Bleeding Heart by Shabbyblog

Wednesday, 3 July 2013

Semerbak haruman semulajadi

Dalam "ekspedisi" ke Sg. Buloh kali ni, hampir semua yang saya beli umpama "harta karun" bagi saya. Alhamdulillah...apa yang saya mampu dapat saya bawa balik ke halaman saya :)

HSM ni..sebenarnya ada 3 polybeg yang dioffer pada harga yang sama RM10.Ketiga-tiga berbunga.Mula-mula saya pilih satu aje. Masa ni takde bau lagi.Mungkin sebab petang dan matahari masih terik.Setelah "hasil tangkapan" dikumpul pada satu tempat,saya ambil keputusan untuk "sambar" sepokok lagi HSM biar jadi sepasang :)

Sungguh saya tidak menyesal.Sepanjang perjalanan pulang ke Johor malam tadi, udara dalam kereta berbau sangattttt harum!Bayangkan, HSM mula menyebarkan haruman semerbaknya bila maghrib menjelma.Dari dua pokok pula tu.Ditambah lagi dengan dua pokok bunga melur yang sangattt wangi, dan juga sekuntum kemboja yang tak kurang hebat baunya walaupun lembut tapi menusuk.

Betapa indahnya bau-bauan semulajadi ciptaan Allah Maha Agung,ketika singgah di R&R dan saat mahu masuk semula ke dalam kereta untuk meneruskan perjalanan, hidung saya jadi confuse seketika pabila haruman bunga-bungaan ini menerjah deria sehinggakan untuk beberapa saat bau dari luar kereta terhidu bagaikan busuk yang amat!Serius itula beberapa kali pengalaman saya sepanjang perjalanan pulang tatkala keluar masuk kereta.Sangat-sangat menakjubkan hati saya,rasa sangat teruja dan kagum dengan kebesaran Allah.Seram jauh sekali!

Allahuakbar!Baru ku tahu dan hargai bauan semulajadi yang Allah ciptakan ini...Subhanallah...begitu hebatnya ciptaan Dia.Tak dapat dibanding dengan mana-mana perfume ciptaan manusia walau sehebat mana "brand"nya.Gucci?Dior?Chanel?Minta maaf..kalian bagaikan "setitis" aje,tenggelam pasti dalam haruman yang saya hidu semalam :) Silap-silap haribulan terhidu busuk pula bau kalian nanti.

Dapatla saya menikmati haruman HSM untuk beberapa hari lagi,InsyaAllah :)
Pagi tadi masa alihkan ke luar pagar untuk biasakan "anak-anak" baru dengan local climate halaman saya,masih terbau semerbak HSM dan melur.Cuma baunya sudah tak sekuat malam tadi.

Sebenarnya saya sudah beli bebawang HSM dari En. Iskandar. Dah semai dalam pasu,cuma pembesarannya agak lambat.Mungkin ada silap saya tapi setakat ni belum dapat saya pastikan lagi.Kalau nak tunggu ia berbunga,entah bila :)

Bebawang yang baru bertunas walaupun dah sebulan ditanam.Entah berapa lama yang akan diambil untuk membesar dan berbunga seperti HSM yang dibeli dari nursery kat Sg. Buloh :) (gambar bawah)



Dalam hati saya berniat, kalau melur saya sihat membesar dan berbunga lebat, saya nak amalkan kutip bunga-bunganya letak dalam kereta,dalam bilik tidur,kat ruang tamu...malah dalam poket baju dan beg tangan,supaya,insyaAllah,harapnya saya tak perlu lagi pakai wangian buatan di badan ini :)
Cuma tertanya-tanya,kalau guna bunga letak dalam poket baju dan sebagainya untuk wangikan diri sendiri seadanya, adakah tetap berdosa seperti pakai wangi-wangian untuk tarik perhatian bukan muhrim?Saya harap ada jawapannya :)

No comments:

Post a Comment

Harap dapat beri tunjuk ajar dan berkongsi ilmu dengan saya :)