Bleeding Heart by Shabbyblog

Friday, 19 July 2013

Isytihar Perang

Minggu ni saya "isytihar perang" pada kucing atau kucing-kucing perosak suasana laman saya >:(


Siap korang!!
*gambar diambil dari gugel

Saya makin hilang sabar neh.Jangan nanti kalau saya dapat saya apa-apakan kamu,hoho.

Perangai dorang ni makin menjadi-jadi.

Hampir tiap-tiap pagi DAN petang minggu ni, saya kena mengutip sisa kumbahan dorang ni dari pasu atau taman mini saya >:(

Dah la memang kelam kabut nak gi keje(bulan posa traffic jam teruk sangat).Lagi nak kena tahan hidung dan mata mengutip benda-benda kotor tu.Kalau dibiarkan,kompem nanti berlalat berulat.Lagipun tak tahan hidung ni nak mencium baunya.Risau anak-anak terpegang pun ada juga...

Pagi-pagi dah buat spoil mood orang >:(

Petang-petang lagi menambah stress orang!

Saya dah cuba bermacam-macam petua.Marah memang marah,tapi takdo la saya nak biarkan macam tu aje.

Jenuh tanya incik gugel.Macam-macam info yang dapat. Kita buat post mortem petua yang dah dipraktikkan sikit.

1) Serbuk kopi
Kat rumah takde yang minum kopi original mahupun 3-in-1,jadi saya takde serbuk terpakai.Saya beli jenis serbuk dari kedai dan terus tabur dalam pasu-pasu dan kat taman mini.

Mula-mula macam berkesan.Lagipun saya suka,sebab boleh jadi baja kat tanaman kita.Baunya pun bagi hidung saya ni,memang sedap.Macam bau kedai kopi :p Cuma lepas kita siram tanah tu..baunya jadi tak kuat.So pagi esoknya lepas kita gi keja,dorang datang buat onar lagi >:(

2)"Pagar" area pasu dengan pagar dawai plastik
Ni idea myKanda dan disetujui saya sebab macam penyelesaian terpantas :p

Tapi dibelinya tak cukup ukuran,pendek tak dapat cover area sepatutnya.Dah pasang pun,kucing datang menyepah jugak sebab masuk kot belah pagai dawai yang pemaju pasang tu antara rumah kami dan jiran.Dah satu hal susah saya nak bukak tutup pagar dawai plastik tu masa nak membersih sebab myKanda beli tak cukup panjang,jadi dia pasang ala kadar aje sungguh tak user friendly...Lagi satu,kaedah ni tak menyelesaikan masalah najis kucing kat taman mini saya :(

3) Pacak ranting kayu/lidi satay/letak batu
Konon-kononnya kalau dorang sayang buntut,takkan berani nak masuk dalam area taman mini/pasu penuh berceracak ranting dan hujung lidi satay yang tajam tu.Kalau letak batu,menghalang dorang dari menggali so tak berakla dorang kat situ.

Mula-mula macam berkesan.tapi sehari dua aje......kalau dah namanya binatang tuh,setakat kayu-kayu tajam gitu dibongkarnya sekali ngan tanah kemudian terus "melepas" jugak,atas batu pun no hal lah sebab ni tadak sivik punya binatang,takde main kambus-kambus balik ye tuan-tuan puan-puan.Tak dapat dalam pasu,dah sakit perut beno agaknya,dia melepas lak kat atas birai pasu!*Baso nnatei dop reti baso!,bak kata oghe klate :p

Cucuk rapat-rapat pun,asal ada ruang untuk dia jejak kaki dalam pasu atau taman mini,dia masuk aje diredahnya sumer lidi satay mahupun ranting yang dicucuk tuh.Asal muat aje bontot ko kat ruang tu,tercapai la hajat ko yeeeee! >:( Haihhhh,makin panas hati saya nih.

Juga kaedah ni sebenarnya agak merbahaya pada anak-anak saya :( (si abang dah terluka tangannya terkena lidi satay,si adik lak suka main cabut-cabut...risauuu ibu kot kena mata nanti)

4)Semburan air rendaman teh chamomile
Kononnya kucing tak suka bau aroma herba chacomile nih.Lagipun air chamomile bagus untuk halau serangga perosak dan menguatkan semula tanaman yang bermasalah.Jadi,saya suka!saya suka! maka belilah saya sekotak teh chamomile dan saya rendam semalaman 3 uncang dalam lebih kurang 200ml air panas sebab nak dapatkan kepekatan 3 kali ganda.Perghhh bau dia..semerbak wangi :)

Lepas habis sembur semua tanaman yang saya ada,porch saya dah bau macam kedai herba :D

Pagi esoknya lepas saya sembur semua tanaman dalam pasu saya petang semalam,menatang nih datang berak dalam pasu KERATAN BATANG BUNGA SUSUN KELAPA kesayangan saya yang baru saya semai Ahad lepas!!!Q!@W@#ER$Y%U!!!!

Siap dibongkarnya keratan batang tu sampai senget-senget habesssssssssssssss.OIIIIIIIIIIIIIIIII ngok!

Saya dah terlambat sangat pagi tadi,saya cuma mampu pandang sekilas dan memandu penuh marah ke ofis >:(

Balik nanti hancur lagi laaa hati saya tengok pasu keratan batang bunga susun kelapa tu :'( Siap bertempek kat batang tu yang tak tahannya,adussss...

APA LAGI YANG MESTI SAYA LAKUKAN???

Cuka,serbuk kari,serbuk cili dan semburan citrus saya belum cuba sebab tak pasti efek pada tanaman(saya nak sembur/tabur dalam pasu atau area taman mini,bukan atas lantai simen aje).Nanti jadi berasid tanah tu,mati pulak tanamanku,huhu.

Petua guna serai pun ada.Cuma ni pun sama dengan kopi,hilang aromanya datang la lagi kucing tu.Serai pun boleh tahan mahal gak harganya nak kena beli banyak-banyak cucuk dekat setiap pokok dan dalam pasu..pastu kena maintain tukar ganti selalu lak tu bila bau dah tak kuat,supaya efektif.Rasa cam membazirkan serai pun ada,hoho.Kalau tokey serai takpe la jugak.

Saya rujuk incik gugel lagi.

Ada petua guna minyak masak bekas gorengan tuang kat area kucing suka buat onar.Hmm...tak mengundang serangga perosak lain pulak ke kat pokok sebab tertarik dengan bau dari minyak bekas gorengan tu?

Ada cat repellent buatan Jepun jenama Daiso dijual online.RM10 satu o_O;
Ma..mmmahal..Ingat nak gi cari sendiri lah kat Daiso JUSCO Bukit Indah weekend ni.

Atau...last resort saya,saya beli je jaring dawai atau plastik pacak keliling dalam pasu.Ni kos agak tinggi tapi rasanya berbaloi untuk dicuba sebab macam dapat halang pencerobohan kucing dari semua sudut :p

Pastu myKanda cakap weekend ni maybe nak ajak gi Melaka ada urusan.Kalau la dapat tangkap makhluk perosak ni sebelum pegi, saya akan buang dia jauh-jauh kat sana.Tak kira la liar ke belaan.Amekawww >:D

Tapi rupanya ada satu lagi cara yang saya belum buat.

Iaitu BERDOA PADA ALLAH supaya binatang-binatang tu tak mengacau lagi pasu,taman mini mahupun halaman saya dan jiran saya(dia pun jadi mangsa tapi saya lebih teruk)

Di bulan Ramadhan ni,walaupun doa dan permintaan tu nampak remeh dan kecik aje di mata orang lain dan saya sendiri,tapi Allah kan Maha Mendengar.Dia berkuasa nak makbulkan mana-mana permintaan hamba-Nya kan.Saya duk sibuk rujuk incik gugel,padahal Allah lagi Maha Mengetahui.

Marah memang marah,sakit hati toksah cakap.Tapi saya terfikirkan sesuatu pula.

Mula-mulanya,saya fikir negatif aje.Kucing jahat.bodo,dengki tanaman orang blablablaaa.Namun bila saya menelusuri usaha-usaha saya selama ni,saya sedar yang masalah saya dengan kucing ni telah membuatkan saya jadi lebih rajin dan kreatif.Dan pastilah,memupuk kesabaran dan menjadi satu ujian pula bagi saya di bulan yang mulia ini :) Padahal baru je hari tu mencepuk kepala anak kucing saspek jenayah menyepah ni yang tengah panjat pasu nak cari "pot",eh macam pelik je akhir-akhir ayat neh :p Macam Allah nak tunjuk salah satu jalan untuk buat pahala free lak kalau bersabar dengan binatang-binatang ni,bersabar bersihkan tempat dorang buat sepah tu dan bersabar jaga tanaman saya walaupun penat berpuasa.


Sejukkan ati jap tengok aksi cute dia dulu :)
*gambar dari koleksi kawan saya yang kumpul dari gugel

Pa pe pun, perang tetap on wokeh kucing-kucing sumer!Owyeahhhh >:D

*Baso nnatei dop reti baso
- loghat Kelantan yang bermaksud "Dasar binatang tak faham bahasa"
- memang la tak paham bahasa dah namanya binatang,kuikuikui

No comments:

Post a Comment

Harap dapat beri tunjuk ajar dan berkongsi ilmu dengan saya :)