Sengkuang, 5 minggu |
Zinnia, dah 6 minggu kot.Yang kecik-kecik kat pangkalnya tu belum |
Ni tak ingat dah sayur apa,tabur benih kat pasu panjang ni tapi terlupa sebab tak tanda,bila ingat balik masa tu dah tanam sengkuang & bawang putih kat sini.Ingatkan benih-benih tu takkan hidup,tapi dalam 2 @ 3 minggu selepas ditabur,bercambah pula dan cepat membesar.Tak sempat nak alih lagi.Suspek utama adalah sayur salad atau cabbage sugarloaf.
Ni pun sama.dalam pasu panjang,sebelah bawang putih.penah kena kacau dengan kucing,tapi hidup dan membesar.
Sama juga dengan yang kat atas tadi.Dalam pasu panjang sebelah bawang merah saiz besar yang malu-malu tak bertunas.
Ni pun kes sama.Tapi yang ni paling subur membesar,bandingkan saiznya dengan yang lain.Agaknya sebab dia tumbuh kat tengah-tengah pasu antara 2 biji bawang merah saiz besar tu,tempat strategik.yang lain kat ceruk-ceruk...kesian.nak kena transplant gak nih yang lain-lain tu.Yang ni saya buat self watering system untuk dia memandangkan sekarang setiap hari cuaca panas terik.Pilih kasih ek?
Cambahan bunga butang biru yang menjadi kesayangan sekarang :) petang semalam dah sujud ke bumi,nak nangis saya tengok.tapi berkat kesabaran menyiram,hari ni tegak berdiri semula.kental semangat si kecik ni,sebab tu ibu sayang :D
Benih herba Garden Watercress Curled pun macam dah bercambah.nampak tak cinonet jek sepasang daun hijau tuh?harap cambahan 9 biji benih yang lain pun akan tunjukkan muka juga :)
Cambahan Cosmos Caudatus(4 batang di belakang) dan Zinnia profusion mix (6 batang di depan).Asalnya semai dalam kotak tisu,esoknya kena hujan lebat,kotak tisu terus terbarai masa cuba dialihkan.takut nanti benih-benih jatuh atau hilang atau rosak,saya biarkan aje sampai bercambah.Nanti esok lusa nak transplant dalam pasu :)
Setakat ni itu eje...kot.tapi bila pikir-pikir balik,macam terlupakan sesuatu..oopsss..mana pokok bunga telang 3 bersaudara dan ros jepun 5 sekawan?terlupa daaaa.Maafkan ibu f('-';
No comments:
Post a Comment
Harap dapat beri tunjuk ajar dan berkongsi ilmu dengan saya :)