Bleeding Heart by Shabbyblog

Tuesday, 16 July 2013

Ole-ole dari Mersing

~ Assalamualaikum ~

Kalau hari Isnin memang mudah nak kena Monday Blues..pagi-pagi celik mata dah fikirkan macam-macam hal yang tak sempat setelkan pada hujung minggu dan keje-keje yang mesti disetelkan pagi tu jugak.Buat mood jadi tak berapa ceria dan mudah tertekan.Malasnya nak pegi keje kan,kan kannnn.

Alhamdulillah sampai juga ke tempat kerja,dan ada surprise kat atas meja saya.Kakak satu ofis yang juga minat menanam telah bawakan saya ole-ole dari kampungnya di Mersing :)


buah limau nipis tanpa biji dari Mersing :)

saiz GIANT, cuba compare dengan limau kasturi "normal" kat sebelahnya
`
juga ole-ole limau kasturi dari Mersing.Best ni campur sirap bunga telang buat berbuka puasa!

Wahhhh!Terus mood saya jadi ceria-ceria.Saya sendiri pun tak ingat kami ada bercerita tentang pokok dan buah limau nipis yang special ni,yang kak S bagitau ada ditanam di rumah maknya kat kampung.

Saya betul-betul tak ingat,tapi Kak S ingat yang saya ada "ngecek" keratan pokok limau nipis tu :p
So, dihadiahkannya saya secekak! Yippeeeeeee!

keratan batang pokok limau nipis takde biji GIANT yang sangat banyak!

Sebenarnya saya dan Kak S sama-sama tak pasti macam mana nak biakkan pokok limau nipis special ni sebab takde biji,so takde la benih. Saya main belasah cakap je pokok limau semua boleh biakkan dengan keratan batang :D Kak S percaya dan amik bawa balik ke sini khas untuk saya,hehe.

Ni kalau saya cuba cucuk ni, entah-entah berakar semua nanti kat mana la saya nak tanam.Pokoknya rendang kata Kak S,macam pokok limau bali.Kacukan kah?Dia pun tak pasti.Daunnya pun tengokla kat gambar tu,macam daun limau bali pun ada.

Nampak gayanya..lepas raya nanti saya nak kena "on" projek kebun mini tumpang (atas tanah taman permainan depan rumah) saya gak ni,hoho.

InsyaAllah..kalau ada rezeki nak tanam kat halaman surau taman perumahan saya jugak sebagai wakaf.

Nak bawa balik cucuk kat kampung juga(belah suami dan belah saya).

Tapi still ada banyak extra lagi nih. Dalam masa terdekat ni kalau ada sesiapa yang berminat bolehla inform saya :D

No comments:

Post a Comment

Harap dapat beri tunjuk ajar dan berkongsi ilmu dengan saya :)