Sebenarnya semalam ada kiriman anak pokok dan keratan melalui pos laju sampai ke rumah.My mistake.Sepatutnya saya kasi alamat tempat kerja tapi tak sangka pulak, dipos hari Rabu hari Khamis dah boleh sampai sini.Biasanya delivery dari Diana KBB atau En.Is Tanamsendiri.com pun akan ambil masa lebih kurang 2 hari via poslaju.
So hari ni kena pegi amik kat pusat Poslaju lah.Nasib baik la Jumaat,tengah hari rehat lama jadi dapat la beratur dengan tenang kat Poslaju.Poslaju kat sini memang banyak pengguna tapi tempatnya kecik,tak padan sebagai pusat Poslaju bagi daerah sini.Dah la 2 kaunter aje,pekerjanya pulak selalu ada seorang ah-kak ni je so kaunter satu lagi kiranya tak digunakan sangat.Patutnya ada 1 kaunter untuk delivery 1 kaunter untuk pick up kan?Huh belasah aje lah.Masa saya sampai memang dah penuh lah dengan orang ramai,saya ni ngam-ngam jek depan pintu kat bahagian dalam kalau tak memang kena berpanas beratur kat luar ler.Bayangkan dari kaunter tak sampai 10 orang beratur dah cecah pintu masuk,hoho.
Akhirnya dapat jugak saya pick up parcel saya.Cuba buka sikit kat dalam kereta.Tu dia..berterabur tanah jatuh atas seat,haha.Panik saya bila tengok kat dalam tu,anak-anak pokok dah agak kecut!Saya raba-raba,takde bekas membaluti bahagian akar pokok-pokok tu macam Diana KBB buat kalau hantar anak pokok.Biasa Diana KBB akan guna bekas recycle seperti kotak minuman yang dipotong dua,masukkan sedikit tanah tutup bahagian akar pokok dan kasi lembap tanah tu,kemudian bahagian bawah kotak Diana akan cover dengan tisu basah lagi.Jadi,pokok akan tetap segar bila sampai ke destinasi.
Ingat nak rushing balik rumah kejap,tapi saya singgah ke kedai jimat beli pasu-pasu untuk anak pokok dan keratan batang yang baru dapat ni.Beli pasu plastik je sebab murah dan ringan untuk alih-alih :)
Esok confirm tak sempat nak beli,kalau tak beli sekarang nanti tertangguh kerja-kerja menanam.Pasu kat kedai jimat ni lagi murah dari beli kat nurseri,setakat ni saya puas hati dengan kualitinya.
Sampai rumah dah dekat pukul 2,lagi setengah jam kena masuk ofis balik.Cepat-cepat isi air dalam baldi kecik dan rendam keratan-keratan dan pokok.Bila dibuka semua,rupanya banyakkk sangat isi kat dalam!Subhanallah...baiknya hati Kak Yah..hati saya tersentuh.Keratan ros jepun juga hampir secekak.Banyak tuh!Kalau dikira,tak padan dengan harga yang saya bayar sebanyak tu cuma..saya betul-betul tak sangka Kak Yah begitu bermurah hati.
(sorry,lupa nak ambil gambar..)
Ya,kali ni saya order dari Kak Yah Jom Tanam Bunga.Ceritanya begini..sejak saya terpandangkan gambar bunga susun kelapa kat blog Jom Tanam Bunga,hati saya dah tertawan.Tambah lagi bila dapat tahu bunganya wangiiiiii!Mula-mula saya tangguhkan hasrat nak membeli dah dua bulan,tapi sejak beberapa hari ni dah macam angau pula.Teringat-ingat sampai termimpi-mimpi.2 hari lepas saya tak tahan menanggung rindu lagi(chewahhh) terus saya order (^-^ v
Baru tenang rasa hati,hihi.
Sepatutnya ada anak pokok bunga susun kelapa,anak pokok bunga YTT,keratan bunga raya besar berlapis warna peach dan keratan ros jepun,tapi Kak Yah sertakan juga anak pokok ati-ati,keratan ati-ati 3 jenis berlainan,keratan Desert Petunia dan mungkin ada lagi yang saya belum cam.Keratan ros jepun pun bukan sejenis atau satu warna tapi pelbagai.
Terima kasih banyak-banyak Kak Yah...saya mendoakan setulus hati semoga Kak Yah dilimpahi rezeki,rahmat dan berkat yang tak putus-putus.
ni gambar pagi sabtu esoknya.keratan desert petunia siap berbunga lagi :D |
No comments:
Post a Comment
Harap dapat beri tunjuk ajar dan berkongsi ilmu dengan saya :)