Bleeding Heart by Shabbyblog

Wednesday, 28 August 2013

Walaupun terlambat

~ Salam Syawal buat semua ~

Rasanya macam janggal pula nak wish Selamat Hari Raya Aidilfitri bila tengok kalendar.Dah hujung-hujung betul ni..tinggal berapa hari lagi je Syawal akan diganti dengan Zulkaedah.Demam open house pun mesti dah makin memuncak ni kan.

Mohon ampun dan maaf pada pelawat-pelawat blog ni kalau ada,sebab terlambat ucap selamat hari raya dan menyepi tanpa berita sejak lebih kurang 2 minggu sebelum raya aritu lagi.Terutama pada Diana Kebun Bahagia Bersama dan Kak Mar Suka Suka,yang sudi ziarah laman ni dan tinggalkan jejak tapi tak terbalas lagi oleh saya...terharu dan gembira sangat =)



Sebagai coretan awal sejak cuti berblog tak dirancang.

Alhamdulillah dapat lagi kami sekeluarga sambut Aidilfitri 1434H bersama-sama tahun ni.Alhamdulillah juga...puasa tahun ni merupakan "rekod tanpa tinggal" bagi saya =D
tak payahlah ganti pose tahun ni yeahaaa!

Bagi yang paham,pasti tersenyum-senyum dan berkata-kata lam ati,patutlaaaa...hehe.

Saya pun nak cakap patutlaaa jugak.Mana taknye,masa Ramadhan lepas beriya-iya berkebun waktu siangnya pastu malam melepekkkk je lembik macam biskut cap ping pong cicah lam air milo =(
Ingatkan buang tebiat ape rajin nak menanam dan angkut tanaman dari pasar tani dan nurseri berpasu-pasu tapi malam penat lak nak beribadat.Rupa-rupanya memang "ada tebiat".Alhamdulillah,rezeki ulangtahun ke-5 perkahwinan (20 Ogos lepas) =)

Kesihatan tak terganggu sangat cuma penat,mual dan pening aje,dicampur dengan perasaan badan rasa berat bertan-tan a.k.a penyakit malas bergerak,kuangx3.

Yang mengganggu aktiviti berblog sekarang ni sebenarnya ialah masalah sambungan internet kat rumah,hukhuk.Geram jugak ni...bayar mahal sebulan(mahal sikit je marah lak lebih-lebih,hehe) tapi asyik terganggu jek servisnya.Dah banyak kali myKanda tepon provider tapi dia sambung kejap je 3,4 hari minggu lepas,then tak dapat guna lagi sampai ke hari ni.Nak jekkk saya sebutkan nama servis provider nih tapi nanti kang bunyik cam fitnah lak.Kita expect dah harga servis mahal,servis yang dapat pun memuaskan hati gak la,tapi rupanya lama-lama bermasalah juga.Ni la masalahnya ngan bisnes servis kat Malaysia.Cuba la contohi negara-negara maju macam Jepun tu..

Sampai sekarang,tak tahu apa masalahnya.Nak kata tak bayar bil,kalau tertunggak pun,myKanda dah bayar total RM600 dah sejak dari sebelum cuti raya sampai ke hari ni.Gangguan sambungan sejak dari lepas cuti raya lagi..dah dekat sebulan ni,grrrr.

Sambungan internet kat ofis tak begitu menggalakkan,ditambah dengan simptom-simptom penyakit buatan orang tu menyebabkan baru hari ni berjaya saya bukak blog update balik.

Sorry ye hari ni takde gambar,gambar-gambar lam komputer kat rumah...harapnya dapat la saya continue bercerita kat J-a-N ni lagi pas-pas ni...

Bagi saya sikit masa untuk reply komen dan update cerita serta gambar ye =)

4 comments:

Harap dapat beri tunjuk ajar dan berkongsi ilmu dengan saya :)