Bleeding Heart by Shabbyblog

Thursday, 4 July 2013

Nostalgia Ros Jepun

~Salam alaik~

Ros jepun adalah bunga yang membawa saya mengimbau nostalgia 20 tahun yang lampau.Ia adalah sebahagian dari kenangan zaman kanak-kanak saya.Ketika itu saya tidak mengenali namanya,tapi saya kagum dengan keceriaan dan kesegaran bunga-bunganya yang subur tumbuh di tepi rumah nenek saya yang lama.Saya tanyakan perihal bunga comel ni pada nenek dan mak cik-mak cik saya,tapi mereka pun tak tahu namanya malah tiada yang mengaku menanamnya.Bagi mereka bunga ini cumalah sebahagian dari rumput-rumput liar yang tumbuh sendiri tanpa dipinta,dan saya pun betul-betul sangka ros jepun adalah tumbuhan liar.Membuatkan saya kagum kerana ada juga tumbuhan liar berbunga secantik ini.Saya menggelarnya ros kecik sebab kelopaknya yang berlapis-lapis macam bunga ros :)

Walaupun tidak dipedulikan malah pernah pak cik atau mak cik saya mencabut pokok-pokoknya yang melata(menyemak tepi rumah aje, kata mereka), namun ros jepun tetap akan kembali merimbun dan galak berbunga.Saya memang perasan bunganya kembang bila matahari pagi semakin panas,dalam pukul 10 pagi.Ros jepun tepi rumah nenek saya dulu kuncup awal,mungkin dalam pukul 3 petang ketika matahari mula terlindung dek rumah nenek juga pokok-pokok besar dan suasana jadi redup.Hujung minggu ketika bermain-main dengan saudara seusia di rumah nenek,kerap juga kami petik bunga-bunga ros jepun buat kaler kuku,hiasan kepala dan main masak-masak =)
standard la kan budak pompuan.

Apabila nenek berpindah ke rumah baru dan saya masuk sekolah berasrama, saya mula melupakan bunga-bunga comel peneman kami bermain. Pelik juga sebab bunga-bunga kampung yang lain saya sentiasa ingat,tapi bunga ros jepun takde dalam memori sangat. Mungkin sebab saya ingat bunga ros jepun akan tumbuh sendiri di mana-mana,tak seperti bunga kekwa,bunga butang, bunga balung ayam atau bunga keembung yang perlu disemai benihnya. Jadi saya seolah-olah harapkan alam semulajadi je temukan saya semula dengan bunga ni. Kalau masa tu saya tahu ros jepun boleh dibiakkan melalui keratan batang, pasti rumah nenek saya sekarang masih dihiasi dengannya.

Sehinggalah tiba-tiba timbul keinginan mahu menanam semula yang meluap-luap pada hujung April lepas, saya mula teringatkan bunga ros kecik saya. Saya tanyakan juga pada kakak-kakak kat ofis,tapi mereka tak tahu pasal "bunga yang macam ros tapi kecik" ni. Jadi saya ingatkan,betul la bunga ros kecik ni bunga liar...nak kena cari kat kampung atau dalam semak =( 
Ditakdirkan beberapa hari selepas mula gardening semula, saya yang aktif study kat blog-blog gardener lain terserempak dengan entri-entri dan gambar-gambar ros jepun.Baru saya tahu, namanya ros jepun rupanya.Tapi duk kat sana dulu tak penah nampak lak bunga ni.Nama latin pun ada, Portulaca Grandiflora sebutannya.Wah wah wahhh...rupa-rupanya bunga ros kecik ni terkenal di luar dari dunia kanak-kanak saya juga.Sungguh saya tak sangka ramai orang berminat dan menanamnya di sana sini.Jangankan orang Malaysia, mat saleh pun suka dan cipta macam-macam cultivar :D
Nama kampung ros jepun kalau kat Amerika, Moss Rose.Haa...kat mana-mana pun orang kaitkan bunga ni dengan ros kan.



Bila saya tunjuk gambar ros jepun dan bagitau kakak kat ofis dan cakap, "Ni la bunga yang saya cakap tu.Ros jepun namanya :) "

Kakak : "Laa...bunga ni ke!Tahu..akak tahu bunga ni sebab jiran akak banyak tanam.Tapi akak baru tahu namanya ros jepun :D"

Kecian ros jepun,bunganya terkenal tapi namanya kurang diketahui =D

Sejak dari "pertemuan" semula kami, saya pun apa lagi...siap beli keratan dari TanamSendiri.com lagi. Bukan setakat tu, mula timbul tabiat tak senonoh kurang sivik pulak. Saya rembat "larikan" beberapa keratan ros jepun yang menghiasi sepanjang jalan dalam Hospital Sultanah Aminah(JB) ketika "terserempak" sebulan yang lalu =D
Warna apa saya amik,saya tak tahu sebab masa tu malam, dah la gelap bunga-bunganya lak dah kuncup.Selepas itu rezeki ros jepun saya datang bergolek dan berguling-guling apabila "supervisor" nursery terbesar yang paling hampir dengan rumah saya, menyedari cinta mendalam saya kat bunga ros jepun sehingga beliau menghadiahkan saya satu polybeg kecik penuh dengan ros jepun berjuntaian. Then masa saya pergi lagi nursery Gajah tu dengan niat nak beli yang kaler kuning dan oren yang dikatakan ada kat situ oleh encik supervisor tu, dia pegi kutip keratan aje segenggam sumbat dalam beg saya kasi free lagi!

Terbaru,saya borong dua pasu gantung penuh dengan bunga ros jepun dari nursery kat Sg. Buloh =D
Mungkin agak keterlaluan, tapi hati saya dah puas sedikit bila tengok bunga-bunganya mekar di laman. Tapi awas, ada lagi kultivar dan kaler-kaler yang belum di genggaman saya. Saya masih "memburu"..ada orang nak offer tak?Hihi =D

No comments:

Post a Comment

Harap dapat beri tunjuk ajar dan berkongsi ilmu dengan saya :)