Bleeding Heart by Shabbyblog

Showing posts with label Gardening Jurnal. Show all posts
Showing posts with label Gardening Jurnal. Show all posts

Saturday, 27 July 2013

Koleksi Foto Perkembagan Terkini : Tanaman Belaan

~ Assalamualaikum ~

Selalu sangat dah membebel kat blog, hari ni cuci mata je la sambil catat jurnal tanaman di laman seciput kami.

(ada sangat banyak gambar)


Friday, 26 July 2013

Tragedi 17 Ramadhan...

~ Assalamualaikum ~

17 Ramadhan menjelma, dan kita pun mengimbau peristiwa yang besar maknanya bagi umat Islam zaman berzaman.Peristiwa Al-Quran dinuzulkan kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w.Sayangnya negeri Johor tak ambil tarikh ni sebagai cuti umum,jadi kena kerja macam biasa.Tadi dalam perjalanan dari tempat kerja ke nursery,sempat dengar perkongsian ilmu mengenai kebesaran mukjizat al-Quranul qarim ni.Alhamdulillah,jadi terapi minda dalam keserabutan yang melanda hati.

Sepatutnya hari ni saya dedicate untuk entri Warna-warni hari Jumaat.Minggu lepas terlupa snap gambar,hari ni tergendala lagi.Ada cerita disebaliknya yang saya ingin kongsi..

Sejak dari beberapa,ujian demi ujian didatangkan pada saya.Saya harap ini adalah salah satu jalan maghfirah yang Allah mahu tunjukkan pada saya,kalau saya sabar dan redha :)

Alaaa...bukan dugaan yang besar sangat pun.Cuma mengguris hati saya jugala..sebut aje pun da nak nangis dah ni

Sekadar flash back semula(bukan nak merungut atau mengomel dah macam semalam ye,minta maaf sangat-sangat semalam tu "angin" sikit...)

Thursday, 25 July 2013

Bunga yang menambat hati


Sebenarnya walaupun hati panas,tapi bila tengok tanaman kita sihat-sihat,segar bugar,malah ada hasil,senyum akan menguntum semula di bibir kan?

Pada saya yang baru berkecimpung secara aktif dalam bertanam ni,bunga yang biasa-biasa pun dan cukup menggembirakan hati :)

Nanti agaknya kalau tanam sawi menjadi,tanam bendi berbuah,tanam tomato lebat cantik,maunya melompat sakan saya bersorak-sorak kot.

Tuesday, 23 July 2013

Terbelit sulur sendiri


~ Assalamualaikum ~

Menjelma sudah Ramadhan hari ke-14...pantas sungguh dirasakan hari-hari yang berlalu di bulan yang mulia ini.Tup tup,dah separuh perjalanan....sedangkan diri ini masih belum buat apa-apa "resetting" lagi..  :(

Tadi keluar sekejap ada hal,dalam perjalanan nampak bulan mengambang penuh cerah berseri-seri,sangat kontra dengan dada langit yang gelap pekat.Entah mengapa,tiap-tiap kali saya merenung bulan purnama,hati akan diterjah rasa rindu yang aaaaaaaamat sangat.Sampai boleh menangis teresak-esak akibat menanggung rindu yang tak ketahuan pada siapa itu (kisah benar berlaku pada saya masa remaja,sehinggakan disangka saya telah histeria).

Tuesday, 16 July 2013

Keratan Kemboja Bali

~ Assalamualaikum ~

Saya ada beli keratan batang bunga kemboja bali kuning putih dari Diana KBB lebih kurang sebulan yang lepas.

Diana bagi panduan seperti berikut yang saya praktikkan :

Saturday, 13 July 2013

Perkembangan Zinnia Elegan SPP

Zinnia yang saya tanam ni adalah Zinnia Elegan SPP berdasarkan description kat peket benih.Gambar kat peket benih adalah zinnia merah sahaja,tapi bila berbunga ada warna fuschia/pink juga.Saya suka je tak kisah pasal warnanya.Macam-macam mana pun saya sayang zinnia saya sebab ni lah tanaman yang mula-mula berhasil dari benih yang saya semai sendiri :)

Zinnia ke-3 sejak zinnia saya berbunga.Ada kudup bunga yang lain juga :)

Taman mini tiang letrik TNB

~ Assalamualaikum ~

Bermula dari awal pertengahan bulan May,saya mula cuba "mengerjakan" area tanah rizab tiang letrik TNB.Selama ni sangat bersemak-samun.Dah lama mata saya berbulu melihatnya.Dah la laman saya tak bertanah,tanah sekangkang kera ni pun kena konker ngan tiang letrik dan rumput-rampai.Sejak memulakan aktiviti bertanam hujung April aritu,jiwa "tukang kebun" saya tak dapat memaafkan situasi ni,hehe.

Maka saya pun mulakan "pencerobohan" saya :D

Friday, 12 July 2013

Warna-warni Jumaat Minggu ini 12/7/2013

Kak L officemate saya adalah orang yang suka melayan saya bercerita hal berkebun.Dia ada request saya ambik gambar terbaru pokok-pokok yang ada di laman saya.Teringatkan hal tersebut,sebelum pulang ke office semula saya snap beberapa gambar pokok yang ada berdekatan.Boleh buat sebagai entri warna-warni Jumaat minggu ni :D


Bunga Raya saiz XXL warna kuning-red "throat" saya mekar sekuntum hari ni,gorgeous! :D

 Ros jepun dalam pasu gantung,sangkut kat pagar :p
Close up sikit :D
Meriah!Jarang dapat kesempatan jamu mata macam ni




Cantik!Terfikir...kalau ada warna putih menyelit-nyelit pasti tambah seri :)



Kuntuman ke-3 Zinnia yang mekar sejak pandai berbunga.Warna merah pula :)


Oppss!Pokok bunga kuning kecik saya hampir garing!Terlupa nak siram pagi tadi :'(

Harapnya tak mati laa...adusss cemana leh terlupa nih.Saya siram sikit air sebelum balik ke ofis,nak siram lebih-lebih takut mati terkejut pula...

Saturday, 6 July 2013

Penghapus Serangga Organik Nyata Berkesan

~ Salam Alaik ~

3 hari lepas, saya beli sejenis racun organik jenama Baba dari kedai hardware berdekatan rumah saya yang kebetulan tengah buat sale.

2 hari lepas, saya sembur pada pokok limau kasturi saya apabila saya mendapati telur-telur ulat yang saya sembur dengan cecair campuran sabun dan minyak masak, telah menetaskan ulat-ulat kecik yang sihat :(
Ulat-ulat tu mungkin baru sahaja menetas sebab belum ada lagi kesan daun yang dimakan.

Tapi semalam, ulat-ulat kecik tu telah jadi semakin besar dan daun-daun limau kasturi yang saya sayang dan belai setiap hari sehingga galak berpucuk hijau muda segar, telah rompong di sana sini akibat di"kenduri"kan oleh makhluk-makhluk bertanduk ni.

Saya menjadi sangat marah seperti Otomen ketika menghadapi resaksa yang menyerang bumi Jepun >:(

Lalu, saya capai botol cecair campuran sabun dan minyak masak, menyilangkan kedua-dua tangan di dada gaya Otomen dan... FIRE!!!!!!shoot shoot shooooootttt

Dan kemudian saya tersenyum puas melihat akibat perbuatan ganas saya tu :D

Jom sama-sama senyum ganas dengan saya setelah tengok gambar-gambar "crime scene" berikut >:D

Gambar bukti A
 
Gambar bukti B

Kemudian baru teringat, lupa nak amik gambar "before".
Nanti kalau bukti tak lengkap, kes tak cukup kukuh pula.
(tiba-tiba tukar mode dari Otomen ke CSI)

Nasib baik jumpa seekor yang masih tengah rilek-rilek macam takde pa pe yang dah berlaku.
Kekenyangan makan pucuk pokok limau kasturi I la tu! Eiii bebulu mata I tengok ulat bulu nih >:(

Jadi saksikanlah akibatnya :

Before
Ulat : Burpppp!!Alhamdulillah...la la la la laaaaa

After
Ulat : Erk..!!tak sempat mengucap...

Ni satu lagi contoh tauladan kepada ulat-ulat lain. Ingatlah orang yang tersayang yang menanti kepulangan anda :D

Jangan lupa yang di bawah daun juga :) (pesan En Iskandar TanamSendiri.com)

Akhir kata, terima kasih buat en. Adry Dedaun Alam dan En. Iskandar TanamSendiri.com atas perkongsian resepi "organic pest repellent" yang berkesan ini.


Friday, 5 July 2013

Warna-warni Petang Jumaat

~ Salam alaik ~

Damainya hati apabila kepulangan disambut warna-warna ceria bunga-bungaan yang kembang di laman setelah seharian berjauhan dari baiti jannati(rumahku syurgaku).

Penat dan stress pun berkurangan dan menjauh, kegembiraan bertambah dan ketenangan menjengah ke kamar hati :) wah wah wahhh cam berpuisi lak.

Sekadar coretan kenangan sementara bunga-bunga kesayangan masih subur, sihat dan gembira.

Bunga raya size M warna putih "red throat", beli kat nursery di Sg. Buloh hari tu :)
Yang warna kuning tak de yang mekar hari ni.

Berikut adalah warna-warna Dianthus dari 2 pasu kecil yang dibeli dari nurseri kat Sg. Buloh.









 

 Bunga HSM
 

Rupa-rupanya si Melur a.k.a Jasmine ada dua kuntum yang kembang hari ni,tapi dah gugur ke daun mungkin sebab hujan lebat yang turun petang tadi

Saya masih tak tahu nama bunga ni lagi. Kembang yang pertama semenjak dibawa pulang dari nursery di Sg. Buloh

Zinnia pink yang masih mekar :) 

Zinnia merah yang makin menguncup.Lama mekarnya, sejak minggu lepas lagi :) 

Bunga Angel's Trumpet tinggal sekuntum ni je kat pokok,yang lain dah gugur. Kalau yang ni gugur nanti, entah bila baru dapat tengok bunganya yang baru. Mekarnya cuma sebentar.

 Cosmos oren terang, kultivarnya masih belom sempat check :D
Tinggal yang ni je tengah mekar, yang lain macam yang interframe kat background tu dah layu.
Nak kena check cara kumpul benihnya pula, sayang nanti bunga yang dah layu jadi sia-sia.

 Cosmos warna oren "two-tone",hehe. Perhatikan yang kat tengah-tengah tu pun lain dari Cosmos oren terang kat atas,padahal kedua-dua bunga dari pokok dalam polybeg yang sama. Mungkin ada 2 pokok dalam satu polybeg tapi saya tak perasan. Bila ambil gambar macam ni baru perasan :) Bagus juga amalan merekod dengan gambar ni kan.

 Satu-satunya bunga telang yang kembang hari ni. Pokok bunga telang saya masih sedang belajar berbunga. Tiap-tiap kali berbunga saya kutip pada petangnya sebab ikut petua Diana KBB agar pokoknya makin galak berbunga.

Akhir sekali, warna yang "rustic" sikit dari bunga melur yang sudah layu di pokoknya.Bunga melur yang berlapis-lapis macam bunga ros ni, yang kembang pada malam saya "angkut" pulang dari nursery di Sg. Buloh. Haruman semerbaknya pada malam tu tak kalah dengan bunga HSM dari dua pokok yang tengah kembang juga. Saya petik bunga yang makin layu ini, mungkin amalan "dead heading" akan membantu dan menggalakkan ia terus berbunga.

Saturday, 15 June 2013

Progress 14/6/13

Sengkuang, 5 minggu
Zinnia, dah 6 minggu kot.Yang kecik-kecik kat pangkalnya tu belum
 
Zinnia,tanam lebih kurang timing sama dengan zinnia kat atas.Tapi tak besar-besar macam bantut.Tanah yang digunakan tak sama dengan zinnia kat atas.Ada semaian baru tengah tumbuh tak sampai seminggu lagi.
 


Ni tak ingat dah sayur apa,tabur benih kat pasu panjang ni tapi terlupa sebab tak tanda,bila ingat balik masa tu dah tanam sengkuang & bawang putih kat sini.Ingatkan benih-benih tu takkan hidup,tapi dalam 2 @ 3 minggu selepas ditabur,bercambah pula dan cepat membesar.Tak sempat nak alih lagi.Suspek utama adalah sayur salad atau cabbage sugarloaf.



Ni pun sama.dalam pasu panjang,sebelah bawang putih.penah kena kacau dengan kucing,tapi hidup dan membesar.



Sama juga dengan yang kat atas tadi.Dalam pasu panjang sebelah bawang merah saiz besar yang malu-malu tak bertunas.



Ni pun kes sama.Tapi yang ni paling subur membesar,bandingkan saiznya dengan yang lain.Agaknya sebab dia tumbuh kat tengah-tengah pasu antara 2 biji bawang merah saiz besar tu,tempat strategik.yang lain kat ceruk-ceruk...kesian.nak kena transplant gak nih yang lain-lain tu.Yang ni saya buat self watering system untuk dia memandangkan sekarang setiap hari cuaca panas terik.Pilih kasih ek?



Cambahan bunga butang biru yang menjadi kesayangan sekarang :) petang semalam dah sujud ke bumi,nak nangis saya tengok.tapi berkat kesabaran menyiram,hari ni tegak berdiri semula.kental semangat si kecik ni,sebab tu ibu sayang :D



 Benih herba Garden Watercress Curled pun macam dah bercambah.nampak tak cinonet jek sepasang daun hijau tuh?harap cambahan 9 biji benih yang lain pun akan tunjukkan muka juga :)


Cambahan Cosmos Caudatus(4 batang di belakang) dan Zinnia profusion mix (6 batang di depan).Asalnya semai dalam kotak tisu,esoknya kena hujan lebat,kotak tisu terus terbarai masa cuba dialihkan.takut nanti benih-benih jatuh atau hilang atau rosak,saya biarkan aje sampai bercambah.Nanti esok lusa nak transplant dalam pasu :)

Setakat ni itu eje...kot.tapi bila pikir-pikir balik,macam terlupakan sesuatu..oopsss..mana pokok bunga telang 3 bersaudara dan ros jepun 5 sekawan?terlupa daaaa.Maafkan ibu f('-';

Sunday, 9 June 2013

Semai Benih 7/6/2013

<Catatan ini adalah nota untuk rujukan peribadi>


Benih-benih yang disemai pada malam ini (hampir tengah malam) :

1. Bunga,Cornflower Blue Bottle Double Blue : 6 biji. Dijangka bercambah : tak tau
2. Bunga,Sweet Pea Fragrantissima : 3 biji. Dijangka bercambah selepas 10 ~ 21 hari.
3. Bunga,Sweet William Double Mixed : =<10 biji. Dijangka bercambah selepas 7 ~ 14 hari.
4. Buah,Capegooseberry : 3 biji?tak ingat. Dijangka bercambah selepas 21 hari.
5. Herba,Majoram Medicinal : 10 biji. Dijangka bercambah : lambat.
6. Herba,Garden Watercress Curled : 10 biji. Dijangka bercambah selepas 3 ~ 4 minggu.
* Biji benih didapati dari Miruku's Garden , blog jual benih yang sangat lovely =)
Benih Sweet William Double Mixed (Dianthus) adalah benih percuma untuk belian 5 paket benih.
Benih percuma adalah pilihan pembeli sendiri, that's the reason why I highly recommend Miruku's Garden.
Terima kasih Miruku san <3

Benih dari Miruku's Garden


7. Bunga,Cosmos Caudatus : 5 biji. Dijangka bercambah selepas 7 ~ 14 hari.
8. Bunga,Zinnia Profusion Mix : <10 biji. Dijangka bercambah : selepas 2 ~3 hari atau secepat mungkin.
9. Bunga,Zinnia Profusion Yellow : tak ingat(random). Dijangka bercambah : selepas 2 ~3 hari atau secepat mungkin.
10. Sayur,Red Capsicum : 3 biji. Dijangka bercambah : tak tau.
* Biji benih adalah benih kongsi dari Kak Lynn , senior gardener yang sangat murah hati dan selalu share benih-benih pokoknya.
Saya sangat bertuah sebab Kak Lynn sudi berkongsi dengan saya walau pertama kali berkenalan =)
Terima kasih Kak Lynn <3


Benih dari Kak Lynn "Growing and Being"