Bleeding Heart by Shabbyblog

Sunday, 28 July 2013

Koleksi Foto Perkembagan Terkini : Tanaman Semaian Part 1

Sambungan dari entri sebelumnya...versi tanaman yang disemai sendiri dari benih yang dibeli.Sama juga seperti sebelumnya,many photos!

Ni anak pokok bendi emas,benih dibeli dari TanamSendiri.com.Walaupun pertumbuhan sedikit lambat dipercayai kurang nutrien dan tak dapat matahari pagi yang pokok sayuran sukai,tapi pokoknya sihat dan ada perkembangan baik.Cuma hari ni tengok daunnya ada sehelai yang macam diserang perosak.Serangga perosak tak dapat dipastikan.Suspecting leaf miner dari kesan yang ditinggalkan pada daun.Ada dua pokok dalam polibeg ni.

Dalam kotak susu coklat tu cambahan cili tanglung/oscar dari TanamSendiri.com,sebelahnya cambahan tomato grosse liese dari Kebun Bahagia Bersama.Cili tanglung tu lama nak bercambah sebab saya tak follow step yang betul,tak rendam dulu terus semai :p
Tomato grosse liese tu lagiii la,disemai hujung Mei lepas tapi baru bercambah minggu lepas.Saya dah nyaris nak buang bekas semaiannya,nasib baik jiran sebelah tegur bekasnya tu pokok apa yang sedang tumbuh,baru saya perasan.


Cambahan tomato ceri full house yang disemai 25 Jun lepas,tak sampai seminggu bercambah tapi tak sempat nak alihkan bila lebih kurang 2 minggu lepas mula mengeluarkan set daun sebenar.Malam tadi Alhamdulillah berjaya juga alih dari bekas semaian ke dalam polibeg,tapi 5 cambahan ni kena share ruang membesar juga sebab tak cukup tanah untuk isi polibeg lain :(
2 lagi cambahan yang nampak bantut saya tak buang..saya tanam balik bawah pokok telang kat taman mini tiang letrik TNB.

Cambahan sawi pak choy renek kerinting,benih kongsi dari TanamSendiri.com.Pun dah terlewat alih semaian...malam tadi juga baru alih setelah bertungkus lumus.Buat self watering simple guna botol air mineral yang dikumpul selama ni (sumbangan manager tempat kerja hihi).Harap-harapnya membesar sihat tak bantut atau mati kekeringan bila kami pulang bercuti raya di kampung nanti,amiiin.


Cambahan Zinnia Profusion benih kongsi dari Kak Lynn blogger growing and being.Warna tak dapat dipastikan sebab saya semai campur-campur warna putih dan pink.Terima kasih Kak Lynn :)


Cambahan benih ulam raja yang dihadiahkan oleh kakak di tempat kerja yang juga expert berkebun.Dia selalu kongsi tuaian pucuk ulam raja dengan kami masa rehat makan tengah hari.Insya Allah saya pun nak ikut jejak langkahnya.Terima kasih Kak M :)


Ni bukan cambahan lagi kot..dah lama saya semai iaitu akhir Mei lepas,hihi.Tapi saya tak tanda nama semaian dan tarikh disemai.Saya agak anak pokok Sea Lavender,benih saya beli dari nurseri.Bekas semaian ni dah berkali-kali terbalik dan isinya termasuk anak pokok ni tumpah tapi dikutip dan diisi balik,mungkin sebab tu terbantut selain dari kekurangan nutrien.Air memang cukup sebab ni bekas self watering DIY.Saya nak alih tapi takut lepas alih nanti mati..nak cuba membaja pula nanti



 

Seperti biasa mesti nak cerita jugak pasal Zinnia Elegan SPP saya ni,yang menjadi penyebab saya bertanam semula :) Benih dari pasaraya Econsave.Yang ni disemai di taman mini Sejambak kami tu.Cepat sangat membesar dan mengeluarkan kudup bunga.Ada 3 pokok di dalam gambar dan ketiga-tiganya dah ada kudup bunga.Alhamdulillah,semoga bertambah la seri taman mini tu yang dulu cuma ada tiang letrik,buluh madu dan rumpai.Tengok kat belakang tu cosmos oren menyelit dengan ceria :)


Keratan pokok bunga tonkin yang dibeli dari Jualjualbenih.Dari 6 keratan,insya Allah sekurang-kurangnya 2 keratan akan menjadi :) amiiin.Salah satunya dah mula keluarkan pucuk daun.


Keratan pokok Goldenrod juga dari Jualjualbenih.Tapi yang ni harapan saya tipis sikit.Tinggal satu keratan je yang nampak macam tengah cuba survive(atau perasaan saya je,huhu). Harap-harapnya masih ada peluang untuk saya tengok ia membesar.



Keratan oregano dari TanamSendiri.com...sedih sangat kelima-lima keratan kena jangkitan kulat sampai jadi hitam.Keratan Lemon Basil dan pokok ubat nyamuk dah lama kembali kepada Pencipta,huhu.Lepas raya insya Allah saya akan cuba lagi.
 
Keratan bangun-bangun atau Cuban Oregano yang merupakan *"rezeki tersepak",hehe.Tak sangka disemai seminggu selepas bawa balik keratannya pun,masih boleh hidup lagi..cuma akan membesar ke tak,kita nantikan dulu.

(bersambung ke Part II..)

* Rezeki tersepak :
kadang digunakan sebagai perumpaan dalam loghat Klate,bermaksud dapatan yang tak disangka-sangka


No comments:

Post a Comment

Harap dapat beri tunjuk ajar dan berkongsi ilmu dengan saya :)