Jumaat lepas masa saya balik dari amik parcel kat pejabat pos laju, saya terperasan ada keratan batang sejenis tanaman yang nampak menarik,agak panjang juga tersadai tepi bangunan yang menempatkan pusat pos laju tu.Saya perhatikan sekeliling
Saya cuba pegang keratan batang tu.Tak lembik walaupun dah kena potong dan matahari tengah terik waktu tengahari.Saya pun apalagi...dipenuhi perasaan ingin tahu,potong sedikit hujungnya.Raba-raba daunnya rasa berduri-duri dan pejal.Kemudian..
perghhh!Baunya kuat melekat kat tangan pulak.Tak busuk,tapi kuat betul sampai berpinar-pinar jap saya!
Pun tak membantutkan saya dari kidnap keratan secebis tu :)
Rasa-rasanya kalau terbiar kat tanah macam tu,maksudnya dah kena buang la kan?Kutip pun takde orang marah la kan?:p
Sepanjang perjalanan pulang keratan batang tu dah mem"perfume"kan udara dalam kereta saya.
Sampai ke rumah tak terus rendam sebab sebuk dengan tanaman lain yang dikirim kut parcel tu.Lagipun lepas tu kena rushing balik office semula.
Petang tu saya sampai ke rumah,eh segar lagi keratan pokok ni!Apa jenis pokok ni agaknya?
So saya pun tanya la profesor daun En Iskandar TanamSendiri.com :)
Rupa-rupanya...
inilah Bangun-bangun juga dikenali sebagai Cuban Oregano |
Terima kasih En Is atas tunjuk ajar :D
Disebabkan keratan batang ni maintain segar walaupun dekat seminggu dikutip tanpa direndam air,3 hari lepas saya rendam dalam air.Pikir-pikir sayang pulak nak buang nanti menyesal pulak :p
Dan nasib baik tak buang,kalau tak memang akan menyesal sikit.Baunya memang boleh tahan,tapi daunnya ada nilai perubatan yang baik.Senang kata kategori pokok herba yang saya tengah try and error nak tanam sekarang.Wish me luck dengan secebis keratan bangun-bangun yang tak seberapa ni ye.
No comments:
Post a Comment
Harap dapat beri tunjuk ajar dan berkongsi ilmu dengan saya :)