Bleeding Heart by Shabbyblog

Saturday 13 July 2013

Perkembangan Zinnia Elegan SPP

Zinnia yang saya tanam ni adalah Zinnia Elegan SPP berdasarkan description kat peket benih.Gambar kat peket benih adalah zinnia merah sahaja,tapi bila berbunga ada warna fuschia/pink juga.Saya suka je tak kisah pasal warnanya.Macam-macam mana pun saya sayang zinnia saya sebab ni lah tanaman yang mula-mula berhasil dari benih yang saya semai sendiri :)

Zinnia ke-3 sejak zinnia saya berbunga.Ada kudup bunga yang lain juga :)
Baru perasan daun-daunnya kena kacau dengan serangga perosak :(
Saya cuba cari serangga perosaknya tapi tak jumpa pula.Hmmm dah tersurat rezekinya,redha aje.


Kudup zinnia ke-4,insya Allah akan jadi kembang yang ke-4.Daun kat pokok ni pun kena kacau jugak ada lubang sikit
Pokok zinnia  yang matang dalam pasu ni ada 2 batang.Satu pokok berbunga merah terang menyala,satu lagi pink terang menyala macam warna fuschia.Yang menariknya,mekarnya berselang seli warna merah terang dan warna pink.Kelopaknya jenis berlapis-lapis,jadi bunganya mekar pun slow motionnn je selapis demi selapis.Cantik sangat,hari-hari ada perkembangannya pastu tahan lama mekarnya :)
Kudup-kudup dah makin banyak,tak sabar saya nak tunggu zinnia mekar satu persatu nanti
 Masa zinnia mula-mula mekar dan berwarna merah terang dulu,masa tu zinnia pink baru nak mekar.Pasunya memang saya letak kat luar pagar sebab nak kasi kena matahari sepanjang hari.Jadi orang yang lalu lalang memang dapat cuci mata jugak la tengok zinnia ni.Walaupun saiz bunganya tak besar macam saiz bunga matahari,tetap menarik perhatian sebab warnanya yang terang.Jiran end-lot saya pernah tegur zinnia saya ni.Alhamdulillah,ada juga penyeri depan rumah saya :)


"Kak Long"(merah) dan "Kak Ngah"(pink) pokok bunga Zinnia Elegan SPP kesayangan saya.Makin layu dan macam patah leher sebab berat bunganya dan kena timpa hujan tapi saya tetap sayang nak petik.Biarlah dia gugur sendiri.

No comments:

Post a Comment

Harap dapat beri tunjuk ajar dan berkongsi ilmu dengan saya :)