~ Assalamualaikum ~
Selalu sangat dah membebel kat blog, hari ni cuci mata je la sambil catat jurnal tanaman di laman seciput kami.
(ada sangat banyak gambar)
Bleeding Heart by Shabbyblog
Showing posts with label Bunga Ros Jepun/Portulaca Grandiflora. Show all posts

Saturday, 27 July 2013
Tuesday, 23 July 2013
Terbelit sulur sendiri
Menjelma sudah Ramadhan hari ke-14...pantas sungguh dirasakan hari-hari yang berlalu di bulan yang mulia ini.Tup tup,dah separuh perjalanan....sedangkan diri ini masih belum buat apa-apa "resetting" lagi.. :(
Tadi keluar sekejap ada hal,dalam perjalanan nampak bulan mengambang penuh cerah berseri-seri,sangat kontra dengan dada langit yang gelap pekat.Entah mengapa,tiap-tiap kali saya merenung bulan purnama,hati akan diterjah rasa rindu yang aaaaaaaamat sangat.Sampai boleh menangis teresak-esak akibat menanggung rindu yang tak ketahuan pada siapa itu (kisah benar berlaku pada saya masa remaja,sehinggakan disangka saya telah histeria).
Saturday, 20 July 2013
Ros Jepun warna Peach!
~ Assalamualaikum ~
Entri untuk hari ni dimulakan dengan si jelita yang baru saya jumpa tadi, ros jepun kaler peach!
Sangat excited bila ternampak si peach ni tengah mekar comel mendongak matahari.Mula-mula ingat salah tengok.Tengah sibuk menyiram pagi tadi kat taman mini tiang letrik TNB,terpaku sejenak usha si jelita nih.Biar betul...kaler yang saya idam-idamkan!Alhamdulillah..tak sangka dah ada di genggaman saya.Sukanyaaa!

Saturday, 13 July 2013
Ros Jepun dari TanamSendiri.com
Masa kembang yang mula-mula dulu tak perasan lagi.Tapi makin lama makin ketara saiznya.Dah la spesisnya pun macam tak sama dengan ros jepun yang lain yang ada di laman saya ni.Kalau perati betul-betul,kelopaknya macam bentuk "love" :D
Tiap-tiap kali "terserempak" dengan ros jepun ni tengah mekar bahagia,pasti saya terpegun dan terpesona.Warnanya biasa-biasa saja,tapi saiznya tu...magnificient!Masa ambik gambar ni saya tak terpikir nak comparekan,tapi saya rasa sama atau lebih kurang saiz syiling 50sen.

Taman mini tiang letrik TNB
~ Assalamualaikum ~
Bermula dari awal pertengahan bulan May,saya mula cuba "mengerjakan" area tanah rizab tiang letrik TNB.Selama ni sangat bersemak-samun.Dah lama mata saya berbulu melihatnya.Dah la laman saya tak bertanah,tanah sekangkang kera ni pun kena konker ngan tiang letrik dan rumput-rampai.Sejak memulakan aktiviti bertanam hujung April aritu,jiwa "tukang kebun" saya tak dapat memaafkan situasi ni,hehe.
Maka saya pun mulakan "pencerobohan" saya :D

Friday, 12 July 2013
Warna-warni Jumaat Minggu ini 12/7/2013
Kak L officemate saya adalah orang yang suka melayan saya bercerita hal berkebun.Dia ada request saya ambik gambar terbaru pokok-pokok yang ada di laman saya.Teringatkan hal tersebut,sebelum pulang ke office semula saya snap beberapa gambar pokok yang ada berdekatan.Boleh buat sebagai entri warna-warni Jumaat minggu ni :D
Close up sikit :D
Harapnya tak mati laa...adusss cemana leh terlupa nih.Saya siram sikit air sebelum balik ke ofis,nak siram lebih-lebih takut mati terkejut pula...
| Bunga Raya saiz XXL warna kuning-red "throat" saya mekar sekuntum hari ni,gorgeous! :D |
| Ros jepun dalam pasu gantung,sangkut kat pagar :p |
| Meriah!Jarang dapat kesempatan jamu mata macam ni |
| Cantik!Terfikir...kalau ada warna putih menyelit-nyelit pasti tambah seri :) |
| Kuntuman ke-3 Zinnia yang mekar sejak pandai berbunga.Warna merah pula :) |
| Oppss!Pokok bunga kuning kecik saya hampir garing!Terlupa nak siram pagi tadi :'( |
Harapnya tak mati laa...adusss cemana leh terlupa nih.Saya siram sikit air sebelum balik ke ofis,nak siram lebih-lebih takut mati terkejut pula...
Kiriman 1 Ramadhan..Jom Tanam Bunga!
~ Assalamualaikum ~
Sebenarnya semalam ada kiriman anak pokok dan keratan melalui pos laju sampai ke rumah.My mistake.Sepatutnya saya kasi alamat tempat kerja tapi tak sangka pulak, dipos hari Rabu hari Khamis dah boleh sampai sini.Biasanya delivery dari Diana KBB atau En.Is Tanamsendiri.com pun akan ambil masa lebih kurang 2 hari via poslaju.
So hari ni kena pegi amik kat pusat Poslaju lah.Nasib baik la Jumaat,tengah hari rehat lama jadi dapat la beratur dengan tenang kat Poslaju.Poslaju kat sini memang banyak pengguna tapi tempatnya kecik,tak padan sebagai pusat Poslaju bagi daerah sini.Dah la 2 kaunter aje,pekerjanya pulak selalu ada seorang ah-kak ni je so kaunter satu lagi kiranya tak digunakan sangat.Patutnya ada 1 kaunter untuk delivery 1 kaunter untuk pick up kan?Huh belasah aje lah.Masa saya sampai memang dah penuh lah dengan orang ramai,saya ni ngam-ngam jek depan pintu kat bahagian dalam kalau tak memang kena berpanas beratur kat luar ler.Bayangkan dari kaunter tak sampai 10 orang beratur dah cecah pintu masuk,hoho.
Akhirnya dapat jugak saya pick up parcel saya.Cuba buka sikit kat dalam kereta.Tu dia..berterabur tanah jatuh atas seat,haha.Panik saya bila tengok kat dalam tu,anak-anak pokok dah agak kecut!Saya raba-raba,takde bekas membaluti bahagian akar pokok-pokok tu macam Diana KBB buat kalau hantar anak pokok.Biasa Diana KBB akan guna bekas recycle seperti kotak minuman yang dipotong dua,masukkan sedikit tanah tutup bahagian akar pokok dan kasi lembap tanah tu,kemudian bahagian bawah kotak Diana akan cover dengan tisu basah lagi.Jadi,pokok akan tetap segar bila sampai ke destinasi.
Ingat nak rushing balik rumah kejap,tapi saya singgah ke kedai jimat beli pasu-pasu untuk anak pokok dan keratan batang yang baru dapat ni.Beli pasu plastik je sebab murah dan ringan untuk alih-alih :)
Esok confirm tak sempat nak beli,kalau tak beli sekarang nanti tertangguh kerja-kerja menanam.Pasu kat kedai jimat ni lagi murah dari beli kat nurseri,setakat ni saya puas hati dengan kualitinya.
Sampai rumah dah dekat pukul 2,lagi setengah jam kena masuk ofis balik.Cepat-cepat isi air dalam baldi kecik dan rendam keratan-keratan dan pokok.Bila dibuka semua,rupanya banyakkk sangat isi kat dalam!Subhanallah...baiknya hati Kak Yah..hati saya tersentuh.Keratan ros jepun juga hampir secekak.Banyak tuh!Kalau dikira,tak padan dengan harga yang saya bayar sebanyak tu cuma..saya betul-betul tak sangka Kak Yah begitu bermurah hati.
(sorry,lupa nak ambil gambar..)
Ya,kali ni saya order dari Kak Yah Jom Tanam Bunga.Ceritanya begini..sejak saya terpandangkan gambar bunga susun kelapa kat blog Jom Tanam Bunga,hati saya dah tertawan.Tambah lagi bila dapat tahu bunganya wangiiiiii!Mula-mula saya tangguhkan hasrat nak membeli dah dua bulan,tapi sejak beberapa hari ni dah macam angau pula.Teringat-ingat sampai termimpi-mimpi.2 hari lepas saya tak tahan menanggung rindu lagi(chewahhh) terus saya order (^-^ v
Baru tenang rasa hati,hihi.
Sepatutnya ada anak pokok bunga susun kelapa,anak pokok bunga YTT,keratan bunga raya besar berlapis warna peach dan keratan ros jepun,tapi Kak Yah sertakan juga anak pokok ati-ati,keratan ati-ati 3 jenis berlainan,keratan Desert Petunia dan mungkin ada lagi yang saya belum cam.Keratan ros jepun pun bukan sejenis atau satu warna tapi pelbagai.
Terima kasih banyak-banyak Kak Yah...saya mendoakan setulus hati semoga Kak Yah dilimpahi rezeki,rahmat dan berkat yang tak putus-putus.

| ni gambar pagi sabtu esoknya.keratan desert petunia siap berbunga lagi :D |
Thursday, 4 July 2013
Ros Jepun di laman kami
| Warna : Pink Kelopak : Selapis, terbelah? Asal : TanamSendiri.com |
| Warna : Pink Kelopak : Berlapis, kembang Asal : Hospital Sultanah Aminah |
| Warna : Pink, Putih Kelopak : Berlapis, kembang Asal : Nursery Gajah |
| Warna : Kuning krim Kelopak : Berlapis, "cupped" Asal : Hospital Sultanah Aminah? Nursery Gajah? |
Warna : Oren kekuningan
Kelopak : Berlapis, "cupped"
Asal : Nursery Gajah
Warna : Kuning krim
Kelopak : Berlapis, kembang
Asal : Nursery Gajah
Warna : Putih
Kelopak : Berlapis, "cupped"
Asal : Nursery Gajah
Warna : Peach terang
Kelopak : Selapis
Asal : Nursery Sg. Buloh
Warna : Kuning
Kelopak : Selapis
Asal : Nursery Sg. Buloh
Warna : Merah
Kelopak : Berlapis, kembang
Asal : Nursery Sg. Buloh
Sebenarnya mungkin ada lagi warna dan bentuk yang belum dapat saya capture sebab kembangnya time kita kat tempat kerja :)
Yang saya sempat ambil gambar ni semua pada hari tidak bekerja.Kalau ditanya yang mana paling saya gemar dan sayang, jawapannya ALL sebab mereka berlainan dan masing-masing ada keunikan dan keistimewaan tersendiri :)
Sama la macam sayang kita kat anak-anak sendiri kan?
*Entri ini ditulis sebagai nota bagi tukang tanam
Nostalgia Ros Jepun
~Salam alaik~
Ros jepun adalah bunga yang membawa saya mengimbau nostalgia 20 tahun yang lampau.Ia adalah sebahagian dari kenangan zaman kanak-kanak saya.Ketika itu saya tidak mengenali namanya,tapi saya kagum dengan keceriaan dan kesegaran bunga-bunganya yang subur tumbuh di tepi rumah nenek saya yang lama.Saya tanyakan perihal bunga comel ni pada nenek dan mak cik-mak cik saya,tapi mereka pun tak tahu namanya malah tiada yang mengaku menanamnya.Bagi mereka bunga ini cumalah sebahagian dari rumput-rumput liar yang tumbuh sendiri tanpa dipinta,dan saya pun betul-betul sangka ros jepun adalah tumbuhan liar.Membuatkan saya kagum kerana ada juga tumbuhan liar berbunga secantik ini.Saya menggelarnya ros kecik sebab kelopaknya yang berlapis-lapis macam bunga ros :)
Walaupun tidak dipedulikan malah pernah pak cik atau mak cik saya mencabut pokok-pokoknya yang melata(menyemak tepi rumah aje, kata mereka), namun ros jepun tetap akan kembali merimbun dan galak berbunga.Saya memang perasan bunganya kembang bila matahari pagi semakin panas,dalam pukul 10 pagi.Ros jepun tepi rumah nenek saya dulu kuncup awal,mungkin dalam pukul 3 petang ketika matahari mula terlindung dek rumah nenek juga pokok-pokok besar dan suasana jadi redup.Hujung minggu ketika bermain-main dengan saudara seusia di rumah nenek,kerap juga kami petik bunga-bunga ros jepun buat kaler kuku,hiasan kepala dan main masak-masak =)
standard la kan budak pompuan.
Apabila nenek berpindah ke rumah baru dan saya masuk sekolah berasrama, saya mula melupakan bunga-bunga comel peneman kami bermain. Pelik juga sebab bunga-bunga kampung yang lain saya sentiasa ingat,tapi bunga ros jepun takde dalam memori sangat. Mungkin sebab saya ingat bunga ros jepun akan tumbuh sendiri di mana-mana,tak seperti bunga kekwa,bunga butang, bunga balung ayam atau bunga keembung yang perlu disemai benihnya. Jadi saya seolah-olah harapkan alam semulajadi je temukan saya semula dengan bunga ni. Kalau masa tu saya tahu ros jepun boleh dibiakkan melalui keratan batang, pasti rumah nenek saya sekarang masih dihiasi dengannya.
Sehinggalah tiba-tiba timbul keinginan mahu menanam semula yang meluap-luap pada hujung April lepas, saya mula teringatkan bunga ros kecik saya. Saya tanyakan juga pada kakak-kakak kat ofis,tapi mereka tak tahu pasal "bunga yang macam ros tapi kecik" ni. Jadi saya ingatkan,betul la bunga ros kecik ni bunga liar...nak kena cari kat kampung atau dalam semak =(
Ditakdirkan beberapa hari selepas mula gardening semula, saya yang aktif study kat blog-blog gardener lain terserempak dengan entri-entri dan gambar-gambar ros jepun.Baru saya tahu, namanya ros jepun rupanya.Tapi duk kat sana dulu tak penah nampak lak bunga ni.Nama latin pun ada, Portulaca Grandiflora sebutannya.Wah wah wahhh...rupa-rupanya bunga ros kecik ni terkenal di luar dari dunia kanak-kanak saya juga.Sungguh saya tak sangka ramai orang berminat dan menanamnya di sana sini.Jangankan orang Malaysia, mat saleh pun suka dan cipta macam-macam cultivar :D
Nama kampung ros jepun kalau kat Amerika, Moss Rose.Haa...kat mana-mana pun orang kaitkan bunga ni dengan ros kan.
Bila saya tunjuk gambar ros jepun dan bagitau kakak kat ofis dan cakap, "Ni la bunga yang saya cakap tu.Ros jepun namanya :) "
Kakak : "Laa...bunga ni ke!Tahu..akak tahu bunga ni sebab jiran akak banyak tanam.Tapi akak baru tahu namanya ros jepun :D"
Kecian ros jepun,bunganya terkenal tapi namanya kurang diketahui =D
Sejak dari "pertemuan" semula kami, saya pun apa lagi...siap beli keratan dari TanamSendiri.com lagi. Bukan setakat tu, mula timbul tabiattak senonoh kurang sivik pulak. Saya rembat "larikan" beberapa keratan ros jepun yang menghiasi sepanjang jalan dalam Hospital Sultanah Aminah(JB) ketika "terserempak" sebulan yang lalu =D
Warna apa saya amik,saya tak tahu sebab masa tu malam, dah la gelap bunga-bunganya lak dah kuncup.Selepas itu rezeki ros jepun saya datang bergolek dan berguling-guling apabila "supervisor" nursery terbesar yang paling hampir dengan rumah saya, menyedari cinta mendalam saya kat bunga ros jepun sehingga beliau menghadiahkan saya satu polybeg kecik penuh dengan ros jepun berjuntaian. Then masa saya pergi lagi nursery Gajah tu dengan niat nak beli yang kaler kuning dan oren yang dikatakan ada kat situ oleh encik supervisor tu, dia pegi kutip keratan aje segenggam sumbat dalam beg saya kasi free lagi!
Terbaru,saya borong dua pasu gantung penuh dengan bunga ros jepun dari nursery kat Sg. Buloh =D
Mungkin agak keterlaluan, tapi hati saya dah puas sedikit bila tengok bunga-bunganya mekar di laman. Tapi awas, ada lagi kultivar dan kaler-kaler yang belum di genggaman saya. Saya masih "memburu"..ada orang nak offer tak?Hihi =D
Ros jepun adalah bunga yang membawa saya mengimbau nostalgia 20 tahun yang lampau.Ia adalah sebahagian dari kenangan zaman kanak-kanak saya.Ketika itu saya tidak mengenali namanya,tapi saya kagum dengan keceriaan dan kesegaran bunga-bunganya yang subur tumbuh di tepi rumah nenek saya yang lama.Saya tanyakan perihal bunga comel ni pada nenek dan mak cik-mak cik saya,tapi mereka pun tak tahu namanya malah tiada yang mengaku menanamnya.Bagi mereka bunga ini cumalah sebahagian dari rumput-rumput liar yang tumbuh sendiri tanpa dipinta,dan saya pun betul-betul sangka ros jepun adalah tumbuhan liar.Membuatkan saya kagum kerana ada juga tumbuhan liar berbunga secantik ini.Saya menggelarnya ros kecik sebab kelopaknya yang berlapis-lapis macam bunga ros :)
Walaupun tidak dipedulikan malah pernah pak cik atau mak cik saya mencabut pokok-pokoknya yang melata(menyemak tepi rumah aje, kata mereka), namun ros jepun tetap akan kembali merimbun dan galak berbunga.Saya memang perasan bunganya kembang bila matahari pagi semakin panas,dalam pukul 10 pagi.Ros jepun tepi rumah nenek saya dulu kuncup awal,mungkin dalam pukul 3 petang ketika matahari mula terlindung dek rumah nenek juga pokok-pokok besar dan suasana jadi redup.Hujung minggu ketika bermain-main dengan saudara seusia di rumah nenek,kerap juga kami petik bunga-bunga ros jepun buat kaler kuku,hiasan kepala dan main masak-masak =)
standard la kan budak pompuan.
Apabila nenek berpindah ke rumah baru dan saya masuk sekolah berasrama, saya mula melupakan bunga-bunga comel peneman kami bermain. Pelik juga sebab bunga-bunga kampung yang lain saya sentiasa ingat,tapi bunga ros jepun takde dalam memori sangat. Mungkin sebab saya ingat bunga ros jepun akan tumbuh sendiri di mana-mana,tak seperti bunga kekwa,bunga butang, bunga balung ayam atau bunga keembung yang perlu disemai benihnya. Jadi saya seolah-olah harapkan alam semulajadi je temukan saya semula dengan bunga ni. Kalau masa tu saya tahu ros jepun boleh dibiakkan melalui keratan batang, pasti rumah nenek saya sekarang masih dihiasi dengannya.
Sehinggalah tiba-tiba timbul keinginan mahu menanam semula yang meluap-luap pada hujung April lepas, saya mula teringatkan bunga ros kecik saya. Saya tanyakan juga pada kakak-kakak kat ofis,tapi mereka tak tahu pasal "bunga yang macam ros tapi kecik" ni. Jadi saya ingatkan,betul la bunga ros kecik ni bunga liar...nak kena cari kat kampung atau dalam semak =(
Ditakdirkan beberapa hari selepas mula gardening semula, saya yang aktif study kat blog-blog gardener lain terserempak dengan entri-entri dan gambar-gambar ros jepun.Baru saya tahu, namanya ros jepun rupanya.
Nama kampung ros jepun kalau kat Amerika, Moss Rose.Haa...kat mana-mana pun orang kaitkan bunga ni dengan ros kan.
Bila saya tunjuk gambar ros jepun dan bagitau kakak kat ofis dan cakap, "Ni la bunga yang saya cakap tu.Ros jepun namanya :) "
Kakak : "Laa...bunga ni ke!Tahu..akak tahu bunga ni sebab jiran akak banyak tanam.Tapi akak baru tahu namanya ros jepun :D"
Kecian ros jepun,bunganya terkenal tapi namanya kurang diketahui =D
Sejak dari "pertemuan" semula kami, saya pun apa lagi...siap beli keratan dari TanamSendiri.com lagi. Bukan setakat tu, mula timbul tabiat
Warna apa saya amik,saya tak tahu sebab masa tu malam, dah la gelap bunga-bunganya lak dah kuncup.Selepas itu rezeki ros jepun saya datang bergolek dan berguling-guling apabila "supervisor" nursery terbesar yang paling hampir dengan rumah saya, menyedari cinta mendalam saya kat bunga ros jepun sehingga beliau menghadiahkan saya satu polybeg kecik penuh dengan ros jepun berjuntaian. Then masa saya pergi lagi nursery Gajah tu dengan niat nak beli yang kaler kuning dan oren yang dikatakan ada kat situ oleh encik supervisor tu, dia pegi kutip keratan aje segenggam sumbat dalam beg saya kasi free lagi!
Terbaru,saya borong dua pasu gantung penuh dengan bunga ros jepun dari nursery kat Sg. Buloh =D
Mungkin agak keterlaluan, tapi hati saya dah puas sedikit bila tengok bunga-bunganya mekar di laman. Tapi awas, ada lagi kultivar dan kaler-kaler yang belum di genggaman saya. Saya masih "memburu"..ada orang nak offer tak?Hihi =D
Wednesday, 3 July 2013
"Anak-anak" ditinggal "Ibu"
Salam alaik :)
Malam nak bertolak ke KL, risau sungguh hati nak tinggalkan "anak-anak" walaupun untuk sehari cuma.Oh hati Ibu sungguh berat sekali...macam-macam bermain di fikiran.Nanti kucing datang kacau la...serangga perosak bermaharajalela la..."anak-anak" kehausan la..."anak-anak" rindu "ibu" la.
Agak mengarut tak? :)
Saya dah cuba set up kan self-watering untuk kebanyakan pokok-pokok yang ditanam dan dibela,tapi ada juga yang tak sempat siapkan.Sebelum masuk kereta dan bertolak, sempat lagi tu terbongkok-bongkok refill semua bekas air self watering. Yang ditanam kat tanah area tiang elektrik,saya siram lagi sekali sampai lencun.
Jaga diri sendiri ye..harapnya takde apa-apa berlaku.(pesan saya dalam hati).
Mmuahh Zinnia..mmuahh ros jepun semua..(over la pulak)
Sempat juga berdoa, semoga Allah mengasihani tanaman-tanaman ini lalu menurunkan hujan rahmat :)
Tengah malam tadi,sampai je depan rumah,saya yang jadi driver terus turun dan jenguk "anak-anak".
Beginilah keadaan mereka...gambar diambil pagi tadi bila dah cerah.
Dari keadaan tanah sekitar yang basahdan hasil interview jiran, tahulah saya yang hujan rahmat betul-betul turun,malah mencurah-curah dengan angin kuat sampai terbang pula alas kaki dalam kereta yang saya jemur di pagar,haha.
Alhamdulillah,walaupun ada sedikit "casualties" seperti di atas,keadaan yang lain-lain cukup membahagiakan. Segar dan sihat sangat-sangat.Pagi tadi tak perlu siram pun tak apa,tanah sangat moist malah agak basah. Subhanallah..sesungguhnya Allah Maha Mendengar, walaupun cuma doa seorang "ibu" untuk "anak-anaknya",tapi telah dimakbulkan,InsyaAllah.
Allahuakbar! :)
Malam nak bertolak ke KL, risau sungguh hati nak tinggalkan "anak-anak" walaupun untuk sehari cuma.Oh hati Ibu sungguh berat sekali...macam-macam bermain di fikiran.Nanti kucing datang kacau la...serangga perosak bermaharajalela la..."anak-anak" kehausan la...
Agak mengarut tak? :)
Saya dah cuba set up kan self-watering untuk kebanyakan pokok-pokok yang ditanam dan dibela,tapi ada juga yang tak sempat siapkan.Sebelum masuk kereta dan bertolak, sempat lagi tu terbongkok-bongkok refill semua bekas air self watering. Yang ditanam kat tanah area tiang elektrik,saya siram lagi sekali sampai lencun.
Jaga diri sendiri ye..harapnya takde apa-apa berlaku.(pesan saya dalam hati).
Mmuahh Zinnia..mmuahh ros jepun semua..
Sempat juga berdoa, semoga Allah mengasihani tanaman-tanaman ini lalu menurunkan hujan rahmat :)
Tengah malam tadi,sampai je depan rumah,saya yang jadi driver terus turun dan jenguk "anak-anak".
Beginilah keadaan mereka...gambar diambil pagi tadi bila dah cerah.
| Dua beradik ni hampir terbongkah,malam tadi runduk hampir menyapu lantai simen.Pagi ni saya sanggakan supaya tegak semula. |
| Angel's Trumpet pun sama nasibnya.Dah tak tegak macam mula-mula "adopt" |
Yang kecik-kecik ni lagi kesian..alas dalam kereta yang saya jemur dipagar diterbangkan angin dan menghempap pasu mereka.Habis kena "penyek" tapi kagumnya,semua sihat dan segar :)
Dari keadaan tanah sekitar yang basah
Alhamdulillah,walaupun ada sedikit "casualties" seperti di atas,keadaan yang lain-lain cukup membahagiakan. Segar dan sihat sangat-sangat.Pagi tadi tak perlu siram pun tak apa,tanah sangat moist malah agak basah. Subhanallah..sesungguhnya Allah Maha Mendengar, walaupun cuma doa seorang "ibu" untuk "anak-anaknya",tapi telah dimakbulkan,InsyaAllah.
Allahuakbar! :)
Anak pokok Zinnia ada yang hampir terbongkah nampak akar,tapi yang lain-lain kelihatan segar gembira dan makin besar.Ros jepun pun makin gemuk dan sihat :)
"Ädopted" dari Sg. Buloh Part 2
Kalau ikutkan saya mahu lebih banyak lagi,tapi memandangkan ruang boot belakang Myvi saya yang limited, saya terpaksa "give-up" beberapa pokok :(
Setelah tawar-menawar dan cuba masukkan sebanyak mana yang muat, maka berikut adalah hasil yang berjaya saya "adopt" dari nursery di Sg. Buloh :)
Part yang tak bestnya,saya terpaksa give up pokok bunga kemboja sebab kapasiti boot kereta yang terhad :(
Saya cuba pujuk hati...there will always be next time if I believe in it.InsyaAllah ada rezeki boleh datang Sg. Buloh lagi.Masa tu boleh la saya tanya-tanya dan minta pendapat dari Mak Aji juga :D
Saya rasa tak sabar-sabar pula nak tanam keratan pokok bunga kemboja kuning-putih Bali yang dibeli dari Diana KBB. Tapi keratannya belum berakar lagi. Kemudian teringat pula keratan pokok bunga kemboja yang dimintadengan muka tak malunya dari Mak Aji :) InsyaAllah sampai masanya ada la rezeki saya nanti. Dapat la mengubat hati yang pilu tak kesampaian nak beli pokok kemboja bunga warna blushing pink ni.
Cerita sampingan yang bestnya...dalam perjalan pulang,sebaik meninggalkan nursery tadi satu demi satu nursery yang kami lewati.Rupanya ada banyak lagi pilihan kalau kami teruskan perjalanan tanpa singgah kat nursery tadi!Mata saya membulat mengamati kiri kanan jalan.Kalau boleh nak aje paksa myKanda berenti kat tiap-tiap nursery,haha.Malah,ada juga semaian yang dijual dari halaman rumah aje!Susun tepi-tepi jalan besar depan rumah yang kami lalui macam tu aje pun ada.Wahh...memang syurga peminat tanaman la area Sg. Buloh ni.Saya kagum sampai ternganga,haha.Ni yang buat saya lagi berazam nak datang lagi ke sini.Alangkah seronoknya penduduk kawasan ni bebas menanam apa sahaja yang disukai :) Terasa agak jeles juga.Saya bayangkan halaman gardeners-bloggers yang tinggal di Sg. Buloh,pasti tak kurang hebat dan indahnya kan? :)
Setelah tawar-menawar dan cuba masukkan sebanyak mana yang muat, maka berikut adalah hasil yang berjaya saya "adopt" dari nursery di Sg. Buloh :)
| Dari kiri, pokok ati-ati daun besar RM15, bunga raya kuning "red throat" bunga saiz XXL RM13, bunga raya putih "red throat" bunga saiz M RM13 |
| Kalau tak silap Dianthus kan?sepasu RM6.Dipilih bersama baby girl saya :D |
| Pokok bunga harum sundal malam dah siap berbunga!!Saya rasa macam tak percaya dapat beli dengan harga RM10 per polybag :D |
Saya lupa pula ni pokok bunga apa.Nanti saya check dan edit kemudian.RM4 sepasu
Kelima-limanya adalah rain lily,dari kiri warna putih selang seli lilac :). RM10 untuk 4 polybeg dan RM4 untuk sepasu
Ros jepun!!RM8 sepasu.Variasi dan warna yang belum saya miliki,dan saya idam-idamkan :)
Part yang tak bestnya,saya terpaksa give up pokok bunga kemboja sebab kapasiti boot kereta yang terhad :(
Saya cuba pujuk hati...there will always be next time if I believe in it.InsyaAllah ada rezeki boleh datang Sg. Buloh lagi.Masa tu boleh la saya tanya-tanya dan minta pendapat dari Mak Aji juga :D
Tak dapat pokoknya..dapat bunga sekuntum pun jadi la.Bunganya harum sangat lembut cam tersentuh hati rasanya,haha.
Saya rasa tak sabar-sabar pula nak tanam keratan pokok bunga kemboja kuning-putih Bali yang dibeli dari Diana KBB. Tapi keratannya belum berakar lagi. Kemudian teringat pula keratan pokok bunga kemboja yang diminta
Cerita sampingan yang bestnya...dalam perjalan pulang,sebaik meninggalkan nursery tadi satu demi satu nursery yang kami lewati.Rupanya ada banyak lagi pilihan kalau kami teruskan perjalanan tanpa singgah kat nursery tadi!Mata saya membulat mengamati kiri kanan jalan.Kalau boleh nak aje paksa myKanda berenti kat tiap-tiap nursery,haha.Malah,ada juga semaian yang dijual dari halaman rumah aje!Susun tepi-tepi jalan besar depan rumah yang kami lalui macam tu aje pun ada.Wahh...memang syurga peminat tanaman la area Sg. Buloh ni.Saya kagum sampai ternganga,haha.Ni yang buat saya lagi berazam nak datang lagi ke sini.Alangkah seronoknya penduduk kawasan ni bebas menanam apa sahaja yang disukai :) Terasa agak jeles juga.Saya bayangkan halaman gardeners-bloggers yang tinggal di Sg. Buloh,pasti tak kurang hebat dan indahnya kan? :)
Sunday, 9 June 2013
Kembang sulung yang benar-benar sulung
Keratan bunga ros jepun yang diterima dari En Iskandar TanamSendiri beberapa hari lalu, tiba-tiba memberikan saya kembang sulung yang julung kali sejak saya bertanam ni,walhal saya rendam dalam air je tak sempat lagi tanam dalam tanah. Ye la,mana penah pokok yang saya tanam berbunga apatah lagi kembang setakat ni. Zinnia dan bawang merah(tu pun kalau ada bunga) masih anak dara,yang lain level "tadika"lagi :D
Cantik baka ros jepun dari TanamSendiri ni.
Menurut catatan pada packagingnya,ada dua warna iaitu pink & merah.
Yang ni pink la kot.Cuma tak tahu ada berapa variasi dalam 1 set(5 keratan) yang dibeli tu.
Tak sabar nak tunggu yang kudup-kudup ros jepun yang lain kembang juga.
Ni la gambar kak long,hehe.

Subscribe to:
Posts (Atom)