Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui isi-isi hati...
Sekadar berkongsi sedikit peringatan,terutama untuk diri sendiri.
Sudah banyak kali,sekiranya diri ini lalai akan datang peringatan untuk diri ini dalam pelbagai bentuk.Pasti ada.Cuma terpulang pada hati ini untuk menyedari,mengakui dan menerimanya.
Perselisihan faham yang berpunca dari kelemahan diri sendiri,tapi nafsu lebih menguasai walaupun sedang menjalani ibadah berpuasa hinggakan dia yang mesti dipatuhi saya ingkari.
Hari ini, bertitik tolak dari pencarian di alam maya berkenaan sesuatu yang tiada kait-mengait pun,saya ditemukan dengan blog seorang hamba Allah.Entri yang dibaca sangat ceria dan bahagia nampaknya empunya tuan tanah.
Namun blog archives terhenti sekadar 2 entri untuk tahun ini.Dipenuhi perasaan ingin tahu,saya baca entri yang terakhir,bertarikh Mac yang lepas.
Sungguh perasaan saya tergugat dikala membaca baris demi baris.Tak disangka,penulis sedang menghadapi dugaan yang hebat.Masakan tidak,sekelip mata dia kehilangan suami tersayang..sedangkan baru sekejap tadi saya baca entri bertarikh setahun sebelumnya menceritakan suaminya sedang menyokong program dietnya dan sebagainya.Sangat "loving" dan mesra,sehingga terbit cemburu sikit di hati ini yang menginginkan perhatian yang serupa.Tapi tiba-tiba entri terakhirnya menceritakan tentang hari-hari yang dihadapi dengan tabah setelah kehilangan suaminya.
Saya terkesima.
Allahu Akbar.
Bagai melihat drama kehidupan "live" di kaca tv.Bagai sedang "ditegur" oleh Allah yang Maha Melihat melalui pena penulis ini.
Tak dapat dibayangkan kalau ini adalah cerita saya.Tak terperi kesalan yang akan ditanggung pastinya.
Memetik kata-kata penulis blog tersebut di entri "Dugaan Allah" :
===================================================================================================================
mahu tidak mahu...perit atau tidak...aku harus hadapi...aku harus lalui...aku harus tabah...dan aku harus REDHA....perkataan terbaik yang bole aku gambarkan adalah REDHA...redha dengan keadaan...redha dengan ujian Allah...kita hidup di dunia ni semuanya pinjaman...cuba pikir...dalam dunia ni apa yang menjadi milik kita? cer pikir...ada tak?..semuanya milik Allah...suami...anak...ibu bapa...semuanya hanyalah pinjaman...semua itu hanyalah 'watak' dalam 'cerita' kita...bila2 masa saja 'watak' itu boleh dimatikan...
jadi usah lah kita terlalu meratapi nasib..dunia ini hanyalah sementara...yang menunggu kita adalah AKHIRAT...
jadi...cukup x amalan kita?
dunia ni tiada apa2...jgn terlalu risau dgn hal dunia...
===================================================================================================================
Mata saya panas dengan air yang ditahan dari melimpah.Sememangnya bukan tragedi yang berlaku pada diri ini.Namun sangat tersentuh di hati.Mengingatkan diri saya supaya tidak "take for granted" ataupun buat sambil lewa terhadap insan tersayang yang masih di sisi.
Bukannya mahu meminta supaya dikekalkan bersama selama-lamanya.Di dunia tidak mungkin kerana kalau bukan dia atau mereka, saya yang akan dipanggil kembali dahulu...Namun yang mahu diingatkan pada diri adalah tanggungjawab dan peranan yang mesti dilaksanakan sementara masih ada kesempatan untuk bersama di dunia ini.
..terlaksanakah sudah peranan saya sebagai ibu dan isteri?Jawapannya sebahagian perlu menjawab pertanyaan-pertanyaan seterusnya juga,bila diambil kira dari skop yang lebih kecil dan terperinci.
Mungkin kita ingat,kita memang sayang tak benci pun...tapi adakah kita menzahirkannya?Senyumkah kita pada mereka hari ini?Dah peluk cium?Sempat tak buat mereka tahu kita sayang mereka,masih tak berubah dari hari pertama?Ada bagi perhatian tak,mereka sedih ke gembira ke lapar ke dahaga ke penat ke...?Ada berbual-bual mesra dengan mereka tak walaupun sekadar bertukar cerita kosong yang berlaku saban hari atau cuma marah-marah dan membebel kemudian melabuhkan tirai untuk hari itu?
Bila mereka tiada,pada siapa kita akan menzahirkannya.
Sepatutnya saya harus lebih bersyukur kerana Allah masih meminjamkan mereka yang tersayang pada saya...
Jangan lupa MAAF juga.Tiada guna ego ini bila pinjaman ditarik balik nanti...
Semoga menjadi motivasi ke arah perubahan diri yang sebenarnya menjadi azam tahun ini(dan azam tak tercapai tahun lalu).
Dan harapan dan doa seikhlas saya...betul-betul harap kalau lah boleh saya sampaikan terus pada penulisnya...saya berharap sangat dirinya dan anak-anak tetap dirahmati,diberkati dan dilindungi Allah selalu.Walaupun hati pasti amat hancur dan sedih tapi semoga tetap dapat merasai bahagia-bahagia lain yang pastinya adalah rahmat yang terlindung disebalik kejadian.
Terima kasih Allah untuk rahmat berbentuk PERINGATAN melalui perkongsian cerita insan lain pada diri hamba-Mu yang sentiasa lalai ini.
p/s : minta maaf kalau ada yang terganggu bila tak sengaja terbaca entri penuh emo ini..
* pic credit to : http://nisawp.blogspot.com/2012/10/doa-keluarga-bahagia.html
No comments:
Post a Comment
Harap dapat beri tunjuk ajar dan berkongsi ilmu dengan saya :)