dalam gambar tak nampak jelas,tapi anak panah merah tu tunjukkan 4 helai kelopak...ada kaler macam peach atau pink,tapi tak terang sangat.Kat tengah-tengah kelopak ada bahagian yang macam bahagian tengah bunga Zinnia tapi kecil dan tak terbuka semua lagi.
Saya tak sabar-sabar nak tengok perkembangan seterusnya.
Caesars Palace, Casino, and Gambling Hall - Dr.MD
ReplyDeleteHarrah's Hotel & Casino · Hotel. 777 Harrah's 김포 출장마사지 Blvd Las Vegas, NV 89109. 논산 출장마사지 Phone: (702) 770-7000. Website: 인천광역 출장샵 www.caesarspalace.com. Website: www.caesarspalace.com. 충주 출장샵 Website: 서귀포 출장안마 www.caesarspalace.com.