Salah satu bulb gladioli yang dibeli dari Kebun Bahagia Bersama.Percambahan bulb yang saya semai tak sepantas semaian orang lain walaupun saya follow cara menanam yang dikongsi di Jualjualbenih.Mungkin ada kesilapan yang saya buat.Walaubagaimanapun ni adalah bulb ke-3 yang bercambah dari 5 bulb,saya rasa satu pencapaian yang baik bagi seseorang yang pertama kali menanam gladioli dan amatur macam saya :) Cuma sejak tunasnya kelihatan tiada perkembangan terbaru lagi setakat ini.Nak siram takut pula bulbnya mereput.
|
Cambahan bebawang harum sundal malam yang dibeli dari TanamSendiri.com pada Mei lepas sudah sebesar ni!Betul kata en. Iskandar dalam emailnya menjawab keraguan saya,pertumbuhan HSM akan rancak bila mencecah 6cm.Sekarang rasanya dah cecah 10cm :) |
|
Tambah menggembirakan,rizom halia merah yang dibeli dari Kebun Bahagia Bersama juga sudah bertunas dan membesar dengan cepat sejak awal minggu ni.Saya bersyukur sebab sanggup sabar menunggu sebelum buat keputusan order rizom lain dari Diana lagi.Kesemua rizom bernas walaupun cuma nampak 2 saje yang berdaun dalam gambar,alhamdulillah.Sebenarnya polibeg ni dah dikacau kucing pagi tadi,nasib baik tiada kemusnahan kekal cuma rizom-rizom yang baru berakar dan bertunas sedikit tunggang terbalik dikaisnya :( Harap-harap halia merah tak merajuk dan terus membesar.Saya jarang siram polibeg ni cuma harapkan rahmat Allah je,hehe.Takut rizom mereput pun ada. |
|
Rizom halia biasa yang digunakan untuk memasak,dibeli di kedai runcit dalam keadaan dah bertunas.Sempat saya potong juga dalam 2 inci buat memasak baru dia selamat masuk polibeg,hihi.Daunnya lain sikit dari halia merah kalau banding dengan gambar kat atas. |
|
Saya tak pasti ni keratan pokok apa..keratan ni dikirim oleh Kak Yah Jom Tanam Bunga tanpa label tapi saya rasa keratan pokok bunga susun kelapa.Senang je nak hidup,saya letak hormon penggalak akar dan masuk pasu.Esoknya dah keluar pucuk baru.Alhamdulillah,semoga dapat membesar dengan baik :) |
|
Ni pun dari Kak Yah Jom Tanam Bunga,keratan Desert Petunia.Keratan ni yang paling cepat bertunas dari 7 keratan yang ditanam kat taman mini tiang letrik TNB kami.2 keratan kat depannya dalam gambar masih belum ada tanda-tanda bertunas. |
|
Satu lagi keratan Desert Petunia yang subur dan bertunas,alhamdulillah.Terima kasih Kak Yah! |
|
Anak pokok Walking Iris dari Kebun Bahagia Bersama saya tanam di bucu luar taman mini untuk tutup area yang berada di luar pagar mini.Saya tanam guna tanah pasir aja dilapisan atas,lapisan bawah adalah tanah sedia ada.Tanah di pangkalnya terpaksa ditutup untuk mengelakkan dari di"kerja"kan kucing.Dalam bekas semaian yang Diana jualkan pada saya ada 4 anak pokok,alhamdulillah.Terima kasih Diana :) |
|
Akhir sekali..saya kagum dengan keratan serai gajah pemberian kakak satu ofis kat tempat kerja,katanya dari kebun ayahnya di Kota Tinggi.Dah la batangnya gemukkkk sangat,pastu cepat sangat pertumbuhannya,rasanya kalau raya nak buat rendang dan kuah kacang nasi himpit guna serai tanam sendiri dah boleh kot,hehe.Alhamdulillah...terima kasih Kak C!Mesti kak C bangga tengok serai gajah ni :) |
|
Salam shifa, hrp tumbuh subur la tuh...saya pun tk penah tanam lg gladioli ni...bunga dia mmg cantik kan? happy gardening
ReplyDeleteSalam @na,
DeleteBetul tu,bunga gladioli cantik sgt :-)
Disebabkan tertawan dgn Priscilla,saya beranikan diri beli bulbs gladioli & cuba tanam.x sabar nak tunggu bunganya.
salam..
ReplyDeletemok nani suka bunga harum sundal malam... sgt jeles tgk pokok shifa.. hu2.. x sangka bleh tanam sendiri... selama ni mok nani duk beli bunga kat kedai jer wat pewangi kat umah... lepas ni nak cuba tanam lah plak...
Salam Mok Nanie,terima kasih sebab sudi singgah lagi =)
DeleteBunga HSM ni saya tak pernah tengok atau tanam,kat kampung pun takde so bila start bertanam semula ni jadi addited pulak dengan bunga-bunga macam ni.Macam angau saya mencari bebawang atau pokoknya.Akhirnya alhamdulillah dapat juga =)
Memang wangiiii sangat macam sexy gitu,hehe.Kalau Mok Nanie nak tanam bebawangnya boleh beli dari TanamSendiri.com,tapi kena cepat sebab laris ni mudah sold out.Saya pula masih belajar nak tanam so tak boleh nak offer kat Mok Nanie.
Oh bila cakap pasal kucing baru teringat. Kalau kucing tu buang najis besar atau kecil dekat pokok memang boleh terbakar pokok sikit kekadang menguning.
ReplyDeleteKalau bulb gladioli timbul atas tanah mungkin nak kena siram kut nanti akarnya tak cukup air sebab tanah bahagian atas airnya mudah tersejat.
Salam Diana,
DeleteSangat betul cakap Diana tu!Sebelum cuti raya saya takut pokoknya mati
kering,saya siram banyak-banyak dalam pasu gladioli walaupun
takut-takut.
Balik cuti raya,ehhhh bersemangat pula bulb gladioli yang
belum bertunas dah tumbuh daun lebih dari 5cm!
Alhamdulillah 4 out of 5 bulbs tak mereput dan dah bercambah
dengan jayanya =)
Ni yang lagi semangat nak tambah koleksi ni!