Bleeding Heart by Shabbyblog

Showing posts with label Bunga Rain Lily. Show all posts
Showing posts with label Bunga Rain Lily. Show all posts

Tuesday, 23 July 2013

Terbelit sulur sendiri


~ Assalamualaikum ~

Menjelma sudah Ramadhan hari ke-14...pantas sungguh dirasakan hari-hari yang berlalu di bulan yang mulia ini.Tup tup,dah separuh perjalanan....sedangkan diri ini masih belum buat apa-apa "resetting" lagi..  :(

Tadi keluar sekejap ada hal,dalam perjalanan nampak bulan mengambang penuh cerah berseri-seri,sangat kontra dengan dada langit yang gelap pekat.Entah mengapa,tiap-tiap kali saya merenung bulan purnama,hati akan diterjah rasa rindu yang aaaaaaaamat sangat.Sampai boleh menangis teresak-esak akibat menanggung rindu yang tak ketahuan pada siapa itu (kisah benar berlaku pada saya masa remaja,sehinggakan disangka saya telah histeria).

Sunday, 14 July 2013

Rain Lily Lilac Yang Menawan

~ Assalamualaikum ~

Walaupun berpuasa ku gagahkan juga kederat ni untuk setelkan hal-hal tanamanku.

Minggu ni banyak pulak keja-keja menanam yang mesti disetelkan secepat mungkin,so nak tak nak kena kerahkan jugaklaa tenaga yang tak berapa ada sebab asyik miss sahur aja.

Namun penat tu seakan-akan hilang bila Rain Lily warna lilac menghadiahkan muka comel kepada saya.

Wednesday, 3 July 2013

"Ädopted" dari Sg. Buloh Part 2

Kalau ikutkan saya mahu lebih banyak lagi,tapi memandangkan ruang boot belakang Myvi saya yang limited, saya terpaksa "give-up" beberapa pokok :(

Setelah tawar-menawar dan cuba masukkan sebanyak mana yang muat, maka berikut adalah hasil yang berjaya saya "adopt" dari nursery di Sg. Buloh :)


Dari kiri, pokok ati-ati daun besar RM15, bunga raya kuning "red throat" bunga saiz XXL RM13, bunga raya putih "red throat" bunga saiz M RM13


Kalau tak silap Dianthus kan?sepasu RM6.Dipilih bersama baby girl saya :D



Pokok bunga harum sundal malam dah siap berbunga!!Saya rasa macam tak percaya dapat beli dengan harga RM10 per polybag :D




Dari kiri..melur lagi, sebelahnya melur juga.kedua-duanya variasi berlainan.Kita cerita dalam entry yang lain khas untuk melur ya :) RM8 satu.Sebelahnya Cosmos..tak check lagi variasi mana,maybe sulphureus.RM4 kalau tak silap.



Saya lupa pula ni pokok bunga apa.Nanti saya check dan edit kemudian.RM4 sepasu
 



Kelima-limanya adalah rain lily,dari kiri warna putih selang seli lilac :). RM10 untuk 4 polybeg dan RM4 untuk sepasu
 



Ros jepun!!RM8 sepasu.Variasi dan warna yang belum saya miliki,dan saya idam-idamkan :)

Part yang tak bestnya,saya terpaksa give up pokok bunga kemboja sebab kapasiti boot kereta yang terhad :(
Saya cuba pujuk hati...there will always be next time if I believe in it.InsyaAllah ada rezeki boleh datang Sg. Buloh lagi.Masa tu boleh la saya tanya-tanya dan minta pendapat dari Mak Aji juga :D


Tak dapat pokoknya..dapat bunga sekuntum pun jadi la.Bunganya harum sangat lembut cam tersentuh hati rasanya,haha.


Saya rasa tak sabar-sabar pula nak tanam keratan pokok bunga kemboja kuning-putih Bali yang dibeli dari Diana KBB. Tapi keratannya belum berakar lagi. Kemudian teringat pula keratan pokok bunga kemboja yang diminta dengan muka tak malunya dari Mak Aji :) InsyaAllah sampai masanya ada la rezeki saya nanti. Dapat la mengubat hati yang pilu tak kesampaian nak beli pokok kemboja bunga warna blushing pink ni.

Cerita sampingan yang bestnya...dalam perjalan pulang,sebaik meninggalkan nursery tadi satu demi satu nursery yang kami lewati.Rupanya ada banyak lagi pilihan kalau kami teruskan perjalanan tanpa singgah kat nursery tadi!Mata saya membulat mengamati kiri kanan jalan.Kalau boleh nak aje paksa myKanda berenti kat tiap-tiap nursery,haha.Malah,ada juga semaian yang dijual dari halaman rumah aje!Susun tepi-tepi jalan besar depan rumah yang kami lalui macam tu aje pun ada.Wahh...memang syurga peminat tanaman la area Sg. Buloh ni.Saya kagum sampai ternganga,haha.Ni yang buat saya lagi berazam nak datang lagi ke sini.Alangkah seronoknya penduduk kawasan ni bebas menanam apa sahaja yang disukai :) Terasa agak jeles juga.Saya bayangkan halaman gardeners-bloggers yang tinggal di Sg. Buloh,pasti tak kurang hebat dan indahnya kan? :)