Bleeding Heart by Shabbyblog

Saturday, 13 July 2013

Taman mini tiang letrik TNB

~ Assalamualaikum ~

Bermula dari awal pertengahan bulan May,saya mula cuba "mengerjakan" area tanah rizab tiang letrik TNB.Selama ni sangat bersemak-samun.Dah lama mata saya berbulu melihatnya.Dah la laman saya tak bertanah,tanah sekangkang kera ni pun kena konker ngan tiang letrik dan rumput-rampai.Sejak memulakan aktiviti bertanam hujung April aritu,jiwa "tukang kebun" saya tak dapat memaafkan situasi ni,hehe.

Maka saya pun mulakan "pencerobohan" saya :D

Mula-mula saya tanam pokok bunga telang.Saya clearkan area tanah tu dalam sebesar pinggan je.Masa tu tak sempat sesangat,tapi tersangat excited nak tanam benih telang yang dibeli dari Diana KBB.

Pastu,ada peristiwa Ops Potong pulak.Weekend tu terus merumput area tiang TNB tu.Masa tu buat cara manual,pakai tangan aje.Buat 1/3 area je kena stop sebab hujan turun.Esoknya beli pagar hiasan plastik jenama Baba,ada masa lapang pasang keliling area tu sikit-sikit.In the end tak cukup,dapat cover 2/3 area ajek.

Area tiang letrik TNB 11 Jun...penghuninya cuma ros jepun TanamSendiri.com/Hospital Sultanah Aminah dan pokok bunga telang

Pokok bunga telang 3 beradik yang nyaris "terkorban" masa "Ops Potong" hujung bulan Mei lepas

Bila jiran sebelah yang kongsi sempadan area tiang letrik TNB nampak perubahan area tu,mereka suami isteri gembira dan puji-puji saya,padahal usaha saya tak seberapa pun,eceh :D
Saya ambil kesempatan tu minta kebenaran mereka nak usahakan area tu.Mereka pun ada tanam sepokok buluh madu.Alhamdulillah kebenaran diterima,bertambah-tambah semangatlah saya nak transform area tiang letrik tu jadi taman mini.

Akhirnya selepas 2 bulan,saya dah boleh jamu mata tengok area tiang letrik TNB tu tiap-tiap kali balik kerja dan sepanjang berada kat rumah.Hati pun kembang semacammm jek,mulut pun tersenyum-senyum bila ada jiran-jiran lain tegur,apatah lagi kalau jiran sebelah Kak M & Abang Z.Sebab mereka laa yang paling gembira tengok area ni.Saya pastilah bahagia sebab dapat menggembirakan jiran terdekat saya ni.Apatah lagi, pokok bunga telang pun dah mula belajar berbunga.Dapat la saya share ngan mereka juga.Kak M pernah ambil 3 kuntum nak cuba buat teh bunga telang campur perahan limau lepas saya ceritakan serba sedikit pasal bunga telang ni,harapnya dia suka :)


Saya namakannya...Taman Mini Sejambak :) tapi bantai panggil taman mini tiang letrik TNB,glamer sket guna nama TNB
Ni pun belum siap sepenuhnya sebab ada beberapa jenis pokok lagi saya belum dapat tanam.Ada yang sedang dicari,ada yang sudah dapat dikesan cuma belum dipesan,ada yang baru disemai.Sekarang ni yang merimbun kat sini cuma pokok bunga telang,ros jepun,Cosmos,buluh madu,rain lily,longan ping pong dan ada sejenis pokok lanskap yang saya tak tau namanya.Kucing suka datang kacau tempat ni buat jamban,sebab tu ada lidi satay la ranting pokok la bongkah bata la blok kayu la nampak serabut sikit,tapi sila abaikan :)

Disebabkan saya tak buat planning betul-betul masa start projek taman mini ni,sejak diusahakan dah 3,4 kali jugak la buat make over,terutamanya alihkan ros jepun sebab lepas En. Iskandar TanamSendiri.com buat entri pasal patch depan rumahnya,baru terfikir sepatutnya kena rework tanah area ni dulu biar tinggi sikit dari aras kaki tiang letrik ni baru tanam pokok.Tu yang kena alihkan ros jepun tiap kali saya tambun tanah-tanah yang dibeli dari nursery,kalau tak tertimbus pula si kecik comel tu semua.Saya buat sikit-sikit sebab tak sempat,lagipun banyak lagi pasu yang perlu disediakan jadi banyak guna tanah juga,kena share-share.

Pagar mini warna coklat dan putih tu jenama Baba,beli kat nursery separuh dan kat kedai hardware separuh masa kedai tu buat sale minggu ni.Takde la mahal sangat kosnya.Pagar bunga tu pulak beli kat Mr. DIY Tesco Plentong.Kebetulan pagar-pagar mini tak cukup 1pc je lagi untuk pagar area ni.Takkan nak beli sebungkus lagi kot(sebungkus ada 5pcs).Masa pergi Mr. DIY semalam,berkenan pulak kat pagar corak bunga ni.Sambar satu letak kat depan menghadap jalan.

Nak tunggu taman mini dipenuhi warna-warni bunga kembang mekar,kena sabar sikit lagi.Maklumlah,tak semua yang saya tanam kat sini saya beli yang dah besar siap berbunga.Insya Allah akan diupdate lagi pasal taman mini Sejambak kami ni :)

No comments:

Post a Comment

Harap dapat beri tunjuk ajar dan berkongsi ilmu dengan saya :)