Bleeding Heart by Shabbyblog

Showing posts with label Side story/Selingan. Show all posts
Showing posts with label Side story/Selingan. Show all posts

Wednesday, 4 September 2013

Masih terkial-kial

~ Assalamualaikum ~

Akhirnya...dapat juga saya selesaikan misteri kenapakah ada blog yang saya follow tapi updatenya tak ditunjukkan kat side panel...fenin saya mikirkan kat mana silapnya.Dah banyak kali saya miss latest update blog yang saya follow.Rupa-rupanya..saya kena bukak "Configure Blog List" dan select blog yang saya nak showkan kat side panel dari list blog yang difollow ("Blogs I'm following") ataupun direct key in URL blog tersebut kalau saya tak follow.


Awat berbelit-belit sangat methodnya?huhuhu...please be more user friendly..kalau terus letak option ni kat Reading List panel(kat dashboard) tu kan senang!
eh mengkomplen pulak =p padahal awak tu yang kelam IT cik kak oiiii


Wednesday, 28 August 2013

Walaupun terlambat

~ Salam Syawal buat semua ~

Rasanya macam janggal pula nak wish Selamat Hari Raya Aidilfitri bila tengok kalendar.Dah hujung-hujung betul ni..tinggal berapa hari lagi je Syawal akan diganti dengan Zulkaedah.Demam open house pun mesti dah makin memuncak ni kan.

Mohon ampun dan maaf pada pelawat-pelawat blog ni kalau ada,sebab terlambat ucap selamat hari raya dan menyepi tanpa berita sejak lebih kurang 2 minggu sebelum raya aritu lagi.Terutama pada Diana Kebun Bahagia Bersama dan Kak Mar Suka Suka,yang sudi ziarah laman ni dan tinggalkan jejak tapi tak terbalas lagi oleh saya...terharu dan gembira sangat =)


Monday, 22 July 2013

Kesedihan melanda

~ Assalamualaikum ~

Sungguh takde mood nak tulis entri blog hari ni...

Bukan sebab Monday blues ye.

Tapi banyak sangat perkara tak menyeronokkan berlaku minggu lepas sampai ke hari ni :(

Bukan nak merungut ye.

Nak cerita kat sini je..nanti besok-besok time senang dan bahagia boleh flashback ke time susah macam sekarang supaya tak lupa diri bila baca entri macam ni :p

Cuma sekarang ni rasa penat sangat...nak gi layan mood muram ni dulu :(

Kita cerita kendian. Wassalam...

p/s : rinduuuu sangat kat nenek di kampung.Kalau susah hati macam sekarang,selalu terasa nak balik kampung duduk celah ketiak dia cam dolu-dolu :p



Warna orange cosmos yang sangat ceria buat pengubat hati

Saturday, 13 July 2013

Gara-gara aphid

Saya benci aphid.Sampai hati dorang pakat serang pokok ros jepun gantung saya ramai-ramai.Patut la saya tengok ros jepun tu sejak balik dari Sg. Buloh cam tak berapa sihat aje.Ingatkan sebab ros jepun homesick kat Sg. Buloh.Ingatkan sebab belum dapat sesuaikan diri dengan local climate kat laman kami lagi.

Kebetulan,time cuba petik sekuntum nak kasi kat baby girl saya yang berkenan kat ros jepun tu,saya perasan ada makhluk itam-itam lekat kat jari saya dan kelopak bunga.Apa ni?Saya tengok dekat-dekat,rupanya aphid!Kensel kasi hadiah bunga kat baby girl saya.Terus saya capai botol racun organik saya dan sembur satu pasu!

Wednesday, 10 July 2013

Marhaban Ya Ramadhan 1434H

~ Salam Alaik ~

Entri ni mungkin akan appear lambat kerana masalah teknikal pada komputer office tempat saya post entri ni.

Saya ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada diri sendiri dan semua umat Islam khususnya yang minat menanam sendiri di rumah, semoga Ramadhan tahun ni membawa seribu keberkatan buat kita,insyaAllah...

Walaupun menjalani ibadah berpuasa, saya berazam tidak akan mengabaikan tanaman-tanaman saya :)
InsyaAllah.

Wednesday, 5 June 2013

Hadiah Istimewa di hari lahir

Minggu ni dapat 2 penghantaran biji benih. Satu dari Miruku's Garden, ada 6 paket benih semuanya termasuk satu paket benih percuma. Satu lagi adalah penghantaran yang ditunggu-tunggu..benih kongsi dari Kak Lynn tuan tanah blog Growing & Being :)

Benih kongsi dari Kak Lynn sangat istimewa kerana tiba ke tangan saya pada hari saya menyambut hari lahir saya :)

Walaupun kak Lynn tidak menyedarinya, tapi saya anggap benih-benih kiriman dari Kak Lynn adalah hadiah hari lahir yang istimewa kali ini. Terima kasih kak Lynn,semoga Allah mengurniakan rezeki yang melimpah ruah pada akak, dan diiringi kesihatan yang baik :)

"birthday present" dari Kak Lynn :)



benih dari Miruku's Garden

Wednesday, 29 May 2013

Pilihan suai-padan yang Cantik Berseri

...itulah yang saya fikirkan saat memasuki halaman rumah seorang kenalan saya. Kakak ni baru pindah ke rumah baru dia ni.Sebelum ni masa saya bertandang, kerja-kerja renovation baru selesai dan di porchnya belum ada apa-apa penyeri laman lagi.Kali ni saya tengok, porchnya sangat berseri-seri :)


Sempat pulak saya snap sekeping gambar setelah salam diberi.Kakak tuan rumah kehairanan kenapa orang yang memberi salam tak masuk-masuk walaupun dah dijemput. Bila dia jenguk keluar pintu nampakla tetamunya terbongkok-bongkok membelek bunga-bunganya,haha. Kat rumah orang pun buat perangai gila bunga :D

Friday, 17 May 2013

Selamat Menyambut Minggu Penghargaan Guru 2013

First time anak-anak sambut minggu penghargaan guru,ibunya pulak yang terlebih excited nak kasi penghargaan pada cikgu-cikgi.Niatnya nak mendidik anak-anak hormati dan hargai jasa cikgu walaupun cikgu tadika/nursery =)


Ucapan ditulis oleh murid teacher sendiri tau (si abang).Ibunya tolong decorate aje("jurus" printout-paste)

Belakang kad. Print out template dari internet kemudian tampal aje,hihi


Coklat ditempah khas untuk cikgu-cikgu.Plannya nak buat sendiri tapi skill tak cukop.Coklat ditempah dari junechocolate.Terima kasih atas coklat yang menarik pada harga yang berpatutan walaupun saya order last minute :)

Complete set.Yeay~!

Kad dan coklat diserahkan sendiri oleh anak-anak kepada teachers.
Terima kasih Guru dan warga kerja Nuri Bukit Dahlia.
Kami ibu bapa turut menghargai jasa teachers =)