~ Assalamualaikum ~
Beberapa hari lepas saya ada bercerita tentang
"keajaiban" yang sedang berlaku di taman mini Sejambak tiang letrik TNB kami.
Hari ni ada perkembangan yang menakjubkan :)
Gambar menunjukkan transformasi pokok bunga Zinnia yang dimaksudkan.
|
Hari-hari saya check keadaan tanaman di taman mini,tapi 20 Julai lepas baru perasan akan pokok yang "istimewa" ni.Sangat hairan sebab dah tunjukkan tanda-tanda sedang berbunga walaupun pokoknya cuma setinggi lebih kurang 7cm je. |
|
Bunga kecil tu mula kembang pada 25 Julai tapi kembangnya tak sempurna,warnanya pun tak dapat dipastikan betul-betul sama ada pink atau peach.Dah makin tinggi mungkin cecah 10cm. |
|
Tadaaa...!27hb lepas seolah-olah sudah kembang mekar :)
Warnanya pink pudar,hampir putih.Perhatikan ada bunga-bunga kecil warna kuning di dalam kelopak luarnya(biasanya zinnia memang jenis bunga yang dalam bunga),menunjukkan bunganya masih berciri-ciri bunga zinnia(rujuk gambar bawah).Mungkin dalam beberapa hari lagi bunga kecil kuning tu pun akan mekar berbentuk bintang juga. |
|
Zinnia yang mekar |
Saya agak,mungkinkah pokok bunga zinnia ni mengalami kelainan genetik/kecacatan DNA atau ikut perumpamaan manusia, pokok bunga "istimewa"?
Subhanallah..tumbuh-tumbuhan pun kalau kita perhati dan fikirkan,menunjukkan kekuasaan Pencipta kita...Tiada yang mustahil bagi Allah.
Saya tak tahu la selama mana hayat pokok "istimewa" ni,tapi saya akan terus ikuti perkembangannya setiap hari insya Allah :)
Kalau pokok bunga kekurangan sesuatu atau stress akan mengujakan ianya berbunga walaupun masih kecil lagi pokoknya.
ReplyDeleteSalam Diana,
DeleteLepas balik dari cuti beraya kat kampung,
saya check taman mini pokoknya dah tak ada...sedih =(
assalam Narshifa... selamat hari raya... zinnia yg akak semai suka dengan baja organik... alhamdulillah raya ni warnanya pink pekat dan kelopak fluffy sangat... teringat akak punya zinia yg satu-satunya berwarna orange.. saiz serupa dgn narshifa punya ni.. tapi sayang tak dapat kumpul benih.. sekejap je dah ko...oh ya mohon letakkan fungsi follower .. akak rasa mesti ramai nak follow ni... best baca coretan kebun blog ni
ReplyDeleteSalam Kak Mar,
DeleteSelamat Hari raya juga dari saya walaupun dah amat-amat lambat =)
Kak Mar pun peminat zinnia agaknya?hehe.saya pun tengah
kumpul macam-macam variety zinnia,ada yang dah try tanam
dan sekejap je membesar dan berbunga.Laman nampak meriahkan
kalau tanam pokok bunga ni banyak-banyak?Dahla senang jaga,
tempoh mekarnya pun lama.Berbaloi tanam(benih pun boleh
campak-campak je).Kak Mar cuba tanam lagi ye =)
Saya tak pasti fungsi follower tu macam mana jadi saya main
hentam je try letak widget yang ada,betul tak fungsi ni
Kak Mar?haha..ni lah kelam IT namanya,hehe.