Bleeding Heart by Shabbyblog

Tuesday, 16 July 2013

Keratan Kemboja Bali

~ Assalamualaikum ~

Saya ada beli keratan batang bunga kemboja bali kuning putih dari Diana KBB lebih kurang sebulan yang lepas.

Diana bagi panduan seperti berikut yang saya praktikkan :

(petikan e-mail)
============================================================================
Keratan frangipani nanti letak tempat teduh atas tanah bawah pokok, but jangan tanam dulu.
Tongkatkan dasarnya terkena tanah. Tak payah siram.
Biar dasar yang dikerat tu completely heal and kering nanti dia akan keluar tunas.
Will take several weeks.
Masa dah mula berakar tu you can plant the cuttings.
But do not overwater.
Frangipani ni tak boleh banyak air nanti batangnya mudah reput.
Kalau minggu tu almost everyday hujan, jangan siram.
3 days without rain they should be fine.
============================================================================

Disebabkan laman saya takde pokok yang boleh batang bunga kemboja ni tumpang berteduh,saya pun letak la dalam keadaan bersandar kat dalam pasu panjang yang berisi tanah tapi tak digunakan.Letak kat porch.Kira teduh la tu kan.Selalu beringat supaya tak terpercik air atau tersiram ke dalam pasu.4,5 hari sekali mesti akan check condition keratan batang bunga kemboja tu.Kes terlebih excited nak tanam la ni.

3 hari yang lepas,bila saya check keratan batang tu,conditionnya adalah seperti dalam gambar-gambar berikut untuk ketiga-tiga batang.

Ada macam kulat warna putih pada luka keratan (dalam gelung merah).Ada serangga kecik interframe tapi kasi can je la
Keratan batang yang ke-2 pun sama..pun ada baby serangga interframe tumpang glamer
Keratan batang ke-3 tidak terkecuali.Cuma dah takde "pengiring" interframe dalam  gambar.Luka keratan pun lebih kering dari dua batang sebelumnya


Tapi nampak macam baru bertunas daun..segar molek pulak tu tumbuhnya

Sebenarnya ok ke tak condition keratan-keratan batang kemboja bali kuning-putih ni?Kalau saya celup hormon penggalak akar dan terus tanam ok tak?Saya tertanya-tanya...Dianaaa oo Diana.Tolong saya!

3 comments:

  1. Keratan batang no. 3 dah boleh tanam cuma nak kena bersihkan serangan yang terkena tu.

    Boleh juga nak cuba celup hormon penggalak dan terus tanam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Diana,

      sampai ke hari ni saya tak tanam-tanam lagi,hehe.
      once cukup kederat,saya akan buat insyaAllah.
      saya still check condition keratan-keratan tu selalu,alhamdulillah
      nampak still ok lagi.

      Delete
  2. saya jalan2 kt tasik,patah jer batang kemboja n balik terus cucuk kt pasu...alhamdullilah hidup lak...amin...

    ReplyDelete

Harap dapat beri tunjuk ajar dan berkongsi ilmu dengan saya :)