Bleeding Heart by Shabbyblog

Showing posts with label Bunga Angel's Trumpet. Show all posts
Showing posts with label Bunga Angel's Trumpet. Show all posts

Friday, 26 July 2013

Tragedi 17 Ramadhan...

~ Assalamualaikum ~

17 Ramadhan menjelma, dan kita pun mengimbau peristiwa yang besar maknanya bagi umat Islam zaman berzaman.Peristiwa Al-Quran dinuzulkan kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w.Sayangnya negeri Johor tak ambil tarikh ni sebagai cuti umum,jadi kena kerja macam biasa.Tadi dalam perjalanan dari tempat kerja ke nursery,sempat dengar perkongsian ilmu mengenai kebesaran mukjizat al-Quranul qarim ni.Alhamdulillah,jadi terapi minda dalam keserabutan yang melanda hati.

Sepatutnya hari ni saya dedicate untuk entri Warna-warni hari Jumaat.Minggu lepas terlupa snap gambar,hari ni tergendala lagi.Ada cerita disebaliknya yang saya ingin kongsi..

Sejak dari beberapa,ujian demi ujian didatangkan pada saya.Saya harap ini adalah salah satu jalan maghfirah yang Allah mahu tunjukkan pada saya,kalau saya sabar dan redha :)

Alaaa...bukan dugaan yang besar sangat pun.Cuma mengguris hati saya jugala..sebut aje pun da nak nangis dah ni

Sekadar flash back semula(bukan nak merungut atau mengomel dah macam semalam ye,minta maaf sangat-sangat semalam tu "angin" sikit...)

Friday, 5 July 2013

Warna-warni Petang Jumaat

~ Salam alaik ~

Damainya hati apabila kepulangan disambut warna-warna ceria bunga-bungaan yang kembang di laman setelah seharian berjauhan dari baiti jannati(rumahku syurgaku).

Penat dan stress pun berkurangan dan menjauh, kegembiraan bertambah dan ketenangan menjengah ke kamar hati :) wah wah wahhh cam berpuisi lak.

Sekadar coretan kenangan sementara bunga-bunga kesayangan masih subur, sihat dan gembira.

Bunga raya size M warna putih "red throat", beli kat nursery di Sg. Buloh hari tu :)
Yang warna kuning tak de yang mekar hari ni.

Berikut adalah warna-warna Dianthus dari 2 pasu kecil yang dibeli dari nurseri kat Sg. Buloh.









 

 Bunga HSM
 

Rupa-rupanya si Melur a.k.a Jasmine ada dua kuntum yang kembang hari ni,tapi dah gugur ke daun mungkin sebab hujan lebat yang turun petang tadi

Saya masih tak tahu nama bunga ni lagi. Kembang yang pertama semenjak dibawa pulang dari nursery di Sg. Buloh

Zinnia pink yang masih mekar :) 

Zinnia merah yang makin menguncup.Lama mekarnya, sejak minggu lepas lagi :) 

Bunga Angel's Trumpet tinggal sekuntum ni je kat pokok,yang lain dah gugur. Kalau yang ni gugur nanti, entah bila baru dapat tengok bunganya yang baru. Mekarnya cuma sebentar.

 Cosmos oren terang, kultivarnya masih belom sempat check :D
Tinggal yang ni je tengah mekar, yang lain macam yang interframe kat background tu dah layu.
Nak kena check cara kumpul benihnya pula, sayang nanti bunga yang dah layu jadi sia-sia.

 Cosmos warna oren "two-tone",hehe. Perhatikan yang kat tengah-tengah tu pun lain dari Cosmos oren terang kat atas,padahal kedua-dua bunga dari pokok dalam polybeg yang sama. Mungkin ada 2 pokok dalam satu polybeg tapi saya tak perasan. Bila ambil gambar macam ni baru perasan :) Bagus juga amalan merekod dengan gambar ni kan.

 Satu-satunya bunga telang yang kembang hari ni. Pokok bunga telang saya masih sedang belajar berbunga. Tiap-tiap kali berbunga saya kutip pada petangnya sebab ikut petua Diana KBB agar pokoknya makin galak berbunga.

Akhir sekali, warna yang "rustic" sikit dari bunga melur yang sudah layu di pokoknya.Bunga melur yang berlapis-lapis macam bunga ros ni, yang kembang pada malam saya "angkut" pulang dari nursery di Sg. Buloh. Haruman semerbaknya pada malam tu tak kalah dengan bunga HSM dari dua pokok yang tengah kembang juga. Saya petik bunga yang makin layu ini, mungkin amalan "dead heading" akan membantu dan menggalakkan ia terus berbunga.

Wednesday, 3 July 2013

"Anak-anak" ditinggal "Ibu"

Salam alaik :)

Malam nak bertolak ke KL, risau sungguh hati nak tinggalkan "anak-anak" walaupun untuk sehari cuma.Oh hati Ibu sungguh berat sekali...macam-macam bermain di fikiran.Nanti kucing datang kacau la...serangga perosak bermaharajalela la..."anak-anak" kehausan la..."anak-anak" rindu "ibu" la.

Agak mengarut tak? :)

Saya dah cuba set up kan self-watering untuk kebanyakan pokok-pokok yang ditanam dan dibela,tapi ada juga yang tak sempat siapkan.Sebelum masuk kereta dan bertolak, sempat lagi tu terbongkok-bongkok refill semua bekas air self watering. Yang ditanam kat tanah area tiang elektrik,saya siram lagi sekali sampai lencun.

Jaga diri sendiri ye..harapnya takde apa-apa berlaku.(pesan saya dalam hati).

Mmuahh Zinnia..mmuahh ros jepun semua.. (over la pulak)

Sempat juga berdoa, semoga Allah mengasihani tanaman-tanaman ini lalu menurunkan hujan rahmat :)

Tengah malam tadi,sampai je depan rumah,saya yang jadi driver terus turun dan jenguk "anak-anak".

Beginilah keadaan mereka...gambar diambil pagi tadi bila dah cerah.

Dua beradik ni hampir terbongkah,malam tadi runduk hampir menyapu lantai simen.Pagi ni saya sanggakan supaya tegak semula.

Angel's Trumpet pun sama nasibnya.Dah tak tegak macam mula-mula "adopt"


Yang kecik-kecik ni lagi kesian..alas dalam kereta yang saya jemur dipagar diterbangkan angin dan menghempap pasu mereka.Habis kena "penyek" tapi kagumnya,semua sihat dan segar :)

Dari keadaan tanah sekitar yang basah dan hasil interview jiran, tahulah saya yang hujan rahmat betul-betul turun,malah mencurah-curah dengan angin kuat sampai terbang pula alas kaki dalam kereta yang saya jemur di pagar,haha.

Alhamdulillah,walaupun ada sedikit "casualties" seperti di atas,keadaan yang lain-lain cukup membahagiakan. Segar dan sihat sangat-sangat.Pagi tadi tak perlu siram pun tak apa,tanah sangat moist malah agak basah. Subhanallah..sesungguhnya Allah Maha Mendengar, walaupun cuma doa seorang "ibu" untuk "anak-anaknya",tapi telah dimakbulkan,InsyaAllah.

Allahuakbar! :)


Anak pokok Zinnia ada yang hampir terbongkah nampak akar,tapi yang lain-lain kelihatan segar gembira dan makin besar.Ros jepun pun makin gemuk dan sihat :)