Setelah tawar-menawar dan cuba masukkan sebanyak mana yang muat, maka berikut adalah hasil yang berjaya saya "adopt" dari nursery di Sg. Buloh :)
Dari kiri, pokok ati-ati daun besar RM15, bunga raya kuning "red throat" bunga saiz XXL RM13, bunga raya putih "red throat" bunga saiz M RM13 |
Kalau tak silap Dianthus kan?sepasu RM6.Dipilih bersama baby girl saya :D |
Pokok bunga harum sundal malam dah siap berbunga!!Saya rasa macam tak percaya dapat beli dengan harga RM10 per polybag :D |
Saya lupa pula ni pokok bunga apa.Nanti saya check dan edit kemudian.RM4 sepasu
Kelima-limanya adalah rain lily,dari kiri warna putih selang seli lilac :). RM10 untuk 4 polybeg dan RM4 untuk sepasu
Ros jepun!!RM8 sepasu.Variasi dan warna yang belum saya miliki,dan saya idam-idamkan :)
Part yang tak bestnya,saya terpaksa give up pokok bunga kemboja sebab kapasiti boot kereta yang terhad :(
Saya cuba pujuk hati...there will always be next time if I believe in it.InsyaAllah ada rezeki boleh datang Sg. Buloh lagi.Masa tu boleh la saya tanya-tanya dan minta pendapat dari Mak Aji juga :D
Tak dapat pokoknya..dapat bunga sekuntum pun jadi la.Bunganya harum sangat lembut cam tersentuh hati rasanya,haha.
Saya rasa tak sabar-sabar pula nak tanam keratan pokok bunga kemboja kuning-putih Bali yang dibeli dari Diana KBB. Tapi keratannya belum berakar lagi. Kemudian teringat pula keratan pokok bunga kemboja yang diminta
Cerita sampingan yang bestnya...dalam perjalan pulang,sebaik meninggalkan nursery tadi satu demi satu nursery yang kami lewati.Rupanya ada banyak lagi pilihan kalau kami teruskan perjalanan tanpa singgah kat nursery tadi!Mata saya membulat mengamati kiri kanan jalan.Kalau boleh nak aje paksa myKanda berenti kat tiap-tiap nursery,haha.Malah,ada juga semaian yang dijual dari halaman rumah aje!Susun tepi-tepi jalan besar depan rumah yang kami lalui macam tu aje pun ada.Wahh...memang syurga peminat tanaman la area Sg. Buloh ni.Saya kagum sampai ternganga,haha.Ni yang buat saya lagi berazam nak datang lagi ke sini.Alangkah seronoknya penduduk kawasan ni bebas menanam apa sahaja yang disukai :) Terasa agak jeles juga.Saya bayangkan halaman gardeners-bloggers yang tinggal di Sg. Buloh,pasti tak kurang hebat dan indahnya kan? :)
No comments:
Post a Comment
Harap dapat beri tunjuk ajar dan berkongsi ilmu dengan saya :)