Bleeding Heart by Shabbyblog

Monday, 15 July 2013

Tampaka ku Juga Berbunga!

~ Assalamualaikum ~

Semalam, semasa kalut-kalut menyiram tanaman sebelum ke bazar Ramadhan, saya terperasan semaian tampaka dalam bekas recycle yang bebawangnya dibeli dari Diana KBB bulan lepas, ada putik bunga.

Putik bunga yang mula-mula saya perasan

Wahhh..excitednyaaaa.


Then,terperasan satu putik lagi :)

Putik yang kedua tengah mengendap cik Siti Zaleha dalam pasu sebelah (oi!

Hari ni,masa sedang kalut-kalut menyiram juga, terperasan lagi.

Putik mengendap cik Siti Zaleha semalam dah jadi "bintang putih"!

Si putih murni tapi mengendap!

Wow cantik! Bunga-bunga dari bebawang memang menawan hati :)
Walaupun saiz bunganya lagi kecik dari syiling 50sen, dapat juga menarik perhatian saya di sebalik rimbunan daun-daun tampaka dan cik Siti Zaleha yang lebat.

Cuma tadi, masa saya keluar ke taman mini saya kejap nak setelkan beberapa hal tertunggak,saya check tengok bunga tampaka dah kuncup.Bukan layu ye,kuncup.Hmmm...kalau malam memang jadi camtu kah?Pagi esok kalau ingat nak check tengok balik.

Tak sangka tampaka sangat galak dan sihat membesar sehinggakan menghadiahkan saya bunga yang comel.Tenkiu~ :)

Ternanti-nanti putik yang satu lagi kembang juga.

No comments:

Post a Comment

Harap dapat beri tunjuk ajar dan berkongsi ilmu dengan saya :)