Bleeding Heart by Shabbyblog

Showing posts with label Bunga Butang/Cornflower. Show all posts
Showing posts with label Bunga Butang/Cornflower. Show all posts

Saturday, 15 June 2013

Progress 14/6/13

Sengkuang, 5 minggu
Zinnia, dah 6 minggu kot.Yang kecik-kecik kat pangkalnya tu belum
 
Zinnia,tanam lebih kurang timing sama dengan zinnia kat atas.Tapi tak besar-besar macam bantut.Tanah yang digunakan tak sama dengan zinnia kat atas.Ada semaian baru tengah tumbuh tak sampai seminggu lagi.
 


Ni tak ingat dah sayur apa,tabur benih kat pasu panjang ni tapi terlupa sebab tak tanda,bila ingat balik masa tu dah tanam sengkuang & bawang putih kat sini.Ingatkan benih-benih tu takkan hidup,tapi dalam 2 @ 3 minggu selepas ditabur,bercambah pula dan cepat membesar.Tak sempat nak alih lagi.Suspek utama adalah sayur salad atau cabbage sugarloaf.



Ni pun sama.dalam pasu panjang,sebelah bawang putih.penah kena kacau dengan kucing,tapi hidup dan membesar.



Sama juga dengan yang kat atas tadi.Dalam pasu panjang sebelah bawang merah saiz besar yang malu-malu tak bertunas.



Ni pun kes sama.Tapi yang ni paling subur membesar,bandingkan saiznya dengan yang lain.Agaknya sebab dia tumbuh kat tengah-tengah pasu antara 2 biji bawang merah saiz besar tu,tempat strategik.yang lain kat ceruk-ceruk...kesian.nak kena transplant gak nih yang lain-lain tu.Yang ni saya buat self watering system untuk dia memandangkan sekarang setiap hari cuaca panas terik.Pilih kasih ek?



Cambahan bunga butang biru yang menjadi kesayangan sekarang :) petang semalam dah sujud ke bumi,nak nangis saya tengok.tapi berkat kesabaran menyiram,hari ni tegak berdiri semula.kental semangat si kecik ni,sebab tu ibu sayang :D



 Benih herba Garden Watercress Curled pun macam dah bercambah.nampak tak cinonet jek sepasang daun hijau tuh?harap cambahan 9 biji benih yang lain pun akan tunjukkan muka juga :)


Cambahan Cosmos Caudatus(4 batang di belakang) dan Zinnia profusion mix (6 batang di depan).Asalnya semai dalam kotak tisu,esoknya kena hujan lebat,kotak tisu terus terbarai masa cuba dialihkan.takut nanti benih-benih jatuh atau hilang atau rosak,saya biarkan aje sampai bercambah.Nanti esok lusa nak transplant dalam pasu :)

Setakat ni itu eje...kot.tapi bila pikir-pikir balik,macam terlupakan sesuatu..oopsss..mana pokok bunga telang 3 bersaudara dan ros jepun 5 sekawan?terlupa daaaa.Maafkan ibu f('-';

Tuesday, 11 June 2013

Halau Kucing


Sakit hati dekat kucing yang buat pasu baru saya jadi jamban semalam,tak abis lagi.kalau saya dapat,siap dia saya sunatkan!Bila tengok ada juga tuan tanah blog lain hadapi masalah yang sama letak resepi
homemade cat repellent,saya pun nak try gak.Cuma banyak bahan-bahan yang takde kat rumah.Jadi saya gugel lagi untuk cari cara lain yang boleh terus dipraktikkan.Kebetulan jumpa info ni yang ada mention pasal serbuk kopi dan ni, pasal semburan chamomile.On the way balik rumah dari tempat kerja,cuma berjaya mendapatkan serbuk kopi,teh uncang chamomile tak jumpa :( Boleh la ni,kita try dulu.

Sampai rumah dah lewat,takde apa-apa sangat dapat dibuat.Lagipun harini puasa ganti,nak kena standby berbuka lagi.Jadi saya cuma siram pokok yang masih kenit-kenit semua tu.Sambil-sambil tu check bekas semaian anak-anak benih(disemai pada 7hb hampir tengah malam).Gembiranya hati tengok anak benih cornflower blue bottle blue diadem dah bercambah!

Cambahan bunga butang biru.Yeay~!


Tengok bekas tempat rendam ros jepun, nampaknya ada 2 kuntum bunga kembang hari ni tapi dah
kuncup.Saya pindahkan ke tanah area tiang letrik TNB,biar jadi kawan pokok bunga telang 3 beradik
tu.Lagipun kesian ros jepun 5 sekawan terendam lama-lama dalam air dari hari selasa lepas lagi,banyak daunnya dah jadi coklat dan gugur dalam air.Walaupun terabai,tetap kembangkan bunga (tapi time waktu  keje tak dapat ibu tengok) so kena la sayang-sayang sikit :)


Nampak tak ros jepun 5 sekawan?Area ni baru diclearkan 2 hari lepas (2/3 area sahaja)